Tuesday, February 14, 2017

Isu Forest city: Ini penjelasan Tun Dr. Mahathir

Tun Mahathir perjelas isu Forest city
NURUL KHALEEDA RASHIKIN - 13 FEBRUARI 2017
Tun Mahathir

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memperjelas isu kenyataan tidak berasasnya berkenaan Forest City di Johor yang menelan belanja berbilion ringgit.

Menurutnya, penjelasan yang lebih panjang akan dibuat serta mempamerkan fakta-fakta berkenaan projek ini apabila beliau dihadapkan ke mahkamah kelak.

"Saya syorkan agar badan bukan kerajaan  (NGO) ini buat lawatan ke Forest City untuk lihat sendiri keadaan di bandaraya berkenaan serta sahkan sama ada penduduk dan pembeli bangunan-bangunan di sana terdiri daripada orang tempatan, terutamanya orang Melayu.

"Selain itu, sahkan juga bahawa tanah ini disewa dan bukan dimiliki kekal seperti yang tertulis di papan tanda yang didirikan dan siaran kepada pembekal China," katanya dalam blognya semalam.

Sebelum ini, lima NGO mendesak Mahathir membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Ini berkaitan dakwaan Dr Mahathir kononnya 700,000 rakyat China akan dibawa masuk ke Johor dan diberi kerakyatan menerusi pelaksanaan projek Forest City di bandar raya ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: NGO minta Mahathir mohon maaf]

Tambah Mahathir lagi, penjualan tanah untuk diduduki orang asing ini seperti mengulangi sejarah bersama Singapura dahulu.

"Dahulu waktu kita kurang bijak, Singapura telah dijual ke British dan  menjadi negara asing yang tidak mungkin kembali ke Johor dan penjualan tanah ini tidak ada bezanya dengan perkara itu.

"Malangnya golongan 'tertentu' ini tidak faham akan implikasi penjualan tanah Johor malah jauh sekali menyamakannya dengan Singapura.  Mujur rakyat Johor lebih memahami tentang masalah penduduk asing berada di tanah mereka dan tidak sanggup menerima kemasukan ramai orang asing ke negeri mereka," katanya lagi.

Katanya lagi, tindakan NGO-NGO ini seolah-olah mengkhianati bangsa dan negara mereka sendiri.

"Sesungguhnya NGO-NGO ini mengkhianati bangsa dan negara kerana menyokong penjualan wilayah di Malaysia kepada orang asing yang akan mendirikan bandar-bandar mewah untuk diduduki serta dimiliki selama-lamanya oleh mereka.

"Sedangkan majoriti rakyat Johor menolak Forest City dengan kemasukan orang asing, pendirian mereka tidak sedikitpun berbeza dari pendirian bangsa-bangsa lain terhadap kemasukan beramai-ramai orang asing untuk tinggal di negara mereka," katanya.

Beliau juga mencabar agar golongan tertentu ini membuat laporan terhadap Bloomberg kerana media tersebut melaporkan lebih banyak daripada apa yang diperkatakannya.

"Sekarang selepas saya jelaskan asas dakwaan saya, buatlah laporan polis terhadap Bloomberg tetapi saya yakin mereka tidak berani.

"Tujuan laporan mereka terhadap saya bukan diasaskan kepada kenyataan saya itu tidak betul namun ia untuk menghentikan saya dari bercakap benar memandangkan keadaan Malaysia kini, kebenaran amat ditakuti sedangkan Pembohongan disanjung tinggi.

Kaitan: Walau pun bodoh tetapi berjaya menarik perhatian kumpulan pekak, buta dan tuli (PBT)

No comments:

Post a Comment