*HUKUM BAI'AH PAS & TAKLIK TALAK 3*
*PENDAHULUAN:-*
Bai'ah dalam PAS ini hanyalah satu bentuk perjanjian untuk bersama melakukan perkara atau kerja-kerja Islam. PAS bukannya Daulah Islamiah & pemimpinnya setaraf khalifah sehingga hukum berbai'ah sama dengan berbai'ah kepada khalifah.
Jika di dalam lafaz baiah itu terdapat lafaz sumpah, ia termasuk dalam perbahasan hukum sumpah. Jika terdapat taklik dengan talaq 3, ia termasuk dalam perbahasan cerai taklik. Jika tiada keduanya, ia hanyalah janji setia untuk bersama PAS:-
*BAI'AH PAS BERMAKSUD JANJI SETIA:*
Bila seseorang itu keluar PAS maknanya dia melanggar janji setianya untuk bersama PAS melaksanakan kerja-kerja Islam. Dia berdosa kerana tidak menepati janji. Namun jika PAS sudah tidak relevan baginya, dia tak boleh bekerja dalam PAS, dituduh liberal, munafik, sekular oleh parti sendiri, dihalau keluar, dihina, dicaci maki & ada di sana ruang yg lebih baik utk laksana tugas-tugas Islam, adalah menjadi haknya untuk memilih kumpulan atau parti atau gerakan yang lebih baik atau keluar PAS menubuhkan wadah yang lebih baru.
*BAI'AH DISERTAKAN LAFAZ SUMPAH:*
Bagi wakil rakyat atau ahli parti yang memasukkan lafaz sumpah dlm bai'ahnya, sumpah tersebut boleh dilanggar jika pada pandangannya ada yang lebih baik atau jika dia terus berpegang dengan sumpahnya itu membawa kepada perkara lebih buruk, mudharat & dosa. Nabi bersabda:
من حلف على يمين فرأى غيرها خيراً منها فليأت الذي هو خير وليكفر عن يمينه
Ertinya : Barangsiapa yang bersumpah kemudiannya melihat yang lain dari itu lebih baik, hendaklah dia mendatangi yang lebih baik itu (langgar sumpahnya) dan bayarlah kafarah sumpahnya. (Riwayat Muslim)
Memasukkan sumpah dalam baiah tiada di zaman Nabi. Ia bermula di zaman Hajjaj Yusuf At Thaqafiy. Kemudian telah dibantah oleh Imam Malik bin Anas & mengugurkan paksaan sumpah dalam baiah sebagaimana diceritakan oleh Ibn Khaldun. Jika berbaiah dengan khalifah ditegah mengguna lafaz sumpah apatahlagi baiah kepada ketua parti atau gerakan Islam lagilah tidak perlu dimasukkan lafaz sumpah & ia satu budaya yg perlu dibuang.
*BAI'AH PAS DISERTAKAN LAFAZ CERAI TAKLIK TALAK 3*
Ulamak Islam bercanggah pendapat samada cerai taklik jatuh talak atau tidak:-
*Pendapat pertama:* Jatuh talak tiga. Pendapat ini diambil oleh TGHH dan ustaz-ustaz PAS yg terlibat.
*Pendapat kedua:* Talak taklik tersebut perlu rujuk kepada tujuan dan niat. Jika seseorang yang melafazkan taklik itu niat talak, maka jatuh talak dan jika dia tidak niat talak hanya bertujuan menakut-nakutkan & berjaga-jaga, maka tak gugur talak. Pendapat ini diambil oleh Mufti Perlis, Mufti P Pinang, AJK Kesatuan Ulamak Sedunia Ustaz Abdul Ghani Syamsuddin, Dr Zaharuddin Abdul Rahman, bahkan bekas Mursyidul Am PAS sendiri Dr Harun Din(semasa menjadi ahli akademik) dll.
Pendapat kedua inilah yg diambil oleh pimpinan parti Amanah yg melanggar baiah taklik talak 3. Ia merupakan pendapat sederhana dipilih oleh ulamak terkemuka Islam dunia sprti Syeikh Mahmud Saltut, Syeikh Abu Zahrah, Dr Mustafa As-Sibaei, Syeikh Dr Yusuf Qardhawi dll.
*1) Syeikh Mahmud Syaltut menyebut:-*
(حكمه ـ يعني حكم الطلاق المعلق ـ أنه إن كان يقصد تخويفها ومنعها من الفعل وهو في نفسه يكره طلاقها ولا يرغب فيه ليس لديه من الأسباب ما يجعله يقصد الطلاق، كان ذلك لغواً من القول لا أثر له في الحياة الزوجية·
أما إذا كان منطوياً على بعضها، غير راغب في عشرتها واتخذ التعليق مبرراً له في الطلاق أمام الناس، فإنه يقع إذا خالفت الزوجة، ويقع واحدة رجعية لا غير، ولو كان بلفظ الثلاث أو الستين، وإلى هذا ذهب كثير من العلماء من سلف الأمة وخلفها، وبه أخذ قانون المحاكم الشرعية المعمول به الآن)
Maksudnya: "Hukumnya iaitu cerai taklik. Sekiranya ia dilakukan bertujuan menakutkan & menyekat isterinya melakukan sesuatu perbuatan dan dia dalam dirinya tidak mahu berlaku perceraian dan tidak menyukainya serta tidak ada sebab-sebab yang menunjukkan dia mahu bercerai. Adalah lafaz cerai taklik itu dianggap ucapan yg sia-sia, tak terpakai, dan tidak memberi kesan pada ikatan perkahwinan.
Adapun jika tersirat mahu bercerai, dia menjauhi isterinya, tidak suka mengauli isterinya, dan dia melafazkan taklik dihadapan orang ramai sebagai alasan untuk bercerai, maka akan jatuh talak apabila isteri melanggar ta'lik tersebut, jatuhlah satu talak raj'i sahaja walaupun dengan lafaz taklik talak 3 atau 60 talak. Pendapat ini diambil oleh ramai dikalangan ulamak terdahulu dan selepas mereka. Ia diambil sebagai undang-undang yang digunapakai sekarang."
*2) Pendapat Syeikh Abu Zahrah:-*
(من يقول: إن فعلت كذا فأنت طالق وهو لا يقصد الطلاق، بل يقصد منعها من الفعل، فإن الطلاق لا يقع (···)، أما إن قصد إيقاع الطلاق، فإن الطلاق يقع)
Maksudnya: "Sesiapa yg berkata: Sekiranya awak lakukan ini awak jatuh talak. Dia tidak bermaksud mahu menceraikan isterinya sebaliknya mahu menyekat isterinya melakukan perbuatan itu, maka perceraian tidak berlaku.... Adapun sekiranya dia berniat menjatuhkan talak, maka perceraian itu berlaku."
*3) Dr Mustafa As Sibaei* pula berkata:-
(لما كان أكثر الناس يقصدون من مثل تلك العبارة معنى اليمين لا إيقاع الطلاق، كان الأخذ بذلك التفصيل أرفق بالناس وأكثر تطبيقاً لدائرة الطلاق وبهذا أخذ قانوننا)
Maksudnya: "Apabila kebanyakan orang menganggap kenyataan seumpama itu-taklik talak adalah sumpah maka tidak akan berlaku perceraian. Mengambil pendapat sedemikian adalah lebih berperikemanusiaan terhadap orang ramai dan lebih praktikal dengan tujuan syariat talak. Dengan ini, undang-undang kita mengambilnya."
*4) Syeikh Prof Dr Yusuf Qardhawi* pula menyifatkan hukum tidak jatuh talak secara taklik yang dilafazkan atas asas dan niat memberi galakan melakukan sesuatu atau menyekat berlakunya sesuatu merupakan satu penambahbaikan dan perubahan yang besar berlaku dalam hukum-hakam kekeluargaan Islam. Katanya:-
(التعديلات الضخمة التي أدخلت على تشريعات الأسرة التي تسمى بالأحوال الشخصية)
Maksusnya: "Penambaikan yang besar dilakukan dalam hukum-hakam kekeluargaan yang dikenali dengan nama fiqh hal ehwal sakhsiah".
Beliau juga menyebut:-
أما الطلاق المعلق، أو الطلاق بصفة عامة المراد منه الحمل على شيء أو المنع من شيء، مثل كلمة "علي الطلاق أن تفعلي أو لا تفعلي كذا" أو إن ذهبت عند أهلك تكوني طالق أو غير ذلك، الطلاق هنا لا يريد به حقيقة ما شرع الله فيه الطلاق، فالله شرع الطلاق لحل عقدة الزواج عند تعذر الوفاق......فنحن هنا بعض علماء السلف قالوا أن هذا الطلاق لا يقع بالمرة والبعض قال لا يقع وفيه كفارة يمين، وهذا ما اختاره شيخ الإسلام ابن تيمية وأنا أختار هذا الرأي.
Maksudnya: "Adapun lafaz talak taklik atau talak secara umum yang bermatlamat memaksa isteri melakukan sesuatu atau menyekatnya dari melakukan sesuatu. Contohnya: Aku ceraikan kamu jika kamu melakukan atau tidak lakukan demikian atau jika kamu kembali kepada keluarga, kamu tercerai. Talak di sini ia tidak menepati hakikat sebenar yg dikehendaki syara'. Allah mensyariatkan talak utk menguraikan ikatan perkahwinan apabila tiada persefahaman....Setengah ulamak salaf menyebut talak sebegini tidak jatuh talak. Setengah mereka berkata tidak jatuh talak dan perlu membayar kafarah sumpah. Ini yg di pilih oleh Syeikh Islam Ibni Taimiah dan saya memilih pendapat ini."
Pendapat kedua juga dipilih & di ambil sebagai undang-undang keluarga Islam di mejoriti negara-negara umat Islam di dunia antaranya:-
*1) Undang-Undang Kekeluargaan Mesir:*
(لا يقع الطلاق غير المنجز إذا قصد به الحمل على فعل شيء أو تركه لا غير)،
Maksudnya: Tidak jatuh talak bukan langsung(talak ta'liq) jika niatnya supaya melakukan sesuatu perbuatan atau meninggalkannya.
*2) Undang² Kekeluargaan Syria:*
(لا يقع الطلاق غير المنجز إذا لم يقصد به إلا الحض على فعل شيء أو المنع منه واستخدم استعمال القسم لتأكيد الخبر لا غير)
Maksudnya: Tidak jatuh talak cerai ta'lik jika ia tidak bermaksud cerai. Ia hanya bertujuan menggalakkan melakukan sesuatu perbuatan atau menyekatnya dan penggunaan sumpah utk menguatkannya.
*3) Undang-Undang Kekeluargaan Jordan:*
(لايقع الطلاق غير المنجز إذا قصد به الحمل على فعل شيء أو تركه)
Maksudnya: Tidak jatuh talak cerai ta'lik jika niat takliknya supaya melakukan sesuatu perbuatan atau meninggalkannya.
*4) Undang-Undang Kekeluargaan Mahgribi menyebut:*
(الطلاق المعلق على فعل شيء أو تركه لا يقع)·
Maksudnya: Talak ta'lik atas niat melakukan sesuatu atau meninggalkan sesuatu tidak akan jatuh talak.
*6) Undang-Undang Keluarga Libya menyebut:*
(لايقع الطلاق المعلق على فعل شيء أو تركه)
Maksudnya: Tidak jatuh talak cerai ta'lik atas melakukan sesuatu atau meninggalkannya.
*7) Undang-Undang Hal Ehwal Keluarga Kuwait menyebut:*
(يشترط في الطلاق أن يكون منجزاً)
Maksudnya: Disyaratkan hukum talak ialah hendaklah ia secara langsung(bukan secara ta'lik).
Kenyataan yang sama juga di dalam Undang-Undang Kekeluargaan Islam UAE, Sudan & Palestin. Ini semua adalah untuk menjaga dan memelihara matlamat pensyariatan perkahwinan dan perceraian dalam Islam.
*Nadzmi Nadzir*
*Sumber rujukan:-*
1- http://alwaei.com/topics/view/article_new.php?sdd=255&issue=439
2- https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1036871762998528&id=100000271418357
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1035854566433581&substory_index=0&id=100000271418357
3- Zaharuddin Abdul Rahman:
http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/1037-kefahaman-erti-jemaah-a-baiah-beserta-laknat.html
http://zaharuddin.net/soal-jawab-a-isu-pilihan/889-baiah-diikat-lafaz-talaq-suatu-ulasan-kemaskini.html
4- Persolan Ta'liq Talaq - Prof. Dato' Dr. Harun Din - UKM.
https://www.google.com.sa/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http%3A%2F%2Fejournals.ukm.my%2Fislamiyyat%2Farticle%2Fdownload%2F1843%2F1469&ved=0CBwQFjAAahUKEwi1_taS7NrHAhXED3IKHQyrAso&usg=AFQjCNFNhzINtrv2wvxGA-znLpBZvl4pHA&sig2=jTQ8VIb15MkluNVzI_meCA

No comments:
Post a Comment