Pada 16 Februari 2017
oleh Datuk Mohd Ariff Sabri
Untuk sekian lamanya, Lim Kit Siang digambarkan sebagai ‘hantu jembalang’ kepada orang Melayu. Orang Melayu, seperti dinyatakan oleh Frank Swettenham, adalah orang yang kuat beragama, tapi masa yang sama, tebal dengan kepercayaan tahyul kepada hantu seumpamanya. Siapa Frank Swettenham? Tak perlu agaknya saya ceritakan siapa. Tidak ada apa yang saya boleh buat, kalau kita tidak bersekolah.
Setelah dimomok sebagai ‘hantu’ yang paling besar. Orang Melayu secara semula jadi takut kepada DAP khususnya Lim Kit Siang. Inilah imej jahat yang dicipta oleh UMNO. Mereka menggambarkan sebagai chauvinis Cina yang anti Melayu, anti-Islam dan anti Raja-raja Melayu. Imej dan reputasi baik Kit Siang sepanjang karier politiknya menjadi buruk kerana ia dipesongkan dari fakta sebenar oleh UMNO melalui media kawalan mereka seperti Utusan Malaysia, RTM dan sebagainya.
Parlimen Raub mengorak langkah membetulkan persepsi sesat ini dengan membawa Lim Kit Siang bertemu dengan orang-orang Melayu. Psikologi orang Melayu ialah, mereka mahu bersua dan berdepan muka, membaca air muka, membaca bahasa badan dan membuat rumusan. Kalau mereka sudah mempercayai dan meyakini keikhlasan, maka persepsi itu akan melekat dalam benak orang Melayu. Saya mahu Kit Siang berdepan dengan orang Melayu dan menjawab segala kemusykilan yang tersemat dalam dada.
Inilah yang paling ditakuti oleh UMNO. Apa jadi jika orang Melayu sedikit demi sedikit, meningkat kepercayaan kepada Kit Siang dan DAP?
Suatu pertemuan telah diadakan antara orang Melayu dengan Kit Siang pada awal bulan lalu. Pertemuan itu telah dilansungkan dikedai Husin Ikan Kelah, Raub.
Walaupun tidak ramai yang hadir, sekitar 50 orang, tapi pertemuan itu sungguh bernilai tinggi. Saya mengharapkan pertemuan itu dapat menghakis syak wasangka dan gambaran salah yang dicerna oleh UMNO.
Kit Siang telah menjawab banyak persoalan dan fitnah yang selama ini dilontarkan termasuk sama fitnah yang mengaitkannya dengan peristiwa 13 Mei 1969.
Apa yang kita harap dapat dipelajari dari pertemuan Kit Siang dan orang Melayu ini?
DAP menerima kesemua peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Ini termasuklah menerima hak orang Melayu dan Bumiputera, kedudukan Bahasa Malaysia, Raja-Raja Melayu dan agama Islam. Segala tohmahan yang dilontarkan terhadap DAP mahupun Lim Kit Siang adalah tidak benar dan palsu. Momokan dan fitnah yang timbul selama ini kontra dengan realiti dan fakta.
Bolehkah DAP membentuk kerajaan secara persendirian? Jawapannya tidak boleh. Di sini kita melihat bahawa UMNO telah memperbodohkan orang Melayu. Struktur agihan kuasa dalam negara ini, dari Raja-Raja sampailah kepada pengerusi JKKK dan JKKR (FELDA), Jawatankuasa surau dan masjid, semuanya dikuasai oleh orang Melayu.
95 peratus penjawat awam ialah Melayu dan mereka hanya perlu mogok satu hari sahaja, maka lumpuhlah kerajaan yang ‘anti-Melayu’. Polis dan tentera hampir semuanya Melayu. Kerajaan Melayu jugalah yang akan menguasai legitimate coercive forces ini.
Jika DAP menang 50 kerusi parlimen sekalipun, ia perlu bermuafakat dan bergabung dengan parti-parti lain yang majoritinya Melayu untuk membentuk kerajaan Persekutuan. DAP sedar bahawa mereka tidak boleh mengenepikan keberadaan orang Melayu dalam negara ini. Majoriti penduduk ialah Melayu dan Melayulah yang akan teruus menguasai politik dalam negara ini.
Pada tahun 2035, dianggarkan peratusan jumlah Melayu ialah 85 peratus dari penduduk negara ini. Kerajaannya pasti orang Melayu. Yang perlu kita didik diri kita ialah menyedari bahawa Melayu itu tidak semestinya UMNO. Walaupun saya dalam parti DAP, saya tetap Melayu dan beragama Islam.
Cerita mengenai Lim Kit Siang jadi TPM atau jawatan-jawatan lain setaraf dengannya adalah cerita rekaan orang nyanyuk seperti Tengku Aziz dan pemimpin UMNO yang takut dengan baying-bayang sendiri. Tidak ada pertemuan dan permuafakatan antara pemimpin DAP dengan Tun Dr Mahathir atau pemimpin Melayu yang lain untuk menjadikan Lim Kit Siang sebagai TPM. Yang menagih jawatan TPM sebenarnya ialah MCA.
Jika DAP menang 50 kerusi, ia akan menjadi sebuah parti politik yang berpengaruh dalam negara ini. Paling tinggi yang ia boleh harapkan ialah menjadi pembantu kepada gerakan memperkukuhkan demokrasi dalam negara ini.
DAP tidak mewakili orang Cina – perkara ini tidak disedari oleh ramai orang. Benar, parti ini dianggotai pada majoritinya oleh Cina, tapi DAP mewakili semua rakyat yang mahukan kerajaan yang baik, kerajaan yang bebas rasuah, kerajaan yang menjunjung kedaulatan perlembagaan Malaysia dan memuliakan perlembagaan dan kerajaan yang mendukung pemerintahan ikut undang2. DAP mewakili semua yang mahukan keadilan sosial dan politik dan menjuarai dan membela dan melindungi semua orang dari kebuasan pemerintah.
Kepada puak-puak UMNO yang merintih sedikitnya Melayu dalam DAP, maka sertailah DAP supaya Melayu bertambah ramai. Tapi kita tidak mahulah yang berkualiti kayu mati….
Mungkin kita ada terbaca komen-komen rasis dari kaum bukan Melayu di media sosial. Ada yang menuduhnya ‘Read Bean Army’. Hakikatnya, Red Bean Army tidak wujud. Ia merupakan respon yang datang dari individu yang bersifat rasis, sebagimana sebahagian orang Melayu, yang juga bersifat demikian. Ini bukan sikap DAP. DAP menolak rasisme. Dasar-dasar Demokrasi Sosial yang merupakan asas perjuangan DAP bersifat sejagat dengan menutamakan kesetiakawanan dan keadilan.
Menentang BN kerana rasuah
Dalam masa yang sama, saya secara terbuka berkata kepada ahli-ahli DAP, janganlah kita tolak kerajaan BN kerana ianya ‘Melayu’. Itu alasan yang salah! Kita tolak kerajaan BN kerana ianya menyeleweng dan rasuah, mencuri wang, lembab, tidak tahu mengurus ekonomi negara dan salah guna kuasa. Kita menentang BN kerana sebab-sebab yang jelas. Kita menentang BN berlandaskan sistem demokrasi berparlimen yang sah melalui pilihanraya.
DAP melawan segala bentuk kezaliman dan melindungi semua rakyat Malaysia dari kebuasan pemerintahan BN dan UMNO tanpa mengira warna kulit, agama, budaya, bahasa mahupun wilayah yang berbeza.
Jadi, ada apa dengan DAP bagi saya? Pegangan saya selaku Ahli Parlimen DAP tetap sama. Saya hanya tukar wadah, bukan tukar aqidah. Perjuangan untuk menyelamatkan Malaysia dari menjadi negara gagal adalah keutamanaan!
*Datuk Mohd Ariff Sabri adalah Ahli Parlimen Raub mewakili DAP

dap tak bahaya
ReplyDeleteyang paling bahaya munafik
ingat hidup orang Islam ada visi smapai selepas mati bukan takat dunia ni saja
hidup mesti berhukum dengan ajaran Islam
nama pun islam duk dalam negara pun Islam
tapi dap tak paham atau senagaja fikir sama macam penjajah Islam mesti dilemahkan
dap orang Islam tak takut yang takut orang ynag tak paham saja akan perjalanan siasah dalam negara ini.
inagt ada kes baru ini pelajar dari luar nagara terkejut besar ada rakyat negara ini maseh tak tau bercakap bahasa melayu bahasa negara kita ini asalnya tm.
melayu ada kuasa besar tapi takut nak beertegas dalam soal bahasa bab lain jangan cakap la, lagi la takut lebih lebih lagi kalau berkaitan denagn hukun hukum Islam
itulah melayu bil ada kuasa pun maseh layu
yang tahu hnaya nak cepat kaya mewah
tu yang rasuah menjadi jadi
jangan jadi munafik mati munafik