Saturday, February 18, 2017

Ini cerita versi bebudak yang kena langgar: 'Saya nampak pemandu itu main telefon'

'Saya nampak pemandu itu main telefon'
WARTAWAN SINAR HARIAN - 18 FEBRUARI 2017
Zulfadli

JOHOR BAHRU - "Kereta itu datang dalam keadaan laju lalu merempuh kami," kata Muhammad Zulfadli Yusri, 19, antara mangsa yang cedera dalam insiden rempuhan kenderaan yang mengorbankan lapan remaja di Jalan Lingkaran Dalam berhampiran Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, di sini, awal pagi tadi.

Muhammad Zulfadli yang bekerja sebagai tukang cat dari Stulang Baru turut mendakwa pemandu kenderaan Nissan Almera iaitu seorang wanita memandu sambil menggunakan telefon.

"Saya datang dari rumah nampak sekumpulan basikal sedang berkumpul di tepi, jadi saya pun ikut sekali, tak lama kemudian bila saya pandang belakang saya lihat kereta sedang dipandu laju untuk ke tengah.

[ARTIKEL BERKAITAN: Lapan remaja berbasikal maut, dirempuh kereta]

"Saya nampak dengan mata saya, pemandu itu sedang main telefon... dan sebat (langgar) semua," katanya yang ditemui di Wad Barat, Hospital Sultanah Aminah, di sini, hari ini.

Dia yang baru tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit sebelum itu tidak sempat hendak mengelak.

Menurut Zulfadli, insiden itu berlaku dengan cepat dan apabila sedar dia nampak rakan basikal lain yang tidak dikenalinya bergelimpangan dan ada di antaranya meninggal dunia.

Akibat kejadian itu, Muhammad Zulfadli patah kaki kanan.

Sementara itu, mangsa yang turut terselamat Muhamad Farhan Che Mat, 16, dari Taman Desa Cemerlang sedang menunggu rakannya di lokasi kejadian untuk ke Dataran Bandaraya.

"Nampak kereta laju, tak sempat nak elak, terus rasa gelap.

"Saya sedar apabila ada orang tolong, ketika itu tidak rasa sakit, apabila dah sampai hospital baru rasa sakit," katanya.

Dia yang tidak bersekolah mula bermain basikal sejak umur 12 tahun mengalami patah kaki kanan.

11 comments:

  1. masalah pemandu main telepon ni pun satu penyakit lagi hukuman mesti mau diberatkan lagi banyak kes melibatkan pemandu yang main talipong
    manusia ni memang kena ajar denagn hukamn dan didikan.sebab tu Allah suruh manusia di ajar dan dihukum bila ingkar
    kalau kereta tak laju macam mana sampai banyak tu mati tentu boleh tekan berek kalau lajak pun sikit saja. klau dah laju tekan berek pun makan lajak jauh. siasat kalau pemandu kereta bersalah hukum cukup cukup jangan bagi muka

    ReplyDelete
  2. Dalam sekelip mata kereta yang dipandu laju budak ini boleh nampak pemandunya bermain handphone, boleh percaya ke??? Yang logiknya, budak ini telah didatangi oleh ejen insuran atau proksi ejen insuran ke wad hospital yang mengajarnya untuk membuat cerita itu. Ini semua habuan komisyen punya hal. Saya mengatakan begitu sebabnya ia benar-benar pernah terjadi pada salah seorang ahli keluarga saya yang telah terlibat dengan kemalangan jalan raya satu ketika dulu.

    ReplyDelete
  3. Perhatikan petikan ini: 'Dia yang baru tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit sebelum itu tidak sempat hendak mengelak', tidakkah pelik? Ya tak ya juga, bagaimana dia boleh sempat nampak pemandu itu wanita, kereta dipandunya laju dan sedang bermain talipon pula tu. Boleh jadi dia juga adalah tekong budak-budak berbasikal itu, akibat kemalangan lalu mendapat kecederaan dan merekayasa cerita untuk tujuan claim pampasan insuran. Almaklumlah, pemandu itu kaum cina dan loyer UMNO ambil peluang untuk masuk jarum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dey! Ramai org dah mati ada lagi ka yg mau buat cerita ?

      Delete
    2. Ko ingat semua orang sama macam ko ka?
      Cuba belajar dari sejarah sikit.
      Pernah dengar seseorang pada masa dulu yang hanya berselera makan bila ada orang diseksa didepan beliau?.Syarat2 nak jadi saksi budak ni dah lulus ke?

      Delete
  4. No plat kereta almera tu JQB9984. Setakat ni ada 9 saman (rm2000) belum dibayar. Mungkin dia bukan main hp tapi dia memang pandu laju.

    ReplyDelete
  5. No plat kereta almera tu JQB9984. Setakat ni ada 9 saman (rm2000) belum dibayar. Mungkin dia bukan main hp tapi dia memang pandu laju.

    ReplyDelete
  6. Masalahnya pemandu mengaku baik bwk slow tak main hp x buat apa2 yg tak patut malahan tak nmpk bdk2 yg begitu ramai ni & semua percaya dia ckp. Cuba check mata pemandu

    ReplyDelete
  7. What a material of un-ambiguity and preserveness of valuable experience about unpredicted feelings.

    ReplyDelete
  8. What's up to all, it's truly a nice for me to pay a quick visit this site,
    it contains helpful Information.

    ReplyDelete