Sunday, February 26, 2017

Riuh rendah menghukum seantero negara.....ini rupanya Akta 355 ni!

Usul Hadi langgar syariah, kata bekas pakar Jakim

  | February 25, 2017
Pindaan yang dibentangkan Hadi di Dewan Rakyat jelas bertentangan dengan tema kerahmatan yang menjadi matlamat utama syarak, katanya.
PETALING JAYA: Seorang pakar syariah yang pernah berkhidmat sebagai penyemak penerbitan Islam dan penulis fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempertikaikan cadangan PAS mengenakan hukuman lebih berat ke atas pesalah syariah, menyifatkan ia “produk politik” untuk meraih sokongan umat Islam.
Nurul Haq Shahrir, kini sebahagian panel Transformasi Undang-Undang Islam di bawah Majlis Dakwah Negara, menepis dakwaan kononnya cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau lebih dikenali sebagai Akta 355, bertujuan menegakkan syiar Islam.
“Malah, ia bertentangan dengan Islam dan tidak ada kena mengena dengan syariah,” kata pakar fiqh Islam yang juga menguasai bidang perbandingan antara agama.
Hakikatnya, kata Nurul, usul Hadi yang bertujuan membenarkan mahkamah syariah menjatuhkan hukuman lebih berat ke atas pesalah Islam bertentangan dengan roh syarak seperti yang termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah.
Nurul menyokong hujahnya berpandukan pelbagai kitab turath sarjana fiqh muktabar, dan menjelaskan hukuman tidak pernah menjadi matlamat perundangan Islam, sebaliknya nilai belas kasihan adalah tema utama dalam Syariah Islam.
Meskipun sesuatu undang-undang Islam digubal berdasarkan tafsiran Al-Quran dan Sunnah, Nurul berkata pelaksanaannya tidak boleh mengenepikan aspek “manfaat, keadilan, rahmah dan kebijaksanaan”.
Beliau memetik gambaran Al-Quran mengenai Nabi Muhammad sebagai “rahmat kepada seluruh alam”.
“Berdasarkan gambaran itu, dan banyak sumber kitab yang lain, boleh diandaikan bahawa rahmah merupakan matlamat keseluruhan syariah. Atas sebab itulah, pakar undang-undang Islam, untuk semua tujuan dan maksud, meletakkan syariah seiring dengan maslahah awam.
“Oleh kerana rahmah merupakan pemicu kepada hukum syarak, jelas ia tidak akan tercapai jika orang Islam yang menguatkuasakannya tidak disemaikan dengan sifat penting itu,” kata Nurul.
Beliau menambah, pindaan yang dibentangkan Hadi di Dewan Rakyat jelas bertentangan dengan tuntutan syarak tersebut.
Katanya, sikap tergesa-gesa mengenakan dan meningkatkan hukuman tidak selari dengan “rahmat Tuhan”.
“Oleh itu, pindaan kepada Akta 355 yang mahu mengenakan hukuman yang lebih berat adalah bertentangan dengan roh syarak.”
Beliau berkata, sekiranya syariah diperakui sebagai manifestasi rahmah dan keadilan, cadangan Hadi untuk menghadkan skop undang-undang kepada orang Islam menunjukkan sikap hipokrit.
“PAS dan Hadi mahu menjadikan orang Islam mangsa demi kepentingan politik mereka.
“Mereka tidak telus dengan kepercayaan mereka. Ini kerana skop syariah, yang berdasarkan kepada ‘keadilan’, tidak mengecualikan orang bukan Islam dan tidak pernah terhad kepada orang Islam sahaja.”
Beliau berkata ciri utama undang-undang Islam yang sering diperkatakan – mengutamakan kepentingan awam – menunjukkan syariah bukan sekadar berdasarkan keimanan Islam tetapi juga nilai murni yang diamalkan bukan Islam.
“Ini bermakna undang-undang digubal berdasarkan kepada maslahah awam dan nilai sejagat yang tidak khusus kepada Islam sahaja, kerana maslahah awam diketahui secara rasional dan uruf dan juga dikecapi oleh orang bukan Islam.
“Semuanya menjurus kepada matlamat utama syariah, iaitu belas kasihan,” kata Nurul, yang mempelajari bidang perbandingan agama dan menguasai 7 bahasa termasuk bahasa Arab, Yunani, Ibrani dan Latin.
Pimpinan PAS sebelum ini membidas mereka yang mengkritik usul Hadi, dengan alasan orang Islam berhak mengamalkan agama mereka berdasarkan apa yang didakwa sebagai undang-undang diwahyukan Tuhan.
Usul Hadi boleh diluluskan jika ia mendapat sokongan ahli Parlimen beragama Islam di Dewan Rakyat, walaupun ramai wakil rakyat Islam di kedua belah pihak mempunyai kesangsian yang kuat.
Usul Hadi pertama kali dibentangkan pada Mei tahun lepas, dan sekali lagi dibentangkan pada November, mencadangkan hukuman lebih keras daripada sedia ada.
Pindaan itu mahu meningkatkan hukuman penjara ke atas pesalah syariah daripada 3 tahun kepada 30 tahun, denda RM5,000 kepada RM100,000, dan daripada maksima 6 kepada 100 sebatan rotan.
Pada 18 Februari, ribuan penyokong PAS berhimpun di ibu negara sepanjang hari bagi menyatakan sokongan kepada usul Hadi. Pimpinan PAS berkata ia merupakan petanda sokongan kuat umat Islam negara ini terhadap syariah.
Penjelasan penuh Nurul dalam Bahasa Inggeris boleh dibaca di sini

5 comments:

  1. pakwetizzaqyah kembaliFebruary 26, 2017 at 12:33 AM

    matlamat syariah... ye... atau bahasa ustaz2 ialah maqasid syariah... jadi??? pesalah zina yang menghasilkan anak haram yang mungkin di akhir2 dunia nnti jika dibiarkan berleluasa tanpa sebarang pembendungan dibela oleh pasangan homoseksual terus dibebaskan tanpa jaminan mereka akan bertaubat hanya semata-mata atas matlamat belas kasihan... dan akhirnya pesalah zina ini hanya mampu dinasihati supaya berhenti berzina sedangkan generasi zina terus berkesinambungan?? hanya semata2 atas matlamat belas kasihan? matlamat syariah adalah agama Islam iaitu agama yang mendidik kesejahteraan makhluk yang bernama manusia yang dicipta oleh Allah itu sendiri....belas kasihan??? aku gelak guling2... bak kata lagu Gmie Screen Tak Suka Tak Apa..

    Kalau orang suka semuanya indah, kalau tak suka oh ada ada saja....

    renung2kan...kalau dah dasar belas kasihan... Allah tak ajar hukum ceraikan isteri yang boleh memudaratkan suami.. ok la..nak nampak aku ada background pendidkan Islam.. darar kepada suami... hahahahaha...pelik..kenapa Allah sebut seratus sebatan dalam Quran kalau matlamatnya ialah belas kasihan...

    lagi pelik...kalau nampak kemungkaran benteras dengan tangan, kalau tk boleh lidah, tk boleh jugak hati..sesungguhnya hati itu selemah2 iman....hahahahaha.....

    rahmat??...kalau benar rahmat Allah itu ada dalam Islam... Allah tak ajar syurga neraka...tak ajar binasa kiamat...dajjal..yakjuj makjuj...dabbah...dan semua perkara ala2 armageddon yang menggerunkan...haih...politik punya pasal...usul murni lebai hadi ni boleh dipolitikkan sampai begini..pelik..sapa yang politikkan hudud??? hahahaha...

    sekadar pendapat..tak suka tak apa..tapi jangan pula kau mengata....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa 30 thn penjara? Ikut hadis mana? Kenapa tak 40 thn penjara? Sembang lebih...

      Delete
    2. Pelik la...

      Org kerja nengkafirkan org nak buat undang2 islam. Pelik sgt2

      Delete
  2. manfaat, keadilan, rahmah dan kebijaksanaan
    hukum sebat sekarang sampai terkoyak kulit punggung tu ambek kira rahmah ka
    keluar dari penjara jahat serupa tu jugak
    kalau cederakan orang mangsa menanggung derita sampai mati sipesalah hanya masuk penjara saja
    adilkah macam tu
    kalau ikut puak puak jenis ni smapai kiamat pun satu hukum jinayah dari Allah tak mau dijalankan
    pakar sana sini dikutip untuk menanam pemikiran ramai agar setuju orang Islam elok berhukum dengan hukum yang direka manusia sahaja
    berwaspada gerakan puak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelik la.
      Puak yg kebas duit potongan gaji cikgu yik bole cadang buat hukum mencuri....

      Delete