Sunday, February 12, 2017

Takut nak saman Husam, dia pun konar.......

Sunday, 12 February 2017
KERJASAMA TIDAK, SAMAN PUN TIDAK, FAHAM-FAHAMLAH YERR....

Hari ini, Presiden Pas, Hadi Awang telah menjawab dua persoalan yang sebenarnya sudah boleh dikira itulah pendirian rasmi parti tersebut.

Pertama, ketika diminta mengulas mengenai tempoh sebulan yang diberikan oleh Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir Mohamad kepada Pas untuk memberi kata putus mengenai kerjasama antara kedua-dua parti, Hadi berkata, keputusan mengenainya sudah pun ada.

Beliau menjelaskan, tanpa menunggu tempoh sebulan yang diberikan itu, Pas sudah mempunyai dasar untuk tidak menjalinkan kerjasama dengan parti yang ada hubungan dengan DAP dan Amanah.

"Tak perlu tunggu sebulan untuk membuat keputusan dengan Bersatu. Kita sudah ada dasar, semua parti yang ada hubungan dengan DAP dan Amanah, kita tidak ada hubungan dengan mereka.

"Bila dia (Bersatu) dah ada hubungan dengan DAP dan Amanah, habislah," kata Presiden Pas itu lagi.
Dalam masa yang sama, Hadi juga memberitahu, Pas akan membuat keputusan selewat-lewatnya di Muktamarnya pada 28 April nanti mengenai hubungannya dengan PKR.

Ikut logik, oleh kerana berbanding Bersatu, hubungan antara PKR  dengan DAP dan Amanah lebih akrab kerana ketiga-tiga parti itu anggota Pakatan Harapan, maka tentulah jalinan kerjasama selama ini antara Pas dengan parti pimpinan Dr Wan Azizah Wan Ismail itu lebih wajar diputuskan juga.

Malah, oleh kerana Hadi tidak mahu menunggu tempoh sebulan sebagaimana yang diminta oleh Tun Mahathir, meskipun Mukhriz Mahathir yang mewakili Bersatu dan Tuan Ibrahim Tuan Man yang mewakili Pas ada mengeluarkan kenyataan bersama ke arah untuk bekerjasama, Pas seharusnya tidak perlu menunggu sehingga tarikh Muktamarnya untuk memutuskan hubungannya  dengan PKR.

Putuskanlah dengan segera hubungan dengan PKR sebagaimana Pas menolak kerjasama dengan Bersatu!

Dalam masa yang sama, baik Bersatu mahupun Pas, kedua-duanya haruslah membubarkan pasukan yang sebelum ini beberapa kali sudah bertemu untuk merundingkan kerjasama tersebut.

Semuanya sudah tidak bermakna lagi berikutan jawapan Hadi itu.

Kedua, meskipun Tuan Ibrahim beberapa hari lalu mengatakan Pas akan mengambil tindakan saman terhadap Husam Musa berhubung dakwaannya mengenai penyaluran wang RM90 juta melibatkan pemimpin tertentu parti itu yang didakwanya melalui Affin Bank, tetapi Hadi nampaknya memberi gambaran enggan berbuat demikian.

Bagi Hadi, tindakan Husam meminta disaman adalah helah yang sengaja dilakukan oleh Adun Salor itu kerana tidak mahu bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.

"Kalau bawa ke mahkamah benda bohong, bila kalah tak boleh tanding pilihanraya. Kalau tak mahu bertanding, beritahu senanglah," tambah beliau.

Bagaimanapun, sebagaimana yang dinyatakan oleh Husam kemudiannya, alasan Hadi itu agak melucukan kerana saman sivil, meskipun seseorang itu kalah, ia tidak menghilangkan kelayakan untuk bertanding dalam pilihanraya. 

Yang menyebabkan hilang kelayakan bertanding ialah jika disabitkan kesalahan jenayah dan dihukum denda lebih RM2,000 atau penjara dua tahun.

Selain itu, kata Husam lagi, oleh kerana kes belum dibawa ke mahkamah, bagaimana Hadi boleh membuat kesimpulan beliau akan kalah dalam kes tersebut?
Yang nyata, jawapan Hadi itu lebih merupakan alasan untuk tidak mengambil tindakan saman kepada Husam.

Bermakna, saman kepada Sarawak Report tidak ketahuan hujung pangkalnya sehingga sekarang dan saman kepada Husam pula hampir pasti tidak menjadi kenyataan.

Jika dihubungkaitkan antara kedua-dua jawapan Hadi hari ini iaitu mengenai penolakan untuk bekerjasama dengan Bersatu dan mungkin pula memutuskan hubungannya  dengan PKR serta dalam masa yang sama  enggan menyaman Husam, tidaklah sukar memahami apa kedudukan Pas dalam pilihanraya akan datang.

Pas nyata akan bertanding bersendirian dan tujuan bertanding itu bukanlah untuk menang pilihanraya atau untuk memastikan Islam dapat disemarakkan melalui perjuangan parti itu. 

Tujuan bertanding hanyalah untuk memberi kelebihan kepada Najib, UMNO dan BN agar dapat terus kekal berkuasa melalui percaturan tiga penjuru. 

Kalah atau menang bukan lagi penting bagi Pas, yang mustahak ialah dapat membantu sehabis baik kepada Najib mengekalkan kuasanya.

Agaknya jika kali ini kalah semua 70 kerusi pun, Pas tetap akan berkata, "tidak mengapa" serta jawapan tambahan lain kepada para penyokongnya ialah,  "yang penting bukan menang di dunia, tetapi di syurga."

Faham-fahamlah yerr....(SH 12/02/2017).

Posted by Shahbudin Husin at 21:26

Pautan: Diugut saman, Husam tak berganjak. Malu besar kalau PAS tak berani saman!

6 comments:

  1. Sengaja melambatkan proses.... sebab nak cover line cukup cukup sebelum tindakan saman. Nak kata derma ke .... wang Ihsan ke .... semua belajar daripada Bapak penya moon..

    ReplyDelete
  2. Lebai Marang tak tau nk bezakan antara kesalahan jenayah dan kesalahan sivil.
    Sorang pemimpin politik paling hebat dewasa ini. Kihkihkih
    A

    ReplyDelete
  3. Dah geng dgn penyamun, perangai pun serupa penyamun juga. Sekejap kata tak ada,lepas tu ada pulak, dermalah...... entah apa-apalah lagi. Bila nak saman??? Asyik buat u-turn aje, bila nak sampai?

    ReplyDelete
  4. Kononnya...
    Kalau parti sesat dia saman husam, grenti husam kalah kaw kaw kot..
    Kikiki..
    Tobat lawak la lebai biawak sekor tu..

    ReplyDelete
  5. ...UDAH SERUPA KENTUT DENGAN TAHI...

    ReplyDelete
  6. Lebai barua dan broka mana berani saman..
    Takut kena londeh di mahkamah

    ReplyDelete