SPRM siasat Annuar Musa
mk - Hari ini, 6:45 petang
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan satu kertas siasatan dibuka berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa Tan Sri Annuar Musa yang digantung tugas sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) hari ini.
Dalam kenyataan medianya, SPRM berkata, agensi berkenaan akan bekerjasama dengan bahagian audit dalaman MARA bagi menjalankan siasatan melibatkan beberapa isu rasuah dan salah guna kuasa didakwa dikaitkan dengan ketua penerangan Umno itu.
"Ingin ditegaskan, siasatan SPRM hanya tertumpu kepada isu rasuah dan salah guna kuasa membabitkan penglibatan dalam penajaan pasukan bola sepak Kelantan.
"Siasatan berhubung salah tadbir urus pula akan dijalankan oleh pasukan audit dalaman MARA," kata kenyataan tersebut.
Pagi tadi Ahli Majlis MARA mengadakan mesyuarat tergempar di ibu negara dan memutuskan untuk menggantung jawatan Annuar.
Pada 12 Januari lalu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat pendedahan berhubung penajaan Pelaburan MARA dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk menaja skuad bola sepak Kelantan.
Annuar pada awalnya menafikan pendedahan itu.
Menulis di Facebook, Ketua Penerangan Umno itu berkata "MARA tidak pernah menaja" walau satu sen pun untuk skuad The Red Warriors (TRW).
Penggunaan logo 50 Tahun MARA pada bahagian lengan jersi pasukan TRW itu pula, kata Annuar, dipamerkan secara percuma walaupun ia bernilai RM250,000.
Namun, keesokan harinya Annuar memberi kenyataan berbeza dan bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu berkata, beliau "difahamkan” terdapat surat menyurat, baucar dan dokumen lain antara The Red Warrior Sdn Bhd dan UniKL.
Sementara itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, berpendapatan ketetapan dibuat MARA itu hanya cadangan.
Katanya, kuasa melantik atau menggantung jawatan pengerusi MARA terletak pada bidang kuasa menteri selepas ia mendapat persetujuan perdana menteri.
Memberi respon kepada isu penggantungan beliau, Annuar berkata beliau tidak dimaklumkan pihak terbabit bermesyuarat hari ini walaupun ada mesyuarat dijadualkan berlangsung pada 14 Februari nanti.
Namun, Annuar yang kini anggota parlimen Ketereh berkata, beliau menerima keputusan berkenaan dengan berlapang dada dan bertanggungjawab.
SPRM menegaskan supaya semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan kes tersebut dan memberi ruang bagi menjalankan siasatan.
Pautan: TPM buka ruang seluas-luasnya pada SPRM untuk siasat ahli politik

ai tak kan yang ni saja tak da lain lain ka
ReplyDeletebelajar lah jadi juara penegak keadilan yang
jitu seperti diharapkan ramai
Last sekali xdak bukti..
ReplyDeleteMacam kes di sabah, berjuta juta duit dlm almari..
Last apa jadi?
Zahid cuba buat komedi ke, buka ruang seluas luasnya utk siasat para menteri?
Dia punya salahlaku xnak buka ruang ke utk sprm masuk checking?
X yah bikin lawak la..
Selagi SPRM tidak menyiasat dan membawa MO#1 ke muka pengadilan, semua tindakannya yang kelihatan seolah-olah aktif sejak akhir-akhir ini adalah hanya ibarat episod drama sinetron belaka.
ReplyDelete