Wednesday, February 1, 2017

“Sendiri kalah tak cukup, nak sangat presiden beliau bayar gantirugi juga?”

Nasrudin Tantawi mahu Haji Hadi kalah saman seperti dia juga?
Pada 30 Januari 2017
PETALING JAYA, 30 JAN: Pertimbangan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ekoran gambaran anti-Islam terhadapnya mendapat respon segera Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan.

Nasrudin seperti dilapor media berkata, jutaan umat Islam dan masyarakat bukan Islam negara ini akan bangkit membela presidennya jika disaman DAP.

Kenyataan Nasrudin itu bagaimanapun mendapat sindiran Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua.

“Dulu Nasrudin cabar Lim Guan Eng saman beliau. Nasrudin kena saman dan terpaksa tarik balik fitnah yang diakui tak berasas, dan bayar kos kepada Lim Guan Eng.

“Kini, Nasrudin macam tak dapat pengajaran. Minta pula Lim Kit Siang saman presiden PAS.

“Sendiri kalah tak cukup, nak sangat presiden beliau bayar gantirugi juga?” soalnya dalam satu kemaskini Facebook malam tadi.

Dalam perkara berkaitan, serangan Hadi terhadap DAP dan kerajaan Pulau Pinang turut dibidas ramai pihak antaranya Exco Hal Ehwal Islam Pulau Pinang Datuk Abdul Malik Kassim.

Menurut Abdul Malik, sejak kerajaan Pakatan mengambil alih pentadbiran negeri itu daripada Barisan Nasional (BN) pada Mac 2008, syiar Islam terus berkembang subur jauh melebihi kerajaan terdahulu.

“Sehinggakan pimpinan Gerakan pernah mengecam secara terbuka pentadbiran kerajaan negeri, khususnya DAP kerana menyalurkan bajet agama yang besar berbanding zaman BN,” katanya. - sumber

3 comments:

  1. Lebai kaki porn ni akal sejemput di lutut..

    ReplyDelete
  2. syiar Islam terus berkembang subur (bagauih)
    tak kiralah parti mana pung
    bial bab hukum nak jalan ditentang
    ni yang tak boleh diterima

    ReplyDelete
  3. Ustad porn macam tu la, cakapnya tu pun penuh kebaculan dan kelucahan

    ReplyDelete