BN yakin tamatkan penguasaan Pas di Kelantan
MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB | 02 Februari 2017 11:31 PM
Mohamad Fatmi bersalam dengan ahli parti-parti komponen BN dalam majlis perjumpaan khas serta pengumuman jentera BN Kota Bharu di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE
KOTA BHARU 2 Feb. - Barisan Nasional (BN) yakin memperolehi sekurang-kurangnya 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekaligus menamatkan penguasaan 27 tahun Pas di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Bendahari UMNO negeri, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, keyakinan tersebut berdasarkan kesungguhan serta kerja kuat parti itu membantu rakyat selain dibantu perpecahan pembangkang.
"Bukan setakat 12 kerusi, mungkin akan bertambah dan membentuk kerajaan. Faktor dimana UMNO yang tidak pernah berhenti bekerja untuk rakyat selain mempunyai jentera kukuh dilihat mampu memberi kelebihan kepada parti itu menang pada PRU-14," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan khas serta pengumuman jentera BN Kota Bharu di sini malam tadi.
Yang turut hadir, Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Rosmadi Ismail; Ketua MCA Bahagian itu, Tan Ken Ten dan seluruh kepimpinan komponen BN Kota Bharu.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad Fatmi yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu berkata, BN mampu merampas kembali Parlimen Kota Bharu pada PRU-14 meskipun kawasan tersebut dianggap sebagai kubu kuat Pas.
"Hari ini, kita lihat BN Kota Bharu menunjukkan solidariti serta semangat perpaduan yang cukup kuat dalam kalangan parti-parti komponen sekaligus berjaya membentuk kekuatan dalam menghadapi pilihan raya," katanya.

No comments:
Post a Comment