Sunday, February 5, 2017

Betul tu.....Nape tak sabar dan bengap sangat?

Amanah, telefonlah, bukan guna media
ATIRAH HASLI - 5 FEBRUARI 2017
Mahfuz Omar

SHAH ALAM - Tindakan Parti Amanah Negara (Amanah) yang secara terbuka meminta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendedahkan hasil pertemuan bersama Pas awal Februari lalu dikatakan tidak wajar.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Amanah sepatutnya tidak perlu menggunakan media untuk mengutarakan kemahuan mereka kepada Bersatu.

"Tidak perlulah Amanah pergi minta secara terbuka. Patut telefon (buat panggilan) sajalah dan minta kepada Bersatu apa yang mereka mahu.

"Saya anggap ia tindakan tidak wajar," katanya kepada Sinar Online.

Kata Mahfuz, Amanah tidak perlu mengingatkan Bersatu untuk melapor hasil pertemuan itu kerana ia sudah menjadi tanggungjawab Bersatu untuk berkongsi hal tersebut dengan Pakatan Harapan.

"Oleh kerana Bersatu sudah ada kerjasama dengan Pakatan Harapan, sudah tentulah mereka akan menyampaikan maklumat kepada rakan pakatan. 

"Parti yang ada tidak perlulah meminta atau mengingatkan Bersatu secara terbuka untuk berkongsi laporan penuh pertemuan dengan Pas," katanya lagi.

1 comment:


  1. Haha..

    Yg Mahfuz nyebok nak jd HERO konon kat tengah2 tu apasal

    Skrg dah JELAS Mahadet TSMY dan Mukhriz berbelit2 U-Turn dan kongkalikong sprt Ardy ahWANG..dulu kata dah abis & putus TAK perlu lg runding dgn PAS, tup2 U-Turn lg..

    Mungkin Mahfuz ingat dia licik dia smart lg hebat..pui!

    Mahadet tu bapak FITNAH & Ardy tu lebai FITNAH, kini hang tu Mahfuz dok tengah2 nak jd jagoh macai ala2 "WISE" guy pembela kaki FITNAH ler pulak yg aku nampak...Dey podah!!

    Hang tu Mahfuz wajib sound DIRECT kat Mahadet tu, jgn asyik2 nak main trick U-Turn belit keliru & FITNAH lg mcm dulu2 tu, tp aku yakin hang gerenti tak berani nak sound kat dia, sbb tu laa AMANAH pulak yg hang tala!

    ReplyDelete