Muhyiddin-Abdul Hadi akan bertemu tandatangani perjanjian kerjasama
| MALAYSIA DATELINE
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi dalam waktu terdekat ini.
| MALAYSIA DATELINE
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi dalam waktu terdekat ini.
Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau menyambut baik kesediaan Pas untuk membentuk kerjasama dengan parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
"Dengan perkembangan terbaharu ini saya juga yakin bahawa harapan untuk menyelamatkan Malaysia serta menawarkan masa depan Malaysia yang lebih baik juga semakin cerah.
"Saya berdoa semoga perjanjian PPBM-Pas akan dapat dimaterai oleh saya dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden Pas) dalam tempoh beberapa hari akan datang," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam satu pertemuan telah berlaku antara Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk memperhalusi hala tuju kerjasama antara kedua-dua parti.
Justeru kata Muhyiddin lagi amat penting wujudnya persefahaman antara PPBM, Pas dan parti-parti sekutu yang mempunyai aspirasi yang sama.
"Kerjasama ini akan merintis jalan ke arah pembentukan muafakat politik yang lebih kukuh antara parti-parti pembangkang untuk menghadapi Barisan Nasional secara satu lawan satu dalam PRU-14.
"InsyaAllah, jika diberikan mandat oleh rakyat, akan membentuk sebuah kerajaan baharu yang berintegriti selepas pilihanraya.
"PPBM sebelum ini telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Pakatan Harapan dan kerjasama ini akan diteruskan.
"Persefahaman yang dicapai dengan Pas ini akan melengkapkan usaha ke arah mewujudkan muafakat politik antara parti-parti pembangkang dan InsyaAllah akan memperkukuhkan lagi kedudukan parti-parti pembangkang menjelang PRU-14," ujarnya.
Namun dalam perkembangan sama hari ini Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mahfodz Mohamed pula berkata, Pas hanya akan bekerjasama dengan PPBM sekiranya parti itu sanggup melupakan DAP dan Amanah. Pas katanya lagi, tidak kisah menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti seperti PKR dan PPBM tetapi tidak sesekali berganding bahu di atas pentas politik yang sama dengan DAP dan Amanah.
Artikel Berkaitan: Pas tidak bersama PPBM jika ada hubungan dengan DAP, Amanah
* Maka gembiralah Najib. PAS berjaya pecah belahkan pembangkang untuk menangkan BN di PRU14 ini. Jadi tak payahlah PAS nak berselindung di sebalik bayang hitam mereka!
* Maka gembiralah Najib. PAS berjaya pecah belahkan pembangkang untuk menangkan BN di PRU14 ini. Jadi tak payahlah PAS nak berselindung di sebalik bayang hitam mereka!
Elok lah tu lagi pun presiden kedua2 parti pas dan bersatu memang mesra dan serasi.Lagi pun TSMY x berapa 'mesra' bersama pimpinan PH...
ReplyDeletePas bangsat ni mmg dapat habuan dr najib.
ReplyDeletePas tak akan bergabung dgn umno sbb jika bergabung,tiada undi untuk pas.
Maka kononnya buat blok ke3 dgn tujuan utk memecahbelahkan undi yg akhirnya berpihak kpd umno..
Duit upah dah standby,duit pendahuluan 90juta dah sapu..
pergi mampus dgn penjilat apek kit siang db gong jg ketum dlm penjara tu
ReplyDelete