Menuju PRU14, sejauh mana tepatnya tinjauan pendapat
Awang Azman Awang Pawi · Diterbitkan pada 11 Mar 2018 7:58AM
MENJELANG pilihan raya umum, terdapat banyak kajian tinjauan pendapat (opinion poll) dilakukan oleh pelbagai pihak.
Ia merupakan kaji selidik sosial untuk memperoleh pendapat, sikap, pendirian terhadap pelbagai isu sama ada di peringkat parti, negeri mahupun negara.
Secara umumnya ia digunakan untuk mengukur sikap dan respons pengundi terhadap dasar dan kepimpinan parti mahupun kerajaan. Berdasarkan kriteria atau kategori tertentu, kaji selidik ini ia digunakan untuk merumuskan potensi atau jangkaan tingkah laku pengundi. Dipercayai kajian tinjauan pendapat ini dapat membantu sesebuah parti merangka strategi untuk meraih kemenangan.
Antara yang aktif melakukan kaji selidik termasuk Invoke, Ideas, Merdeka Center, Majlis Profesor Negara (MPN) dan sebagainya. Terdapat juga universiti tertentu menjalankan kajian tinjauan pendapat bagi tujuan akademik.
Malah terdapat negeri tertentu yang mempunyai badan khusus untuk mengkaji sikap pengundi terhadap dasar dan keputusan kerajaan. Masing-masing mempunyai penaja yang tersendiri. Tidak kurang pula badan korporat yang berminat untuk mendanai kajian seumpama ini untuk melihat kecenderungan pengundi mutakhir, seterusnya menyesuaikan sikap dan pendirian korporat semasa.
Kajian tinjauan pendapat ini dibuat dengan teknik terkini khususnya memastikan kajian ini mempunyai merit atau sekurang-kurang mewakili populasi kajian. Dalam sesuatu perkara, mereka boleh menjangka dengan tepat dengan menggunakan responden sekitar 1,000 sahaja.
Hal ini boleh dilakukan dengan jitu apabila faktor seperti etnik, umur, jantina, pendapatan, lokasi yang sesuai dimanfaatkan dengan baik dalam sesebuah kajian tersebut.
Ketirisan
Bagaimanapun ketirisan dalam kajian tinjauan pendapat boleh sahaja berlaku apabila pensampelan tersebut tidak mewakili sampel pengundi sebenar. Bayangkanlah, apabila berdepan di kawasan campuran etnik Melayu mewakili 35%, etnik Cina 30%, India 10% dan lain-lain 10% namun dalam pensampelan soal selidik misalnya mengambil 40% Melayu. Hanya perbezaan 5% yang kelihatan kecil jumlahnya akan tetapi menentukan validiti data dan keputusan yang dihasilkan.
Dalam kaji selidik sama ada dalam bentuk borang selidik mahupun wawancara bersemuka kadang kala responden sendiri lebih bersedia menjawab apa-apa yang dirasakan sebagai sesuatu yang boleh diterima dalam konteks realiti semasa sosial.
Namun, apa-apa yang berlaku sebenarnya tidak dalam konteks dalam sesuatu yang mereka benar-benar percaya, mahu dan yakin. Misalnya, di kawasan minoriti etnik Cina misalnya, kadang kala sukar untuk mendapatkan jawapan tulen responden kerana bimbang pandangan tersebut akan dikategorikan tidak sama dengan pandangan etnik majoriti kawasan tersebut. Apatah lagi, jika wawancara tersebut dilakukan oleh pengkaji yang berlainan etnik.
Dalam jawapan responden mungkin mahukan pendidikan percuma namun secara peribadi lebih bersedia menerima pendidikan sedia ada untuk menjamin kualiti pemodenan sistem pendidikan yang lebih baik lagi. Selain itu, responden juga misalnya mahu parti dan pemimpin parti dikekalkan, namun secara peribadi mahu menolak pemimpin dan parti tersebut.
Jawapan yang berbeza ini mungkin didorong oleh faktor responden yang tidak mahu jawapannya menjejaskan kerjaya atau apa-apa aku janji yang dibuat sebelum itu.
Sering juga dalam soal selidik, pemilihan kata dan format memberikan keputusan yang berbeza. Sekiranya terlalu banyak soalan sama ada setuju atau sebaliknya, responden lebih cenderung bersetuju daripada tidak bersetuju. Ini memerlukan pembuat soal selidik lebih tersaring apabila membuat soal selidik agar dapat mengelakkan tersasar daripada kehendak sebenar soal selidik yang dilakukan.
Perubahan sikap dan tingkah laku
Satu petaka dalam kajian tinjauan pendapat ialah apabila berlakunya perubahan sikap selepas soal selidik dibuat. Hal ini boleh berlaku apabila asakan kempen politik semakin meluas dan berjaya mengubah sikap dan tingkah laku pengundian responden sebagai pengundi.
Perubahan juga boleh berlaku, apabila responden kemudian lebih terbuka dan menerima lebih banyak hujah yang meyakinkan pada saat-saat akhir beberapa hari atau minggu sebelum pengundian diadakan.
Terdapat juga berlaku apabila responden yang diwawancara atau terlibat dalam soal selidik tersebut tidak mengundi atau belum lagi mendaftar sebagai pengundi.
Golongan anak muda misalnya sangat kritis dalam menyuarakan isu nasional dan semasa. Namun didapati ramai dalam kalangan mereka belum mendaftar sebagai pengundi.
Sesetengah yang ditemui pula berkata tidak mahu mengundi sebagai tindakan protes terhadap parti-parti yang bertanding. Ini bakal menjejaskan keputusan sebenar pada pilihan raya umum akibat keadaan yang tergantung seperti itu.
Ada juga kekangan daripada “ideologi” anutan penaja yang sukar dihakis sehingga mempengaruhi keputusan tinjauan pendapat. Sukar untuk mengelak tuntutan penaja dana yang mahukan perspektif dan gaya pandang yang sesuai dengan keperluan mereka.
Apabila keadaan ini sukar dipisahkan atau dielakkan, ia mampu menjejaskan kebebasan kumpulan penyelidik menjalankan kajian secara lebih bebas meskipun bernaung atas nama institusi akademik.
Dalam konteks ini, sama ada BN yakin mendapat kembali majoriti dua pertiga sama ada 145 atau 155 kerusi tidak penting. Begitu juga keyakinan Pakatan Harapan mampu menang di lima negeri pada PRU14 tidak signifikan sekiranya kita mengambil kira kemungkinan berlakunya ketirisan sedemikian yang tidak dapat dielakkan atau di luar kawalan dalam kajian tinjauan pendapat itu sendiri.
Maka, keputusan pilihan raya umum masih terbuka dan sukar diramalkan secara tepat. Tak perlu terlalu bergantung kepada apa-apa kecuali pada naluri pengundi pada hari mengundi! – 11 Mac, 2018.
* Dr Awang Azman Awang Pawi ialah ahli akademik yang percaya dunia akademik melangkaui politik kepartian dan intelektual awam adalah pencetus pencerahan. Selain memberi kuliah beliau juga menjalankan kajian bebas dalam bidang sosio-budaya termasuk budaya politik dan budaya masyarakat.

No comments:
Post a Comment