Pakatan tawar Kelantan alternatif lebih baik berbanding BN, PAS
Sheridan Mahavera · Diterbitkan pada 11 Mar 2018 7:00AM
Pengundi di Kelantan bersorak ketika mendengar ceramah Pakatan Harapan di Bachok malam tadi. Mereka kini percaya gabungan itu alternatif lebih baik menggantikan PAS dan Umno. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 11 Mac, 2018
SELEPAS terperangkap antara PAS dan Umno, pengundi Kelantan kini percaya mereka ada alternatif lebih baik menggantikan dua parti tradisional itu dalam bentuk Pakatan Harapan (PH).
Mereka berkata PH menyediakan dasar lebih baik untuk menangani kenaikan kos sara hidup yang juga disebabkan oleh kerajaan persekutuan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Sementara itu, di peringkat kerajaan negeri, warga Kelantan yang mendengar ceramah himpunan PH malam tadi berkata PH nampaknya menawarkan idea lebih baik tentang bagaimana merangsang ekonomi tempatan dan menawarkan pekerjaan.
“Kami harap PH boleh ambil alih Kelantan dan negara ini. Kedua-duanya patut ditadbir oleh PH, jadi keadaan boleh diselaraskan,” kata pesara guru agama Hasanah Ibrahim, 68.
Beliau salah seorang daripada 3,000 penduduk Kelantan yang hadir ke ceramah PH di Bachok, malam tadi, yang mengakhiri jelajah gabungan itu di Kelantan.
“Saya yakin dengan dasar dan manifesto mereka. Saya suka rancangan untuk mansuh GST (cukai barangan dan perkhidmatan) dan menyediakan pendidikan universiti secara percuma,” katanya yang datang dari Kota Baru untuk mendengar ceramah pemimpin PH.
Dalam manifestonya yang baru dilancarkan, antara lain PH menjanjikan kadar sifar GST, di mana kebanyakan rakyat Malaysia menyalahkannya menjadi punca kenaikan harga makanan dan isi rumah, serta menyediakan pendidikan percuma di universiti awam.
Ia juga berjanji untuk mengembalikan subsidi minyak, menaikkan gaji minimum dan memperkenalkan skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah.
Ahli perniagaan Ahmad Salman Shamsuddin, 37, tertarik dengan rancangan PH untuk mengecualikan pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) bagi mereka yang memperoleh pendapatan bawah RM4,000.
“Kebanyakan orang Melayu yang saya kenal dapat gaji bawah RM4,000 bila tamat pengajian universiti, jadi ia akan membantu mereka ketika mula bekerja,” katanya.
Orang ramai tekun mendengar ucapan Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad ketika ceramah di Tanah Merah, Kelantan, semalam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 11 Mac, 2018
Beliau juga melahirkan keyakinan kepada pemimpin PH Kelantan Husam Musa yang dikatakan banyak memainkan peranan dalam kerajaan negeri akan datang.
Husam yang pada masa ini naib presiden Amanah adalah bekas exco kanan dalam kerajaan negeri Kelantan pada tahun 2000.
PH sedang cuba mengambil alih kerajaan negeri Kelantan daripada PAS yang memerintah negeri pantai timur yang miskin itu sejak 28 tahun lalu.
Tinjauan The Malaysian Insight mendapati wujud kebangkitan kemarahan terhadap kerajaan negeri PAS terhadap perkhidmatan majlis tempatan dan ketidakmampuan untuk melonjakkan ekonomi tempatan dan mencipta peluang pekerjaan.
Bagaimanapun, kelemahan PAS di Kelantan menaikkan semangat Umno semula, musuh tradisinya dan parti dalam BN itu juga yakin akan dapat menawan semula negeri itu, akhirnya.
Kaji selidik badan pemikir mendapati BN akan menjadi gabungan yang mungkin menawan Kelantan kerana akar umbi masyarakat Melayu Islam dan jentera pilihan rayanya besar.
Tetapi Hasanah berkata tidak banyak bezanya antara PAS dan Umno sejak akhir-akhir ini.
“PAS nampak lebih peramah terhadap Umno. Bila mereka berkempen, masing-masing serang PH, bukannya satu sama lain. PAS kata dia bantah Umno tetapi ia nampak sama macam Umno sekarang ini.”
Dalam ucapan mereka, pemimpin PH seperti Mohamad Sabu dan Dr Mahathir Mohamad bersusah payah untuk menyampaikan mesej bahawa gabungan itu lebih baik dalam mentadbir negara berbanding PAS atau BN.
PAS yang pernah menjadi sekutu dengan parti dalam PH iaitu PKR dan DAP dikritik kerana mengambil pendirian lebih lembut terhadap dasar Umno.
Seorang lagi guru agama Muhammad Hussin, 66, dari Pasir Puteh berkata sebagai bekas penyokong PAS, beliau mendapati PH menawarkan alternatif lebih menarik.
“Jumlah khalayak malam ini mengejutkan dan PAS tidak pernah dapat membentuk gabungan seperti PH dan BN juga begitu.
“Malam ini kita melihat rakyat sekarang sedar adanya alternatif lebih jelas. Kelantan sudah bersedia untuk perubahan,” katanya. – 11 Mac, 2018.

No comments:
Post a Comment