Sunday, March 11, 2018

Hadi sergah Rafizi: Hasil kajian tak betul......PAS takkan kalah di Kelantan!

PAS tolak hasil kajian kalah di Kelantan pada PRU14
TMI · Diterbitkan pada 11 Mar 2018 11:34AM
Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa kajian dilakukan badan pemikir Invoke tidak mewakili akar umbi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Mac, 2018

PAS menolak kaji selidik dilakukan badan pemikir Invoke yang mendakwa parti Islam itu akan kalah di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Presidennya Abdul Hadi Awang berkata kajian dilakukan Invoke itu sekadar kajian atas meja dan tidak mewakili akar umbi.

"Dalam PAS sudah tentu kita ada kajian sendiri dan kajian kita bertapak pada akar umbi, berbanding hasil kaji selidik Invoke Malaysia yang tiada akar umbi,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Tambahnya, PAS turut mempunyai kajian sendiri dan ia lebih berfakta selain turut mengambil kira hasil kajian pihak lain untuk dibandingkan.

Sebelum ini Invoke menerusi kajian mereka mendedahkan BN akan menang bersih di Terengganu dan Kelantan selain mengekalkan kuasa di Pahang.

Kajian melibatkan 2,000 responden dibentangkan Pengarah Invoke Rafizi Ramli ketika forum "GE14 Prediction Forum: What The Big Data Tells Us?"

5 comments:

  1. Nama pun kajian, nak terima atau tolak terpulang pada individu. Tapi sepatutnya ambil hasil kajian ini sebagai cabaran dan memperbaiki kesilapan.

    ReplyDelete
  2. Woi. Hadi awe mana silap. Dia maksum. Ado faham. Kikiki

    ReplyDelete
  3. Hadi awe idiot stupid

    ReplyDelete
  4. Jangan cakap takbur Hj.hardy nanti makan diri sendiri,anda tak berapa nak cerdik...!!

    ReplyDelete
  5. Jangan cakap takbur Hj.hardy nanti makan diri sendiri,anda tak berapa nak cerdik...!!

    ReplyDelete