Raja Petra kelakar, berapa banyak makan dedak, tanya Rafidah Aziz
TMI · Diterbitkan pada 14 Mar 2018 9:53AM
Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Rafidah Aziz berkata Raja Petra Kamaruddin seorang pembelot haprak talam dua muka yang berniat jahat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Mac, 2018
BEKAS menteri Rafidah Aziz hari ini menyelar Raja Petra Kamaruddin dalam satu komentar di Facebook yang penuh sindiran, memanggil penulis blog itu "pemakan dedak" yang "menggelikan hati" dan bertanya berapa agaknya beliau dibayar untuk menulis bermacam-macam pembohongan.
Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu juga membayangkan semua pembohongan yang dilemparkan terhadapnya sekarang bertujuan mengalihkan perhatian umum daripada isu sebenar yang dihadapi negara.
"Pembelot haprak talam dua muka yang sekarang tinggal di UK itu memang seorang berniat jahat.
“Tetapi penulisannya sampai amat menggelikan hati pulak. Entah berapa banyak dedak dia diberi sebagai imbuhan untuk menulis pembohongan dan dusta setiap kali?" tulis Rafidah di Facebook.
Ini kali kedua Rafidah menyerang balas Raja Petra selepas penulis blog itu minggu lalu menuduh beliau menyalahgunakan permit import (AP) semasa jadi menteri.
Raja Petra sebelum itu memuat naik sebuah tulisan bertajuk "Rafidah, Ratu AP' di blognya, Malaysia Today.
"Suap saja dia cukup dedak dan dia akan menari ikut sebarang rentak," tulis Rafidah, yang turut menyarankan Raja Petra agar bertaubat.
Rafidah berkata beliau hairan Raja Petra ini suatu masa dulu membuat akaun berkanun menyatakan kononnya isteri perdana menteri, Rosmah Mansor ada di tempat Altantuya Shaariibuu diletupkan.
Rafidah turut memuat naik akaun berkanun itu bersama komentarnya di Facebook.
Katanya, kalau fitnah sebesar itu pun Raja Petra boleh reka tidak mustahil beliau boleh kata "semua hutang kita selesai dibayar daripada wang derma sekumpulan sahabat terkaya dan matahari sebenarnya terbit dari barat".
Raja Petra membuat tuduhan melalui akuan bersumpah itu pada 16 Jun, 2008 tetapi kemudian menarik balik kenyataannya itu dalam satu wawancara dengan TV3 pada April 2011.
Polis juga sebelum itu menyiasat Rosmah dan dua lagi individu yang dinamakan dalam akuan berkanun Raja Petra itu.
Rafidah berkata beliau sepatutnya tidak perlu bersusah payah "membuang masa membalas tulisan" Raja Petra tetapi ingin menyentuh beberapa tuduhan yang dilemparkan oleh penulis blog itu.
Tentang hartanya yang dikatakan berjumlah RM8 bilion, Rafidah bertanya: "Datang dari sumbangan derma mana agaknya?" dan menambah beliau tidak boleh beri alasan derma sebab "orang lain dah gunakan dulu".
Sindirannya itu dilihat merujuk kepada duit RM2.6 bilion yang masuk ke akaun Perdana Menteri Najib Razak yang dikatakan sebagai "derma putera Arab Saudi".
Tentang dakwaan beliau pemilik sebenar syarikat penerbangan tambang murah AirAsia, Rafidah dengan nada sinis meminta maaf kepada Tony Fernandez dan Kamarudin Meranun.
"Tony dan Din, sorry lah. Tanpa you berdua sedari, saya dah ambil alih AirAsia dan saya sekarang taukeh besarnya," tulis Rafidah.
Tentang tuduhan beliau "penjudi terbesar dan pengunjung kerap kasino di London", Rafidah bertanya semula: "Apa ke dia nama kasino di London tu sekali lagi? Lupa pulak!"
Bekas ketua Wanita Umno itu juga dengan menyindir "kecewa" apabila Raja Petra tidak menamakan dirinya sebagai pemilik sebenar kapal mewah Equanimity yang dirampas di Bali, Indonesia baru-baru ini serta semua aset yang dirampas oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ). – 14 Mac, 2018.

Bukan takat dedak sj. Adakah dia kaki tunggang jg? Mentang2 duduk di negara pub merata2. Dan jakim atau jais tak ada. 'Lebai' mcm ni kuat defend pas kikiki
ReplyDelete