Lim tunjuk gambar editor kanan dengan suspek SPRM
mk | Dikemaskini 14 Mac 2018, 4:44 petang
Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini mendedahkan foto yang menunjukkan editor kanan akhbar milik MCA bergambar dengan ahli perniagaan yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ini adalah sebagai respon kepada pemimpin BN yang meminta penjelasan mengenai foto beliau bersama suspek yang sama.
Pada sidang akhbar di Komtar hari ini, Lim menunjukkan menunjukkan keratan akhbar gambar Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Star Media, Wong Chun Wai berjabat tangan dengan suspek dan seorang individu tidak dikenali.
"Ahli perniagaan (yang dicari oleh SPRM) adalah orang kuat BN.
"Saya tak mahu main politik untuk menunjukkan gambar ahli perniagaan itu dengan menteri-menteri BN tapi saya tak akan melakukannya.
"Sekarang saya mahu tunjuk gambar seorang penyokong MCA dengan ahli perniagaan itu. Saya tak membuat tuduhan tetapi hanya mahu menunjukkan kepadanya (timbalan presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong) foto ini," katanya.
Ahli perniagaan tersebut yang bergelar 'Datuk Seri' direman seminggu sebelum dibebaskan kerana didakwa menerima RM19 juta daripada kontraktor projek terowong dasar laut di Pulau Pinang, Consortium Zenith Construction Sdn Bhd.
Berikutan itu, beberapa pemimpin BN termasuk Wee dan Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN, Eric See-To mendedahkan gambar Lim bersama suspek berkenaan.
Lim bagaimanapun menyifatkan usaha mengaitkannya dengan individu dikehendaki SPRM itu sebagai "perbuatan jijik".
'Saya pakai kasut'
Sementara itu, Wong dalam kenyatannya menjelaskan bahawa sebagai pengamal media, beliau berjumpa ramai orang.
"Banyak kali saya diminta bergambar dengan mereka yang kebanyakannya tak saya kenali. Saya tak tahu orang tertentu ini terlibat (dalam projek terowong berkenaan)," tambahnya.
Wong berkata, gambar yang ditunjukkan oleh Lim itu diambil pada 8 Ogos tahun lepas di Malam Anugerah Harta Tanah StarProperty.my 2017 di Nexus Bangsar South, Kuala Lumpur.
Beliau juga menyindir Lim berhubung tempat gambar itu diambil dan kasut yang dipakai beliau.
"Seperti yang terbukti dalam foto ini terdapat lebih dua orang hadir, ini adalah majlis awam dan bukan di kediaman persendirian.
"Saya memakai jaket hitam untuk makan malam dan yang pasti memakai kasut ketika gambar itu diambil," katanya.
Sebelum ini See-To dan Ka Siong membangkitkan persoalan sama ada gambar Lim dirakam di kediaman ahli perniagaan itu kerana mereka dilihat berkaki ayam.

No comments:
Post a Comment