Tuesday, March 20, 2018

Perlukah LGE mengikut gelagat mereka?

Guan Eng pula edar gambar isteri suspek dengan pemimpin BN
mk  |  Dikemaskini 19 Mac 2018, 5:26 petang
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini bertindak mengedarkan gambar para pemimpin BN dengan isteri seorang usahawan yang ditahan berhubung dengan skandal terowong bawah laut.

Ini selepas terdedahnya, gambar kedua Lim bersama suspek, yang didakwa menerima RM19 juta selepas berjanji mampu menghalang siasatan SPRM berhubung terowong itu.

Pada sidang akhbar hari ini, ketua menteri mempersoalkan siapa yang membocorkan gambarnya bersama usahawan berkenaan kepada media.

Lim menyoal bagaimana gambar-gambar ini boleh bocor sedangkan hanya ahli perniagaan itu yang memilikinya yang disimpan di dalam telefon bimbitnya.

"Malah saya tidak mempunyainya.

"Usaha BN untuk melepaskan skandal BN sebagai skandal Pakatan Harapan tidak akan menjadi apabila rakyat dapat melihat kerajaan persekutuan BN adalah kleptokrasi dunia," katanya.

Lim berkata kemungkinan terdapat lebih banyak gambar dirinya bersama ahli perniagaan itu, termasuk dengan isteri dan ahli keluarganya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker menuntut Lim menjelaskan gambar keduanya bersama suspek yang didakwa menerima RM19 juta itu.

“Tidak sampai seminggu gambar Lim bersama Datuk Seri kembali tersebar. Jadi, apakah alasannya kali ini?

“Bukankah kemunculan gambar kedua ini jelas membuktikan bahawa Lim memang pembohong?

“Sesiapa pun mampu menilai dengan bijak bahawa tiada siapa yang mengambil gambar dengan orang yang sama secara kebetulan lebih daripada sekali kecuali orang itu adalah kawan anda.

“Sekali lagi, kami menanti penafian dan penjelasan anda untuk gambar kedua ini. Sudah tiba masanya untuk anda berhenti baling batu dan sembunyi tangan," kata Ti dalam satu kenyataan hari ini.

Pada awal bulan ini, tersebar sekeping gambar setiausaha agung DAP itu bersama ahli perniagaan yang disiasat dan ditahan SKMM berhubung dakwaan menerima sogokan bagi menyelesaikan kontroversi projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Walau bagaimanapun, Lim menafikan bahawa beliau mengenali secara dekat ‘Datuk Seri’ itu dan menurutnya, ramai individu lain turut mengambil gambar bersama ahli perniagaan terbabit.

Gambar Lim dan seorang lelaki yang menyerupai ‘Datuk Seri’ itu dalam sebuah kereta tersebar di media sosial dan didakwa diambil pada Ogos tahun lalu
 
 
 

3 comments:

  1. Hello There. I found your blog using msn. This is a very well
    written article. I'll be sure to bookmark it and return to read more of your useful
    information. Thanks for the post. I'll definitely comeback.

    ReplyDelete
  2. Link exchange is nothing else however it is only
    placing the other person's webpage link on your page at proper place and other person will also do similar in support of you.

    ReplyDelete
  3. What's up, everything is going fine here and ofcourse every one is sharing data, that's in fact good, keep up writing.

    ReplyDelete