Lautan manusia di himpunan Jelajah Harapan di Bachok
ZIKRI ABDULLAH - March 11, 2018 10:52 am
Program Jelajah Harapan peringkat negeri Kelantan di Bachok malam tadi menyaksikan lautan manusia berhimpun untuk bersama pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Mahathir Mohamad.
“Kalau Najib lihat himpunan ini dia tak lena tidur sepuluh tahun,” kata Tun Mahathir berseloroh di sambut laungan bergemuruh “hidup Tun”.
Majlis itu diadakan di perkarangan pejabat AMANAH kawasan Bachok yang terletak kira-kira 200 meter dari pejabat tanah dan jajahan.
Dataran yang lebih besar dari saiz dua padang bola itu penuh sesak dengan orang ramai yang mula memasuki kawasan itu sejak selepas solat maghrib.
Tempat ceramah itu yang boleh dimasuki dari empat jalan utama di penuhi di kiri kanan jalan dengan orang ramai sejauh sekitar 1 kilometer.
Pengarah jentera pilihan raya PH Kelantan Datuk Sazmi Miah memberitahu seorang anggota polis menganggarkan kehadiran seramai 15,000 orang.
“Bagi saya kehadiran malam ini tiga kali ganda angka itu,” kata seorang pengunjung, Nasir Ismail, 53 yang ditemui selepas ceramah berakhir.
Tun Mahathir sendiri yang begitu teruja dengan jumlah kehadiran yang luar biasa itu berkata inilah kehadiran terbesar yang pernah beliau saksikan sepanjang siri Jelajah Harapan.
“Saya dapati orang ramai memenuhi kiri kanan jalan sambil duduk atas motosikal.
“Jadi saya ingat sudah sampai ke tempat ceramah.
“Rupanya perjalanan untuk sampai ke sini masih sangat jauh,” katanya.
Tun juga menyindir masih ramai yang duduk dalam gelap dan enggan menghampiri tempat ceramah.
“Saya tahu ini orang Pas dan Umno yang takut-takut tetapi mahu dengar ceramah saya,” katanya.
Turut berucap di majlis itu ialah presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, timbalan-timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mohamad Sabu.
Pengerusi PH Kelantan Husam Musa menyampaikan ucapan aluan manakala Naib Pengerusi DAP kebangsaan Tengku Zulpuri Tengku Puji berucap mewakili pimpinan tertinggi parti itu.
HIshamudin Rais mewakili NGO Bersih turut mengambil peluang berkempen menolak penipuan pilihan raya oleh kerajaan Najib.
Program Jelajah Harapan yang bermula dengan acara-acara sebelah pagi menyaksikan pemimpin-pemimpin utama PH melalui jadual ketat sepanjang hari.
Di sebelah pagi, Muhyiddin Yassin menyertai satu sessi khas bersama jentera pilihanraya PH Kelantan di pejabat PPBM negeri.
Presiden PH Wan Azizah pula melancarkan Hari Wanita Antarabangsa di dewan banquet Tunjong yang dianjurkan wanita PH Kelantan.
Timbalan presiden PH Mohamad Sabu pula merasmikan pelancaran manifesto PH bersama-sama jentera penerangan semua parti anggota di Wisma Tok Guru, Salor.
Tun Mahathir sendiri yang tiba kira-kira jam 12 tengah hari terus bergegas menghadiri program bersama NGO yang diadakan di dataran harapan U Presto Tanah Merah.
Kesemua pimpinan utama PH kemudian mengadakan pertemuan khas pada jam 3 petang di sebuah urban resort dengan pimpinan PH negeri di Kota Bharu.
Untuk acara petang, Wan Azizah dan Mohamad Sabu menyertai acara santai beramah mesra dengan pengunjung dan peniaga di pasar Gok Kapur, jalan PCB, Kota Bharu.
Di Taman Selera Jalan Kebun Sultan pula, Tengku Zulpuri menyertai program dialog dan ramah mesra dengan masyarakat Cina yang turut dihadiri pengerusi AMANAH Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Wan Azizah di sidang media selepas melancarkan Hari Wanita Antarabangsa di Tunjong banquet
Sementara itu Tan Sri Muhyiddin bersama-sama dengan masyarakat kampung Sadoi, Tawang.
Penduduk kampung menumbangkan seekor lembu untuk menyambut kedatangan beliau.
Kampung Sadoi yang dulunya kubu kuat Pas menyaksikan perubahan apabila tiga cawangan AMANAH ditubuhkan sempena majlis itu.
Naib presiden AMANAH Husam Musa menerima borang ahli dan permohonan penubuhan cawangan daripada Abdullah Yusuf dalam majlis itu.
ZIKRI ABDULLAH - March 11, 2018 10:52 am
Program Jelajah Harapan peringkat negeri Kelantan di Bachok malam tadi menyaksikan lautan manusia berhimpun untuk bersama pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Mahathir Mohamad.
“Kalau Najib lihat himpunan ini dia tak lena tidur sepuluh tahun,” kata Tun Mahathir berseloroh di sambut laungan bergemuruh “hidup Tun”.
Majlis itu diadakan di perkarangan pejabat AMANAH kawasan Bachok yang terletak kira-kira 200 meter dari pejabat tanah dan jajahan.
Dataran yang lebih besar dari saiz dua padang bola itu penuh sesak dengan orang ramai yang mula memasuki kawasan itu sejak selepas solat maghrib.
Tun Mahathir berucap di program Jelajah Harapan Kelantan
Pengarah jentera pilihan raya PH Kelantan Datuk Sazmi Miah memberitahu seorang anggota polis menganggarkan kehadiran seramai 15,000 orang.
“Bagi saya kehadiran malam ini tiga kali ganda angka itu,” kata seorang pengunjung, Nasir Ismail, 53 yang ditemui selepas ceramah berakhir.
Mohamad Sabu berucap mewakili AMANAH
“Saya dapati orang ramai memenuhi kiri kanan jalan sambil duduk atas motosikal.
“Jadi saya ingat sudah sampai ke tempat ceramah.
“Rupanya perjalanan untuk sampai ke sini masih sangat jauh,” katanya.
Orang ramai bersesak-sesak sepanjang 1km di atas jalan raya
“Saya tahu ini orang Pas dan Umno yang takut-takut tetapi mahu dengar ceramah saya,” katanya.
Turut berucap di majlis itu ialah presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, timbalan-timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mohamad Sabu.
Pengerusi PH Kelantan Husam Musa menyampaikan ucapan aluan manakala Naib Pengerusi DAP kebangsaan Tengku Zulpuri Tengku Puji berucap mewakili pimpinan tertinggi parti itu.
HIshamudin Rais mewakili NGO Bersih turut mengambil peluang berkempen menolak penipuan pilihan raya oleh kerajaan Najib.
Program Jelajah Harapan yang bermula dengan acara-acara sebelah pagi menyaksikan pemimpin-pemimpin utama PH melalui jadual ketat sepanjang hari.
Di sebelah pagi, Muhyiddin Yassin menyertai satu sessi khas bersama jentera pilihanraya PH Kelantan di pejabat PPBM negeri.
Presiden PH Wan Azizah pula melancarkan Hari Wanita Antarabangsa di dewan banquet Tunjong yang dianjurkan wanita PH Kelantan.
Timbalan presiden PH Mohamad Sabu pula merasmikan pelancaran manifesto PH bersama-sama jentera penerangan semua parti anggota di Wisma Tok Guru, Salor.
Tun Mahathir sendiri yang tiba kira-kira jam 12 tengah hari terus bergegas menghadiri program bersama NGO yang diadakan di dataran harapan U Presto Tanah Merah.
Muhyiddin dan Husam di Kg Sadoi, Tawang
Untuk acara petang, Wan Azizah dan Mohamad Sabu menyertai acara santai beramah mesra dengan pengunjung dan peniaga di pasar Gok Kapur, jalan PCB, Kota Bharu.
Di Taman Selera Jalan Kebun Sultan pula, Tengku Zulpuri menyertai program dialog dan ramah mesra dengan masyarakat Cina yang turut dihadiri pengerusi AMANAH Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Wan Azizah di sidang media selepas melancarkan Hari Wanita Antarabangsa di Tunjong banquet
Sementara itu Tan Sri Muhyiddin bersama-sama dengan masyarakat kampung Sadoi, Tawang.
Penduduk kampung menumbangkan seekor lembu untuk menyambut kedatangan beliau.
Kampung Sadoi yang dulunya kubu kuat Pas menyaksikan perubahan apabila tiga cawangan AMANAH ditubuhkan sempena majlis itu.
Naib presiden AMANAH Husam Musa menerima borang ahli dan permohonan penubuhan cawangan daripada Abdullah Yusuf dalam majlis itu.
Pautan dari mk: 'Jelajah HARAPAN terbesar, Najib boleh tercirit'
semua pung pakat tercirit nak rebut kuasa dunia
ReplyDeletebila dah dapat lupa akan perintah Allah yang mewajibkan setiap pemerintah Islam menjalankan hukum hakam Islam
ramai calon Islam ynag didapati menipu janji yang dibuat bila dah dipilih oleh pengundi
ini calon jenih kuat lawan Allah
Mari membalak bersama ulamak pas. Takbur
ReplyDeleteUlama hubbub dunia yakni ulama yang "cintakan dunia" sehingga lupa akhirat yang kekal.......!!!
DeleteItu lah manusia. Munusia lain yg melihat pun ada tugas menegur dan memilih yg mana lebih baik untuk masyarakat mereka. Tak kira pemimpin atau pekerja kilang atau taukey bank atau kerani pejabat pos, semua otu manusia yg tuhan bahagi2kan kepandaian mereka.
ReplyDeleteTuhan kata berpesan pesan antara kamu.
Itu lah manusia. Munusia lain yg melihat pun ada tugas menegur dan memilih yg mana lebih baik untuk masyarakat mereka. Tak kira pemimpin atau pekerja kilang atau taukey bank atau kerani pejabat pos, semua otu manusia yg tuhan bahagi2kan kepandaian mereka.
ReplyDeleteTuhan kata berpesan pesan antara kamu.
Ahmad yakob janji nk resign mb jika tk boleh laksana hudud pada 2015. Mai 2018 masih mb lagi. Aik tak bohong ker. Apo dah jadi ostaz? Hihihi
ReplyDeleteUstaz pulus....kalau letak jawatan pulus tak ada.....maruah dan janji adalah mainan mulut semata-mata.
DeleteJanji ore politik .. tak bolih d percayai ...
ReplyDeleteAPA TAH LAGI DARI PARTI SUCI ( PAS ) MENGAKU KUAT BERAGAMA.. HANYA TINGGAL JANJI .. MUNAFIQ . ..definasinya..