Rombongan Dr Mahathir ke Putrajaya esok
Amin Iskandar · Diterbitkan pada 14 Nov 2017 7:00AM ·
DR Mahathir Mohamad akan mengetuai rombongan ke pejabat Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya esok untuk bertanya kenapa pendaftaran Pakatan Harapan masih tidak diluluskan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 November, 2017
DR Mahathir Mohamad akan mengetuai rombongan ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya esok untuk bertanya kenapa pendaftaran Pakatan Harapan (PH) masih belum lagi diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Barisan kepimpinan PH itu mahu tahu apakah RoS sengaja menangguhkan pendaftaran gabungan itu, tanpa alasan yang munasabah , kerana semua syarat yang dikehendaki sudah pun mereka patuhi.
PH mengemukakan permohonan pendaftaran kepada RoS pada 24 Julai lepas.
Seorang pemimpin kanan PH memberitahu The Malaysian Insight, pendaftaran itu tidak boleh ditangguhkan lagi kerana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), yang perlu diadakan sebelum Ogos tahun depan, sudah terlalu dekat.
“Dr Mahathir dan setiap ketua parti dalam PH akan ke KDN pada 15 November ini untuk bertanyakan sendiri mengapa pendaftaran PH dilambatkan,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insight, dengan syarat tidak dinamakan.
“Semua syarat sudah dipenuhi, apa lagi yang mereka mahu?
“Apakah RoS sengaja melambat-lambatkan supaya pengundi tidak dapat kenal logo PH pada PRU14?”
RoS ialah sebuah jabatan di bawah KDN, yang menguruskan hal ehwal pertubuhan masyarakat, persatuan dan parti politik.
Seorang lagi pemimpin PH memberitahu The Malaysian Insight bahawa RoS sudah menghantar sepucuk surat pada 2 November lepas berkenaan status pendaftaran tersebut.
Dalam surat berkenaan, yang dilihat oleh The Malaysian Insight, RoS memaklumkan permohonan PH masih dalam pertimbangan. Surat yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah RoS Surayati Ibrahim itu bagaimanapun tidak menyatakan sebarang alasan.
“Dimaklumkan bahawa permohonan pendaftaran Pakatan Harapan adalah masih dalam pertimbangan jabatan ini.
“Oleh itu, sebarang keputusan berhubung permohonan pendaftaran parti ini akan dikemukakan kepada pihak YBhg. Dato’ sewajarnya kelak,” menurut surat yang ditujukan kepada Ketua Setiausaha PH Saifuddin Abdullah.
Pemimpin PH bulan lalu mempersoalkan tindakan RoS melengah-lengahkan pendaftaran gabungan parti pembangkang itu, yang dibentuk oleh Bersatu, PKR, DAP dan Amanah, sehingga menyebabkan mereka menanti hampir 100 hari.
Pengarah Strategi PKR Sim Tze Tzin pada satu sidang media di Parlimen, menyelar alasan RoS kononnya kelewatan kelulusan kerana meneliti permohonan daripada aspek keselamatan dan kepentingan awam tidak boleh diterima pakai.
Dalam jawapan lisan di Parlimen pada 23 Oktober lalu, KDN berkata menjadi tanggungjawab RoS meneliti setiap permohonan parti politik bagi memelihara keselamatan dan kepentingan awam.
"RoS bertanggungjawab untuk meneliti setiap permohonan pendaftaran parti politik dengan terperinci bagi memastikan aspek keselamatan dan kepentingan awam adalah terpelihara.”
Sim yang juga ahli Parlimen Bayan Baru dalam soalan lisan meminta menteri dalam negeri menyatakan sebab keputusan kelulusan pendaftaran dan logo PH dilambatkan serta syarat dan kriteria tambahan yang diperlukan oleh RoS.
KDN bagaimanapun berkata tidak ada syarat dan kriteria tambahan yang diperlukan dan permohonan itu masih dalam pertimbangan jabatan. – 14 November, 2017.

Harap puan ketua pengarahnya yg baru jgn lari menyorok pula. Berdailoglah secara baik dgn x-PM dan rakan2 dia
ReplyDeletePermohoan PH itu masih dalam pertimbangan dan perlu ditimbang dengan teliti. Almaklumlah, alat timbang lama berupa dacing itu telah rosak, tak lama lagi mesti dibuang untuk diganti dengan yang baru.
ReplyDelete