Tuesday, November 21, 2017

Mesyuarat agung parti: Bersatu akan kemuka cadangan kepada RoS

Bersatu akan kemuka cadangan ke RoS berkaitan mesyuarat agung parti
DALIA ISMAIL  -  November 21, 2017 8:26 pm 
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengemukakan cadangan untuk menyelesaikan masalah berkaitan perlembagaan parti dan akta pertubuhan dalam waktu terdekat bagi membolehkan parti itu melaksanakan Mesyuarat Agung pertamanya.

Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pertemuan parti itu dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk menjelaskan perkembangan terkini berkaitan dengan struktur parti di setiap peringkat penubuhannya.

“Kita telah ambil kesempatan menjelaskan status parti daripada awal penubuhan sampai ke fasa terkini dan saya telah menyebutkan bahawa kita masih dalam peringkat penubuhan.

“PPBM itu sendiri belum lengkap proses penubuhannya yang mana masih lagi berjalan diperingkat cawangan dan bahagian.

“Kita minta RoS memahami perkara ini melalui persefahaman bersama kita akan laksanakan segala arahan dari segi perlembagaan parti dan undang-undang pertubuhan,” ujarnya dalam sidang media diadakan di Putrajaya hari ini.

Pertemuan Bersatu dengan RoS ini susulan kenyataan Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad semalam, setelah mengadakan pertemuan dengan Kementerian Dalam Negeri yang memaklumkan kelewatan RoS meluluskan pendaftaran Pakatan Harapan (PH) ekoran berpunca daripada PPBM dan DAP.

Muhyiddin berkata, pihaknya telah menjelaskan secar terperinci keadaan berlaku dan memaklumkan RoS menerima baik dan bersetuju untuk memberi masa kepada parti itu mengusulkan beberapa cadangan yang sesuai untuk mengadakan himpunan agung dalam situasi yang mana parti itu masih dalam proses pembentukan di peringkat cawangan dan bahagian.

“Cadangan itu akan dikemukan pada RoS dan kedua pihak akan duduk bersama meneliti cadangan yang dianggap sesuai untuk dilaksanakan.

“Ini perkara positif dan menggalakkan respon dariapda RoS. Saya percaya dalam perjumpaan ini semua masalah akan dapat diselesaikan dalam tempoh tidak lama lagi.

“Kita akan hantar surat mengenai bentuk cadangan yang akan kita cadangkan kepada RoS.

“Bagaimana kita nak uruskan mesyuarat agung di cawangan dan bahagian yang mana masih belum terbentuk sepenuhnyalagi. RoS faham situasinya kerana kia baharu tertubuh berbeza dengan parti lain dalam Pakatan Harapan.

Menjawab pertanyaan mengenai PH bersedia dengan kemungkinan pendaftaran Bersatu dibatalkan menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sekiranya berhadapan dengan masalah RoS kerana presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Wan Azizah dipetik  berkata perkara itu bukan perkara baharu bagi pembangkang kerana situasi sama pernah dilalui DAP menjelang PRU13 pada 2013.

Muhyiddin berkata dengan pertemuan hari ini sudah wujud persefahaman antara parti itu dengan RoS.

“Kita harap tidak sampai ke tahap itu. Daripada pertemuan  tadi ada persefahaman .Status kita kekal dari segi undang-undang (parti sah ditubuhkan). Isunya sekarang untuk laksanakan kehendak-kehendak dalam perlembagaan parti dan akta pertubuhan kerana parti baharu perlukan sedikit masa dan kita akan cadangkan untuk selesaikan masalah ini,” ujarnya yang akan bertemu RoS mengemukakan cadangan daripada parti itu dalam masa terdekat ini.

* Pada akulah yang dah agak biasa dengan situasi penubuhan pertubuhan dan permohonan pendaftran ni, aku ada nampak kekok sikitlah cara Bersatu ni. Diibaratkan belum berseluar baju dah memakai stokin dan berkasut!

Aku harap korang faham dengan apa yang aku nak kata dengan beribarat tu

4 comments:

  1. I was wondering if you ever considered changing the layout of
    your website? Its very well written; I love what youve got to say.
    But maybe you could a little more in the way of content so people could connect
    with it better. Youve got an awful lot of text for only
    having 1 or two images. Maybe you could space it out better?

    ReplyDelete
  2. I'm gone to inform my little brother, that he should also
    visit this website on regular basis to obtain updated from
    most up-to-date reports.

    ReplyDelete
  3. After looking into a number of the articles on your web
    page, I seriously like your technique of writing a blog.
    I bookmarked it to my bookmark site list and will be checking back in the near future.
    Please visit my website as well and let me know what you think.

    ReplyDelete
  4. If some one wants to be updated with newest technologies therefore he
    must be visit this web page and be up to date everyday.

    ReplyDelete