Wednesday, November 22, 2017

Satu logo menyukarkan PH untuk raih undi di PRU14?

PRU14: Pakatan sukar menang dengan satu logo
HASLINA KAMALUDIN  -  22 NOVEMBER 2017
SHAH ALAM - Bahang PRU14 sudah mula dirasai, ditambah dengan pembentangan bajet dari BN dan Pakatan Harapan (Harapan). Persoalannya, mampukah Harapan terus membawa misi mereka menawan Putrajaya dengan bajet bayangan bersama-sama manifesto sebelum ini?

Pada saat teka-teki tarikh PRU14, soalan utama yang timbul adakah Harapan mampu untuk bertanding untuk satu logo sahaja?

Apakah kekuatan perlambangan segitiga dengan tulisan Pakatan Harapan serta berlatar warna merah itu mampu memberi kemenangan besar buat parti-parti komponennya PKR, DAP, Bersatu dan juga Amanah?

Menerusi kaji selidik Sinar Online di laman Twitter mendapati, 69 peratus bersetuju jika penggunaan satu logo untuk parti gabungan dan 39 peratus pula mengatakan tidak.

Penggunaan satu logo ini dilihat sebagai memudahkan pengundi di mana hanya dua atau tiga parti yang bertanding.

Dilihat juga ia akan mengurangkan pecahan undi serta ‘rasa berbelah bahagi’ ketika menurunkan undi.

Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berpendapat, Harapan dinaungi pemimpin yang begitu kuat hanya pada nama secara individu, bukan daripada kelompok parti.

"Harapan memang ramai pemimpin yang 'kuat', tetapi kekuatan mereka dilihat tidak mampu membawa nama Harapan itu bersama-sama.

"Nama-nama seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang popular kerana diri dan parti mereka.

"Jadi, dengan nama baharu, ia akan menyukarkan mereka untuk meyakinkan pengundi," katanya kepada Sinar Online.

Beliau berkata, pengundi boleh keliru siapakah pemimpin yang bertanding. Ini kerana pemimpin mereka hanya popular sebagai individu dalam parti sendiri bukan gabungan.

"Pengundi keliru untuk mengundi. Sebagai contoh kawasan Melayu. Harapan mempunyai ramai pemimpin dari banyak parti. Ia menyebabkan pengundi takut untuk mengundi," katanya.

Jelasnya, isu parti dan pemimpin ini begitu sensitif buat sesetengah pengundi.

"Dulu BN nak perkenalkan logo dacing juga ambil masa yang lama ketika menggantikan logo kapal mewakili Perikatan.

"Jadi, saya merasakan Pakatan juga memerlukan masa untuk menambat hati pengundi," ujarnya.

Beliau berkata, BN tidak mengalami kesukaran sementelah parti komponennya begitu jelas mewakili kaum untuk satu-satu kawasan.

"BN dinaungi parti Umno, MCA dan MIC. Ini amat jelas apabila bertanding di mana-mana kawasan.

"Kesukaran akan lebih lagi apabila wujud pertandingan tiga penjuru," jelasnya.

Dengan hanya tertera logo di atas kertas mengundi, ia boleh mengakibatkan Harapan hilang undi, lebih-lebih lagi jika calon yang betanding adalah orang luar dari kawasan berkenaan.

Abdul Halim berkata, PRU14 ini mungkin belum lagi masa untuk Harapan dan memerlukan masa lagi untuk mengukuhkan nama mereka.

"Dengan syarat, mereka tak tukar nama dan logo lagi. Kelemahan pembangkang adalah nama yang sering bertukar.

"Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan. Setiap penggal berbeza nama.

"Mereka perlu lebih genuine untuk tawan hati pengundi," katanya.

Baca juga: Harapan Najib BN tak kalah, tetapi BN tetap kalah

3 comments:

  1. Its like you read my thoughts! You appear to grasp a lot about
    this, such as you wrote the e-book in it or something. I think that you simply can do with some p.c.

    to power the message house a little bit, however instead
    of that, this is magnificent blog. A fantastic read.
    I'll certainly be back.

    ReplyDelete
  2. Majlis Professor Negara tu bukankah dianggotai oleh species prof kangkong belaka. Bolehkah cakap prof kangkong digunapakai? Memang tugas puak2 ni memberikan pandangan yang songsang apabila berkaitan dgn pembangkang...kerja mengampu la katakan....

    ReplyDelete
  3. ROS telah menjadikan logo harapan popuular. Org yg tak tahu pun ambil tahu disebabkan kesukaran utk mendpt kelulusan pendaftaran. InsyaAllah logo harapan yg mewakili pkr bersatu amanah dan dap akan dikenali semua rakyat.

    ReplyDelete