Saya silap kritik Saudi, sindir Marina
Anak sulung bekas perdana menteri itu mengulas kritikan seorang pegawai perdana menteri terhadapnya.
“Sebenarnya I salah kritik budaya Arab. Saudi kan ikut budaya Amerika, mengebom negara orang habis-habisan?” kata anak sulung perdana menteri itu di Twitter.
Marina merujuk penglibatan Arab Saudi dalam serangan pakatan Arab ke atas Yaman sejak 2015.
Sebelum ini, Datuk Fathul Bari Mat Jahaya, seorang pegawai penasihat khas kepada merdana menteri, yang mempersoalkan tindakan Marina yang membidas penyebaran budaya Arab di negara ini.
Fathul Bari bagaimanapun berkata Marina tidak layak membuat tuduhan itu kerana beliau sendir tidak menonjolkan ciri atau budaya Melayu.
“Cara dia mempromosikan diri dia bukan budaya Melayu sangat pun. Kalau sekiranya contohnya dia memakai baju kebaya ke, pakai kain batik ke, ada nampak ciri-ciri budaya Melayu.
“Budaya kuning masuk, konsert sana sini yang teruk-teruk, pesta sana sini mana suara dia? Kalau ada suara dia bercakap tak apa, tapi dia tak bercakap, maknanya adakah dia sekarang membawa budaya barat masuk dalam negara kita untuk menolak budaya Islam?” katanya kepada FMT semalam.
Marina dipetik akhbar Asia Times mempersoalkan sikap umat Islam mengaitkan agama itu dengan budaya Arab.
“Ada idea mengatakan anda ialah umat Islam lebih baik jika anda lebih Arab. Itu penghapusan warisan budaya kita yang sangat nyata. Budaya Arab sedang tersebar dan saya menyalahkan sepenuhnya ke atas Arab Saudi,” kata aktivis sosial itu.
Fathul Bari bagaimanapun mempertahankan Arab Saudi.
“Tapi (bagaimana) sekiranya dia (Arab Saudi) membawa Islam, cuba menonjolkan keadilan Islam, keamanan, kesejahteraan sepertimana King Salman Centre, nak bicara soal keselamatan negara?” soalnya.
Sejak 2 tahun lalu, Arab Saudi mengetuai gabungan 9 negara Arab melancarkan serangan udara bagi membantu kerajaan Yaman melawan pemberontak puak Houthi dan pihak yang setia kepada bekas presiden Ali Abdullah Saleh.
Puak Houthi merupakan penganut Islam Syiah Zaidi, aliran yang dianuti hampir separuh penduduk Yaman. Kerjasama puak itu dengan Ali dikatakan menambahkan sokongan menggulingkan presiden yang disokong Arab Saudi, Abdrabbuh Mansour Hadi.
Kaitan: ‘Kenapa Marina bidas budaya Arab, membisu budaya barat’
Kaitan: ‘Kenapa Marina bidas budaya Arab, membisu budaya barat’
Sedih bila bashar membunuh bom masjid umat islam rakyatnya sendiri... umat islam senyap saja.
ReplyDeleteMarina kena kaji byk lg. Saudi tk pernah ceroboh negara lain seperti iran syiah yg sekongkol dgn kapir rusia dn china bunuh umat islam syria.
Syiah iran jgla yg sekongkol dgn us utk kuasai afghanistn n iraq.
Masih ramai umat islam yg jd bodoh termkn dakyah memburukkn saudi walaupun saudi bkn la sempurna.
Tp syiah dn iran terbukti kejahatan mereka.
marina tk fhm isu di yemen di mana syiah sedang mara memberontak terhadap ketua Negara islam.
ReplyDeleteSaudi mengebom tp tidak menakluk masuk.
iran lebh jahat bila sekongkol dgn Russia dn china membunuh umat islam sunni Syria.
hanya kerana bashar ketua sebuah Negara, bila dia membunuh rakyatnya sendiri yg sunni, tidak dia disalahkan. walhal jumlah kemusnahan nyawa dan harta benda jauh lebih besar dn zalim dilakukan bashar syiah dgn bantuan iran syiah.
masih ramai umat islam yg dibutakan oleh propaganda syiah melawan amerika.