Monday, November 27, 2017

Berunding bukannya di media: RoS menolak sebelum berunding?

Rundingan bukan di media, kata Mukhriz pada ROS
 mk   -   26 Nov 2017, 10:11 pm
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Mukhriz Mahathir mempersoalkan tindakan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Surayati Ibrahim yang menurutnya sering membawa isu status parti itu kepada media.

"Kami memutuskan untuk tidak berunding dengan ROS melalui media, tetapi sebaliknya kami dapati ketua pengarah sendiri yang sering keluarkan kenyataan (kepada media) yang tidak menyumbang kepada penyelesaian isu ini," katanya pada sidang media di Kedah, hari ini.

Awal bulan ini, ROS memaklumkan sayap pemuda BERSATU tidak boleh menggunakan nama "Armada" dan penggunaannya boleh menyebabkan pendaftaran parti itu dibatalkan.

ROS juga membangkitkan kegagalan BERSATU mengadakan mesyuarat agung tahunan.

BERSATU selepas itu membuat cadangan pengecualian kepada ROS berkaitan perlembagaan dan mesyuarat agung tahunan parti.

ROS berkata akan meneliti cadangan itu tetapi mengingatkan ia sebagai sesuatu yang tidak pernah berlaku dan bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966.

Mukhriz berkata, berbanding membangkitkan perkara itu di media, ROS sepatutnya berjumpa dahulu dengan wakil dan peguam parti itu untuk perbincangan lanjut, seperti yang dipersetujui sebelum ini.

"Apa yang sepatutnya berlaku adalah perjumpaan wakil kami dan ROS, termasuk wakil perundangan kedua-dua pihak, untuk memperincikan cadangan yang kami kemukakan.

"Tidak wajar ketua pengarah ROS yang seolah-olah menolak cadangan kami sebelum perjumpaan itu," katanya lagi.

BERSATU kini berhadapan risiko dibatalkan pendaftaran jika gagal menyelesaikan isu dalaman parti serta mengadakan mesyuarat agung tahunan, yang sepatutnya diadakan paling lewat September lalu.

* KP baru RoS ni nampak lain macam sikit.......maklumlah orang baru kena tonjolkan diri supaya nampak ada kelebihan

1 comment:

  1. Belum faham skop kerja lagi tu. Sikap neutral dan telus pun kena faham juga sebelum layak jadi Ketua. Kalau dah tak boleh bincang dan bagi panduan bila diminta, baik letak jawatan dan bertanding betul2 masuk PRU14. Jangan menyorok guna jawatan awam. Malu Kerajaan Malaysia je.

    ReplyDelete