Wednesday, November 29, 2017

Padan muka!

Oxford turunkan potret, tarik balik anugerah 'Freedom of the City' Aung San Suu Kyi
Agensi | Diterjemahkan olehHamzah Hamid  November 28, 2017 18:09 MYT
Oxford turunkan potret, tarik balik anugerah 'Freedom of the City' Aung San Suu Kyi
Bandaraya Oxford menyifatkan Suu Kyi gagal bertindak memperjuangkan golongan minoriti yang tertindas di negaranya. - Gambar fail
LONDON: Anugerah 'Freedom of the City' yang diberikan kepada Kaunselor Myanmar Aung San Suu Kyi oleh bandaraya Oxford telah ditarik balik berikutan kelemahan tindakannya menangani krisis Rohingya, lapor BBC.

Berdasarkan satu pungutan undi awal pada Oktober, Majlis Bandaraya Oxford yang mentadbir kota pendidikan ulung itu akhirnya membuat keputusan tersebut pada Isnin.

“Hari ini, kami mengambil tindakan yang tidak pernah dibuat sebelum ini, dengan menarik balik anugerah tertinggi dari bandar raya ini kepadanya kerana ketidakcekapan Suu Kyi menangani isu penindasan yang dihadapi oleh populasi minoriti Rohingya.

“Oxford mempunyai tradisi yang lama sebagai bandaraya yang meraikan kepelbagaian dan kemanusiaan, dan reputasi kami dicalarkan dengan memberi anugerah kepada orang yang menutup mata terhadap keganasan.

“Kami berharap tindakan kami ini menambah lagi suara untuk mengajak pihak lain menyahut seruan hak asasi manusia dan keadilan untuk masyarakat Rohingya,” ujar anggota Dewan Bandaraya, Mary Clarkson, yang mencadangkan usul tersebut.
BBC menambah, St Hugh's College, Oxford, iaitu tempat Suu Kyi mengikuti pengajian, telah menurunkan potretnya daripada paparan umum.

Perkembangan di Oxford itu berlaku seiring kunjungan pemimpin tertinggi Katolik, Pope Francis, ke Myanmar untuk berunding dengan ketua tentera negara itu.

Aung San Suu Kyi telah diberikan anugerah itu pada tahun 1997 sebagai mengiktiraf usaha demokrasi yang diperjuangkannya di Myanmar.

Pemenang hadiah Nobel itu teruk dikritik kumpulan hak asasi manusia sedunia kerana gagal mempertahankan hak Rohingya mahupun mengekang sentimen anti-Islam di Myanmar.

1 comment:

  1. Lepas ni wakil oxfart kita pula? Kah kah kah

    ReplyDelete