Monday, November 27, 2017

Patutler dok pakat susah payah melawat Anwar pun, aset rupanya!

Selepas Najib-Zahid, Nazri pula lawat Anwar
Amin Iskandar · Diterbitkan pada 26 Nov 2017 8:44PM
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Mohamed Nazri Aziz melawat Anwar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) Khamis lalu diiringi Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Md Akin.– Gambar fail The Malaysian Insight, 26 November, 2017.

SELEPAS Perdana Menteri Najib Razak dan Timbalannya Ahmad Zahid Hamidi, giliran seorang lagi menteri Kabinet melawat Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim di hospital.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Mohamed Nazri Aziz melawat Anwar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) Khamis lalu diiringi Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Md Akin.

“Nazri melawat Anwar di HKL 23 November lalu pada pukul 12.45 tengah hari.   

“Saya iringi beliau. Pertemuan berjalan dengan baik selama 45 minit,” kata ahli Parlimen Bukit Katil itu kepada The Malaysian Insight.

Nazri mengesahkan lawatannya terhadap Anwar yang baru menjalani pembedahan di bahu kanan di HKL.

“Pertemuan sangat mesra. Kami sahabat lama,” kata Nazri kepada The Malaysian Insight.

Sebelum ini Najib membuat kejutan apabila datang bersama isterinya Rosmah Mansor untuk melawat Anwar di HKL.

Gambar lawatan itu turut dikongsikan Najib melalui akaun Twitter rasminya @najibrazak.

Sehari selepas lawatan Najib, timbalannya Zahid dan isterinya Hamidah Khamis pula menjenguk Anwar di hospital.

Ketika Anwar masih bersama Umno, Najib, Zahid dan Nazri bersama-samanya dalam satu pasukan yang dikenali sebagai “Team Wawasan” di bawah pimpinan Dr Mahathir Mohamad.

Anwar selamat menjalani pembedahan pada 12 November berikutan kecederaan semakin teruk akibat kemalangan September lalu yang melibatkan kenderaan Jabatan Penjara. 

Mengulas tentang lawatan Nazri, peguam kepada Anwar, Yusmadi Yusoff berkata, perkembangan ini membuktikan sudah sampai masanya ketua umum PKR itu dibebaskan dengan segera.

“Perkembangan lawatan lawatan tersebut perlu dilihat sebagai mempunyai makna perundangan bahawa Anwar ialah aset yang menyatu padukan negara dan dihormati dan sewajarnya dibebaskan secepat mungkin.

“Pihak-pihak berkaitan seperti jawatankuasa penasihat pengampunan boleh menasihati Yang Dipertuan Agong untuk mengambil rujukan mengenai perkembangan yang sihat ini agar memberikan titah pembebasan Anwar dengan secepat mungkin,” kata Yusmadi yang juga setiausaha politik kepada Ketua Pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada The Malaysian Insight.

Katanya, selain itu hak Anwar untuk mendapatkan rawatan mengikut pilihannya sendiri juga perlu diberi.

Bekas ahli Parlimen Balik Pulau itu berkata, Anwar mengucapkan terima kasih kepada Nazri yang merupakan sahabat lamanya kerana datang melawat.

“Anwar sangat gembira dengan kedatangan Nazri,” katanya.  

Anwar kini menjalani hukuman penjara sejak Februari 2015 selepas disabitkan bersalah meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. – 26 November, 2017.

* Dah tersepit dan agak-agak nak tersembam baru sedar rupanya?

3 comments:

  1. Tak ada sape ke yang pergi melawat Saiful. Macamana dia sekarang. Entah sihat entah sakit.

    ReplyDelete
  2. dulu matde kata lama lama ornag akan lupa kat anwar masa dia tendang anwar dulu

    itulah matde masa ada kuasa sombong
    ornag kalau dah banyak sanagt jahat
    bila nak tunjuk baik ngan ada lagi rasa sombong susah orang nak terima

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun Mahathir dlm mengekalkan kuasa habis semua ditebas semua timbalannyer...dan hanya sorang yg berani melawan iaitu DSAI. Kita akui Tun M seorang pemimpin terbaik yg Malaysia pernah ada tp sebagai ahli politik Tun adalah seorang yg sgt ganas dan tidak berhati perut dgn pembangkang, seorang yg penuh dgn tipu muslihat dan putar belit. Apakah saya sebagai rakyat akan memaafkan perbuatan ganasnyer terhadap pembangkang terutama DSAI... tidak samasekali. Kenapa saya kata tidak sbb sampai minggu lps pun dia masih memjaja kisah liwat DSAI. Maknanyer Tun tidak pernah nak meminta maaf kpd rakyat malaysia akan fitnah yg dilemparkan kpd DSAI. Dan dia tidak pernah insaf akan perbuatan salahnyer. Sama sama lah kita lihat apa tipu muslihat dia apabila menang pilihanraya kelak. Saya langsung tidak percaya kpd Tun M sebagai ahli politik.

      Delete