Thursday, November 23, 2017

Mnangagwa 'satu-satunya individu yang boleh membawa kedahsyatan lebih teruk dari Mugabe'?

Zimbabwe umpama keluar mulut harimau, masuk mulut buaya
SH  -  23 NOVEMBER 2017
Emmerson Mnangagwa (kiri) dan Robert Mugabe

HARARE - ZIMBABWE. Individu yang bakal menggantikan Robert Mugabe sebagai Presiden Zimbabwe didakwa bukanlah individu yang baik.

The Guardian mengatakan Emmerson Mnangagwa, bekas Timbalan Presiden yang dipecat Mugabe akan mengangkat sumpah sebagai presiden, Jumaat ini.

Mnangagwa melarikan diri ke Afrika Selatan selepas dipecat dua minggu lalu kerana risau akan keselamatannya.

Apa yang umum tidak tahu adalah Mnangagwa telah lama menginginkan jawatan presiden dan cuba merampas kuasa beberapa kali.

Sumber memberitahu CNN, Mnangagwa adalah individu bertanggungjawab dalam merancang rampasan kuasa dari Mugabe oleh angkatan tentera kerajaan.

Seorang bekas diplomat Amerika Syarikat (AS) menyifatkan Mnangagwa bepotensi menjadi 'pemimpin yang lebih menindas' daripada Mugabe.

Mnangagwa juga dikatakan 'ditakuti dan dibenci' setiap penghuni Zimbabwe.

Ketakutan orang ramai terhadap Mnangagwa dikatakan lahir kerana jawatannya sebagai Ketua Organisasi Risikan Pusat (CIO) atau polis rahsia.

Selain itu, Mnangagwa juga dikaitkan dengan pembunuhan beramai-ramai etnik Ndebele di Matabeleland pada 1983 dan 1984.

Persatuan tak berpaksi, Persatuan Cendiakawan Genosid Antarabangsa (IAGS) menganggarkan kira-kira 20,000 orang awam dibunuh oleh CIO dan angkatan tentera.

"Sebahagian besar mereka dihukum mati ditempat awam, selalunya diarah menggali kubur sendiri," kata IAGS dalam satu laporan pada 2011.

Ahli parlimen Britain, Kate Hoey yang telah berkempen bertahun-tahun untuk membuka mata orang ramai mengenai rejim Mugabe mengatakan Mnangagwa 'satu-satunya individu di Zimbabwe yang boleh membawa kedahsyatan lebih teruk dari Mugabe'.

Hoey berkata sedemikian dalam satu sidang parlimen, minggu lepas.

Dia yang digelar 'buaya'

Mnangagwa diberikan jolokan 'buaya' kerana tempoh bertahannya dalam dunia politik.

Selain didokong penuh oleh angkatan tentera kerajaan dan pasukan keselamatan, Mnangagwa juga mempunyai sokongan kuat dari golongan elite Zimbabwe.

Selepas dipecat, kementerian menuduh Mnangagwa 'tidak setia, tidak hormat, penipu dan tidak boleh diharap'.

Pemecatan Mnangagwa pula didakwa sebagai usaha Mugabe untuk memberi laluan mudah untuk isterinya, Grace menjadi presiden.

Susulan itu, angkatan tentera tanpa lengah memulakan langkah kanan dengan meletakkan anggota-anggotanya di merata-rata tempat di Harare, menawan stesen televisyen dan menyerbu kediaman Mugabe dan Grace.

Selepas Mugabe dan Grace tersebut 'hilang dari gambaran', tiada lagi sebarang unsur yang menghalang Mnangagwa mendapatkan jawatan presiden.

2 comments:

  1. Hi colleagues, its fantastic piece of writing regarding educationand completely
    explained, keep it up all the time.

    ReplyDelete
  2. Haha. Exit tiger's mouth enter crocodile's mouth literally and metaphorically. Double whammy.

    ReplyDelete