Saturday, November 25, 2017

Keluarga Amanah

CORETAN PETANG : Kenapa saya jadi keluarga Amanah. 
.
Dalam bulan-bulan pertama selepas 18 orang pemimpin tertinggi PAS disingkirkan dari parti purba itu dengan cara yang amat jijik dan jelek, iaitu dalam tahun 2015, hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan kami penyokong PAS yang tidak setuju dengan tindakan PAS memecat pemimpin yang pro Anwar selepas PAS sendiri bercerai dengan DAP dan bergaduh dengan PKR waktu itu.
Sebab itu saya katakan hanya orang Amanah yang kenal Amanah dan hanya Amanah yang kenal PAS.... Kami terkapai-kapai seperti anak ayam hilang ibu.... Ketika itu, parti Bersatu belum ada, manakala PKR tidak menyokong kami... Hanya DAP yang menunjukkan simpati kepada kumpulan kami yang terbuang ini.
Orang yang mula-mula menelefon saya ialah Rahmat Wel @ Cikgu Man Laju.... Kami belum pernah berjumpa, tetapi perbualan kami seperti sudah lama saling mengenali dan saya dapat merasakan hati kami sangat dekat, kerana berkongsi fikrah yang sama... Kami sangat kecewa dan marah kepada Haji Hadi, Harun Din, Nasrudin Tantawi dan lebai-lebai dalam PAS yang digambarkan oleh seorang kawan, berserban macam Nabi, tapi hati dan perangai macam babi...!!!
Saya ke Bentong bertemu Kameel Abuya.... Hati terasa sejuk dan lega, dapat berjumpa dan berbual dengan orang yang sama fikrah dengan kita.... Kali kedua saya ke kedainya, Kameel bagitahu Abang Hussin Kelah on the way datang dari Raub.... Kerana tidak ramai, jadi semangat 'kekitaan' sesama kami terjalin kukuh.... Saya masih ingat, ketika Abang Hussin sampai, saya terus tanya, macam mana Haji Hadi dan Harun Din...? Abang Hussin tak sempat duduk terus maki : "Itu semua puki, puki, puki, puki...!"
Kemudian, ketika itu ada demo bantah GST di KL.... Ketika itulah baru saya jumpa ramai sikit orang-orang yang sefikrah dengan kami.... Muhammad Radzi IsmailMazhar Yusof IINordin Belang TarungChe Ibrahim MohamedAyie ProperOmar Tuah IIMuhammad VairunAlexander Pittsuwan Thomprason dan beberapa orang yang lain...
Ketika itu, kami tak kuat langsung..... Tapi sebab tak kuat itulah kami menjadi rapat..... Kami sedar , PKR memandang rendah kepada kami yang digelar kumpulan serpihan ini, tetapi kami tak ambik hati walaupun sebelum itu, ketika Anwar dan PKR dikhianati oleh PAS, kumpulan inilah yang kuat membela PKR dan membantah keras tindakan PAS.
Kemudian saya kenal Kak HanaYazid Hj YunusHakim Aris dan lain-lain.... Ketika pelancaran Pasma Terengganu di Dungun, saya hadir dan bertemu dengan Mohammad Fadly ArtWan ZuhaimiFaizal Jai, dan lain-lain.
Kemudian Miqdad Zakaria hantar mesej.... Dia tulis : "Salam Abe Awang... Ambe nok ssaing ngan deme.....". Mula-mula saya ingat orang PAS yang sengaja nak menyamar, lepas berbalas-balas mesej baru saya yakin ini kawan sejati, bukan menyamar... Lepas tu baru saya tahu dia anak sedara Haji Hadi..... Kemudian Wan Aimiubaidi Wan Ismail telefon saya, kerana seorang Mufti bertanya kepadanya tentang salah satu posting saya dalam fb.
Kemudian saya balik ke Terengganu, Wan Aimi datang dengan Zizie Ali... Kami makan roti tempayan kari kambing di Rusila, kedai Latif.... Tengah-tengah makan, Latif datang berbisik di belakang saya : "Kalu malam-malam ggini dok apa mu mari ssini... Kalu siang jangan mari lah, takut pecah ppaler mu... Sini lubuk PAS ni..."
Rupa-rupanya, Wan Aimi dan Cikgu Zizie bagitahu, Latif belah kita jugak... Ooooh... hahaha! Nakal jugak bekas kkasih Kek Waa ni. 
Sekeliannya ini adalah sebelum Bersih 4.... Selepas Bersih 4, baru saya kenal ramai kawan-kawan yang sama fikrah dengan kami.... Tetapi nama-nama yang saya sebutkan di atas, itu lah yang saya maksudkan sebagai keluarga Amanah..... Sebenarnya ramai lagi yang lain, tapi saya lupa nak sebut nama ketika menulis status ini....... Di antaranya, Neesa Neesa,Tengku Kudin QueRushdan MustafaNur Aleeya Anwar, Dato' Wan Rahim, Tarmizi Mohd Jam, dan ramai lagi.

1 comment:

  1. Aku dulu sokong pas solid. Infaq bila2 masa. Tapi pemimpin pas skrg tantawi,zuhdi,q7,abduh,amar,zawawi, razman dll sewaktu mrk aku tak kenal. Mrk bukan pejuang pas tulen. Semua materialistik & pura2 pejuang islam. Dan hj hadi sokong kumpulan pelawok ini!! Tiada lg pas dihati ku. GTH pas

    ReplyDelete