BN Sabah diberi amaran jangan putar belit sejarah pembentukan Malaysia
Pada 20 November 2017
oleh RoketKini
KOTA KINABALU, 20 NOV: Pemimpin UMNO-Barisan Nasional (BN) Sabah diberi amaran jangan cuba memadamkan fakta bahawa Sabah dan Sarawak adalah rakan kongsi setara dalam Persekutuan Malaysia.
“Tanpa Sabah dan Sarawak, Malaysia tidak akan wujud,” kata Setiausaha DAP Sabah, Chan Foong Hin.
Beliau mengulas kenyataan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam sebuah forum baru-baru ini yang menggambarkan dua wilayah itu ‘tidak pernah menjadi dua negara berasingan sebaliknya hanya sekadar jajahan British.’
Pandikar turut mendakwa Sabah tidak pernah diturun taraf menjadi hanya salah satu negeri di Malaysia dalam masa yang sama dilihat memainkan sentimen kewilayahan apabila mengakui bahawa hak-hak Sabah tidak ditunaikan sepenuhnya dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Menurut Chan, kenyataan Pandikat Amin itu jelas menggambarkan pemikiran arus perdana pemimpin-pemimpin BN Sabah yang cuba memadamkan sejarah tersebut.
Menegaskan kenyataannya, Chan berkata meskipun Sabah dan Sarawak bukan sebuah ‘negara’ sebelum pembentukan Malaysia, kedua-dua wilayah ini menandatangani MA63.
“Kita merupakan pengasas kepada persekutuan (Malaysia). Tanpa Sabah dan Sarawak, tidak akan ada Malaysia,” tegasnya dalam kenyataan.
Menurut Adun Sri Tanjung itu, pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1976 memberi kesan terhadap status dua wilayah Borneo ini.
“Perubahan dalam perkataan dari tiga kategori negeri-negeri di Malaysia (Negeri-negeri Malaya, Negeri-negeri Borneo dan Singapura) kepada satu kenyataan merangkumi semua menggambarkan tidak wujud perbezaan dengan negeri-negeri terbabit,” jelasnya.
Hakikatnya jelas Chan, Sabah dan Sarawak tidak pernah menjadi ‘hanya salah satu negeri’ dalam Persekutuan Malaysia.
“Dua wilayah ini memiliki autonomi yang lebih dan termaktub serta dilindungi bukan sahaja oleh Perlembagaan Persekutuan malah juga dalam MA63 dan Laporan Inter-Governmental Committee (IGC),” katanya lagi.

No comments:
Post a Comment