Ooi Choong Han · Diterbitkan pada 30 Nov 2017 7:00AM ·
Landskap politik orang Melayu yang selama ini dibayangi Umno dan Barisan Nasional berubah apabila dua pemimpin paling berpengaruh orang Melayu, Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin tersingkir dari Umno. Soalnya, adakah tsunami Melayu benar-benar akan berlaku pada PRU14 nanti? – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 November, 2017.
PERUBAHAN ketara pada landskap politik Malaysia sejak dua tahun lalu dan langkah Dr Mahathir Mohamad menentang Umno membayangkan “tsunami Melayu” yang akan menumbangkan kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang, kata penganalisis.
Istilah tsunami Melayu itu diperkenalkan pada 2015 oleh wakil rakyat DAP, Liew Chin Tong. Ia merujuk kepada kebangkitan pengundi Melayu menentang Umno dan BN, keadaan yang menurut penganalisis politik tidak lagi mustahil berlaku apabila bekas perdana menteri itu berkerat rotan dengan Umno.
Pengarah Eksekutif Institut Pulau Pinang, Ooi Kee Beng berkata kerjasama Dr Mahathir dengan pakatan pembangkang tahun ini ini menyiapkan landasan untuk lonjakan peralihan undi Melayu.
"Penyertaan Dr Mahathir dalam pakatan pembangkang akan mencetuskan 'tsunami kecil Dr Mahathir'. Beliau menubuhkan sebuah parti baru dengan nama pribumi, ini satu faktor yang penting," kata Ooi kepada The Malaysian Insight.
Dr Mahathir pada September tahun lalu menubuhkan parti Melayu baru dengan nama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin. Bersatu bergabung dengan Pakatan Harapan dan Dr Mahathir jadi pengerusi pakatan itu.
“PKR juga sebuah parti majoriti Melayu tetapi ia lebih mewakili generasi baru kelas menengah di bandar. Tidak banyak orang Melayu tetapi mereka tidak boleh elak daripada menyentuh isu-isu kaum. Itu kekurangan Pakatan Rakyat," katanya.
"Tetapi Dr Mahathir memilih jalan yang tidak jauh berbeza daripada Umno. Ini menarik minat orang Melayu yang berminat dengan gagasan reformasi Anwar Ibrahim tetapi tidak dapat keluar daripada maruah dan sentimen kaum.
"Bersatu memberi mereka peluang untuk terlibat dalam reformasi Melayu yang tidak radikal seperti Reformasi itu sendiri. Dr Mahathir sangat bijak."
Liew, yang mengatakan tsunami Melayu akan berlaku, berkata tahun 2015 adalah tanda aras penting dalam politik Malaysia.
Pada tahun itulah pecah berita skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), mengaitkan Perdana Menteri Najib Razak dan beberapa orang lain dengan dakwaan penyelewengan berbilion dolar dana syarikat pelaburan negara itu.
Pada Oktober tahun itu jugalah badan bebas Merdeka Center mengeluarkan laporan yang menunjukkan sokongan orang Melayu kepada Najib jatuh kepada 31%, angka paling rendah dalam sejarah.
Liew percaya ketika reputasi Najib merudum teruk, masyarakat Melayu hilang seorang pemimpin yang mereka hormati dan sanjung tinggi sehingga ada lompang dalam kepimpinan.
"Hari ini kita tidak tahu apakah tsunami akan berlaku tetapi semua tanda-tanda menjurus ke arah itu.'
Pada tahun yang sama juga, PAS dan Umno bergoncang hebat. Pemimpin progresif dalam PAS menyeret keluar ribuan ahlinya meninggalkan parti Islam itu dan membentuk sebuah parti baru, Amanah.
Kemudian berlaku rombakan kabinet yang mengejutkan: Muhyiddin tersingkir.
Politik orang Melayu kini terpecah kepada lima parti termasuklah Umno dan Bersatu yang mempunyai ideologi Melayu yang lebih kurang sama. Hanya masa akan menentukan orang Melayu akan berpaling arah daripada Umno atau terus kekal setia dengannya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 November, 2017
Menurut Liew, belum pernah berlaku dalam sejarah negara ini, dua parti terbesar orang Melayu berdepan dengan krisis sebesar itu.
Dari segi ekonomi pula, pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), ringgit yang melemah dan inflasi, mencipta gelombang kemarahan orang Melayu kepada parti pemerintah.
"Siapa berani kata tidak ada rasa marah dalam masyarakat Melayu? Cuba saja naik Grab atau Uber, kita boleh rasa. Orang Melayu sekarang sama seperti orang Cina semasa sebelum 308, resah, gelisah, tidak puas hati... (tetapi) diam-diam."
Liew merujuk pada pilihan raya Mac 2008, apabila pembangkang menafikan penguasaan dua pertiga BN di Parlimen dan menang pula lima negeri.
"Kita mengaku pada akhirnya orang mungkin berkendur dan tsunami Melayu tidak berlaku. Tetapi siapa berani kata tsunami Melayu tidak boleh berlaku?"
Di sebalik keyakinan yang dicanangkan, pemimpin BN pun sebenarnya memberikan perhatian kepada gerakan Dr Mahathir masuk ke kubu Melayu, kata bekas pemimpin MCA, Dr Chua Soi Lek.
Katanya, tsunami Melayu kemungkinan besar boleh berlaku di Kedah kerana "faktor Dr Mahathir".
"Beliau 22 tahun jadi perdana menteri. Itu tempoh yang sangat lama.
"Samalah seperti saya 28 tahun jadi ketua bahagian Batu Pahat. Saya masih berpengaruh sampai sekarang. Kita kena faham, orang ada ikatan emosi.
"Dr Mahathir ada sumbangannya kepada masyarakat Melayu, itu tidak boleh dinafikan. Semasa beliau jadi perdana menteri, mereka yang paling banyak mendapat manfaatnya ialah rakyat Kedah," katanya kepada The Malaysian Insight.
Batasan kebangkitan
Bagaimanapun, Dr Chua berkata beliau percaya kebangkitan orang Melayu terhadap Umno tidak akan menyeluruh di serata negara.
"Jangan kita lupa, apa pun kecenderungannya, tidak boleh kita nafikan bahawa tidak ada parti yang menjaga orang Melayu seperti Umno.
"Jangan tidak tahu, perlindungan Umno yang berlebih-lebihan ke atas orang Melayu itulah yang menyebabkan orang Cina tidak gembira dengan kerajaan," kata Dr Chua.
Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar dan penganalisis politik, Lim Hong Siang, yang berpengalaman memerhatikan denyut nadi politik orang Melayu, berkongsi pandangan yang agak berhati-hati dan konservatif tentang kemungkinan berlakunya tsunami Melayu.
Terpecahnya politik Melayu kini menyebabkan orang Melayu lebih bimbang dan berhati-hati bimbangkan kuasa dan pengaruh mereka selama ini diambil alih oleh kaum lain, kata penganalisis politik Lim Hong Siang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 November, 2017
Hisommudin berkata teori tsunami Melayu ini digunakan untuk mengajak orang Melayu menentang Umno. Hakikatnya, budaya politik Melayu itu ialah menyokong parti dan ikon yang sudah dikenali.
"Pertimbangan dalam konteks politik sebenarnya sangat kompleks. Seseorang itu mungkin benci pemimpin yang korup dan sistem yang gagal tetapi dia juga akan menimbangkan perkara lain juga, misalnya kakitangan awam bimbang tentang kerja mereka sekiranya kerajaan ini tumbang," kata Hisommudin.
"Tambahan pula, Umno mengugut orang Melayu dengan mengatakan dalam keadaan Melayu berpecah, orang bukan Melayu jadi berkuasa dan menentukan masa depan negara."
Menurut Lim, dengan terpecahnya politik Melayu kepada lima buah parti — Umno, PAS, PKR, Amanah, dan Bersatu — orang Melayu kini lebih bimbang berbanding dulu.
"Kuasa parti pemerintah mungkin merosot tetapi mengambil kira kerisauan dan kebimbangan masa depan, undi mereka (Melayu) mungkin tidak begitu jelas.
"Kenapa pembangkang pernah berjaya di Terengganu? Kerana walaupun kuasa politik bertukar tangan, ia masih dalam tangan orang Melayu.
"Tetapi untuk kerajaan persekutuan dan negeri-negeri lain, mereka bimbang sesuatu perubahan akan membuka jalan untuk orang Cina berkuasa, dan akan merugikan orang Melayu," kata Lim.
Ketika pembangkang terus berharap pengaruh Dr Mahathir dan rasa tidak puas hati golongan berpendapatan rendah Melayu akan mengatasi ketakutan untuk mengubah sokongan politik, penganalisis bagaimanapun sepakat tsunami Melayu saja tidak memadai untuk menjatuhkan kerajaan yang memerintah.
Sebaliknya, tsunami nasionallah yang mesti diharapkan dan jadi matlamat pembangkang. – 30 November, 2017.

No comments:
Post a Comment