Thursday, November 30, 2017

Korek, jangan tak korek, lepas ni banyak lagi ni.....

Rakyat dok tunggu yang lain sebenarnya, yang buat riuh satu dunia tu!

RCI kerugian forex cadang polis buka kertas siasatan, tidak nyatakan pihak bertanggung jawab
MALAYSIADATELINE  -  November 30, 2017 2:07 pm
Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian urus niaga mata wang asing (forex) Bank Negara Malaysia mengesyorkan agar polis membuka siasatan rasmi terhadap kemungkinan berlaku kesalahan pecah amanah dalam urusan tersebut.

Laporan setebal 400 muka surat yang diedarkan kepada ahli Parlimen hari ini menyarankan siasatan dilakukan terhadap semua pihak yang terlibat termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas menteri kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kakitangan Bank Negara Malaysia (BNM).

RCI itu turut mengesyorkan agar siasatan dijalankan terhadap ahli lembaga pengarah BNM, Jabatan Audit Negara dan Kementerian Kewangan, lapor FMT.

“Suruhanjaya berpendapat daripada fakta yang diberikan kepada inkuiri terdapat asas untuk mencadangkan polis menjalankan siasatan rasmi terhadap kemungkinan berlakunya jenayah pecah amanah dan atau penipuan yang mungkin dilakukan oleh kakitangan BNM, ahli lembaga pengarah BNM, Jabatan Audit Negara, menteri kewangan dan perdana menteri dalam menjalankan urusniaga spekulasi forex dan menyembunyikan kerugian forex daripada pengetahuan Kabinet dan Parlimen,” laporan itu dipetik.

Skandal forex tersebut dianggar menyebabkan kerugian sehingga RM30 bilion.

RCI ditubuhkan untuk menentukan kebenaran dakwaan mengenai kerugian tukaran mata wang asing yang ditanggung oleh BNM dan kesannya terhadap ekonomi negara.

Laporan itu sudah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V oleh Pesuruhjaya RCI terdiri daripada Tan Sri Mohd Sidek Hassan Md Said, Datuk Seri Tajuddin Atan, Tan Sri Saw Choo Soon dan P. Kanagarayar pada 13 Oktober lalu.

Walaupun tidak terdapat dalam Aturan Urusan Mesyuarat, laporan RCI setebal 400 halaman dalam bahasa Melayu dan Inggeris itu sudah diedar kepada ahli Parlimen.

Seramai 25 saksi termasuk Dr Mahathir dan Anwar, di samping bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin dan pegawai tertinggi bank termasuk gabenor, dipanggil memberi keterangan di hadapan panel suruhanjaya yang bersidang selama 8 hari.

Selain itu, sebanyak 42 dokumen juga dikemukakan semasa prosiding.

2 comments:

  1. RCI ditubuhkan untuk menentukan kebenaran dakwaan mengenai kerugian tukaran mata wang asing yang ditanggung oleh BNM dan kesannya terhadap ekonomi negara.

    ramai rakyat mau rci untuk 1mdb pulak dll
    baru ok saksi pung fresh lagi duk ada
    kalau betoi mau tegak keadilan kerana Allah
    tapi kalau nak main main boleh belah la puak amaono ni
    tak pernah pecaya ngan amaono cabuk ni

    ReplyDelete
  2. Skandal 1MDB yang masih lagi fresh, kenapa tidak ditubuhkan RCI? Begitu juga dengan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun persendirian Najib, juga perlu ditubuhkan RCI untuk mengesahkan wang itu adalah wang derma. Aku langsung tidak percaya itu adalah wang derma, melainkan sebahagian daripada wang 1MDB, lebih tepat lagi wang dari Kumpulan Wang Amanah Pencen telah dilencongkan ke akaun bank Najib. Tak kan nak tunggu hingga Najib mereput dalam kubur, baru nak ditubuhkan RCI itu.

    ReplyDelete