Tuesday, November 21, 2017

SPRM didesak siasat kandungan pembelaan Clare Rewcastle

AMANAH desak SPRM siasat pembelaan Clare
mk      hari ini, 5:25 pm
Pemuda AMANAH hari ini mengemukakan memorandum kepada ibu pejabat SPRM di Putrajaya menggesa suruhanjaya itu meneliti dakwaan yang terkandung dalam pembelaan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

“Memo ini diserahkan kepada SPRM atas dasar kepentingan umum bagi menggesa dan mendesak SPRM untuk menjalankan siasatan segera, menyeluruh, bebas dan adil ke atas dakwaan Clare dalam pembelaan tersebut,” kata timbalan ketua sayap itu, Faiz Fadzil kepada Malaysiakini.

Rewcastle-Brown memfailkan pembelaannya di Mahkamah Tinggi London pada 11 Oktober lalu berhubung saman fitnah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap sebuah artikel yang mendakwa parti itu menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam memorandumnya, Faiz berkata editor Sarawak Report itu mendakwa bahawa sebahagian daripada jumlah wang itu melibatkan dana 1MDB.

"Memandangkan dakwaan itu membabitkan puluhan juta yang diberikan demi kepentingan politik perdana menteri dan Umno untuk memecah-belahkan pembangkang (Pakatan Rakyat), terdapat kesimpulan rasional berhubung jenayah rasuah, penggelapan dana awam, pecah amanah dan pengubahan wang haram (telah dilakukan)," katanya.

PAS menafikan dakwaan itu manakala penyokong Najib menuduh Sarawak Report berkomplot dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan perdana menteri dengan tuduhan palsu.

No comments:

Post a Comment