Sunday, November 19, 2017

Hah tudiaa........ayah sibuk berpolitik, anak sibuk berkuda!

Anak pemimpin AMANAH ditahan bersama 200 pil kuda
mk      Hari ini, 4:39 pm
Seorang pemuda yang juga anak kepada seorang pemimpin tertinggi Parti Amanah Negara (AMANAH) ditahan polis kerana memiliki 200 biji pil kuda.

Suspek berusia 29 tahun itu ditahan di hadapan sebuah rumah di Kampung Jelutong, Jalan Pasir Mas-Salor, Kota Bharu, hari ini.

Penahanan lelaki itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik dan suspek kini dibawa ke Mahkamah Kota Bharu untuk mendapatkan perintah reman, lapor Utusan Online.

Suspek ditahan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kota Bharu kira-kira pukul 3.30 petang.

"Suspek direman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan berhubung penemuan 200 pil kuda di poket hadapan sebelah kanan seluar panjang yang dipakainya," katanya dipetik sebagai berkata.

* Rasanya aku dah boleh teka anak siapa ni?

9 comments:

  1. Harap admin dapatlan maklumat yang tepat. Dlm keadaan sekarang mcm2 boleh berlaku. Khianat menghianati sabotaj biasalah dlm politik

    ReplyDelete
  2. Aku suspect Anak Husam Musa oleh kerana kejadian di Jalan Paair Mas Salor

    ReplyDelete
  3. gagal didik anak jadi mukmin sejak dari kecil lagi
    bila dah besau nilah jadinya

    ReplyDelete
  4. Awas bang. Ini berita Utusan online. Tunggu berita terkini. Adakah konspirasi atau perangkap nak malukan Husam? Tunggu. Huhuhu

    ReplyDelete
  5. Jika suspek itu benar-benar bersalah, maka dia telah menconteng aib di muka bapanya. Setakat ini, siapalah kita untuk mengesahkan sabitan bersalah dan tunggulah hasil penyiasatan dan perbicaraan di mahkamah nanti.

    ReplyDelete
  6. Admin jgn jd mcm utusan. Tunggu dulu sampai semua fakta diketahui sebelum dibuat kenyataan melulu

    ReplyDelete
  7. Bila agaknya walaun nk buat kenduri kesyukuran

    ReplyDelete
  8. Assalam,Iman tak dapat di warisi,kalau kita tahu sekalipun tak perlu disebarkan luaskan serata alam.Mohon tutup aib saudara seagama kita kalau kita mengaku islam.Ujian buat kita belum tahu lagi.

    ReplyDelete
  9. Memang sedap mengata musibah yg menimpa orang lain. Tak kena pd diri sendiri. Insaflah. Jangan sampai menimpa diri sendiri pula sebab keceluparan dan kesombongan kita.

    ReplyDelete