Thursday, November 23, 2017

Ada yang tak kena atau sememangnya tak kena?

KPK, Karbon Kredit, Hutan Pahi rugikan rakyat, kata Husam
ZIKRI ABDULLAH  -  November 22, 2017 2:48 pm
Kerajaan negeri Kelantan dipersoal tentang kaedah pengurusan melibatkan kekayaan hutan yang merugikan.

Adun Salor, Datuk Husam Musa membuat huraian terperinci berkaitan perkara itu ketika berucap dalam sesi perbahasan bajet 2018 di persidangan Dun semalam.

“Dalam isu karbon kredit bajet ini menganggarkan perolehan RM5 juta sedangkan dalam perjanjian seperti telah diberitahu dalam dewan ini jumlahnya adalah RM50 juta.

“Pada permulaan dulu kita diberitahu hasil yang sepatutnya diperolehi dari keluasan 1 juta ekar yang diserahkan kepada Climate Protectors (CP) adalah bernilai RM150 juta,” katanya.

Beliau turut menyoal pendirian kerajaan berhubung tindakan syarikat induk CP iaitu Ecobit yang menjalankan urusniaga jualan bitcoin secara atas talian.

“Website syarikat ini pada peringkat awal memaparkan gambar-gambar pemimpin kerajaan negeri dalam majlis perasmian usaha sama berkaitan urusniaga karbon kredit.

“Gambaran dari sini telah megelirukan orang ramai seolah-olah kerajaan sendiri terlibat.

“Ini menyabkab ramai yang terpengaruh dan ramai anak Kelantan sendiri menyertai skim ini yang kemudiannya ternyata satu penipuan.

“Penjelasan mengenai hal ini amat penting kerana ia telah melibatkan pelbagai kerugian kepada orang ramai dan pihak kerajaan sendiri,” katanya.

Mengenai kelulusan hutan simpan Bukit Pahi, beliau melahirkan rasa terkejut kerana pihak kerajaan mengaku 3 syarikat yang diluluskan itu dimiliki orang sama.

“Timbalan Menteri Besar (Datuk Mohd Amar Abdullah) dalam satu ucapannya mengesahkan perkara ini dan membanding dengan lelaki kahwin tiga.

“Apa perlunya kawasan 5500 ekar ini dipecah tiga kalau untuk diluluskan untuk orang yang sama,” soalnya.

Menurutnya ada kemungkinan ia dipecahkan supaya syarikat-syarikat yang mendapat lelulusan ini mudah untuk menjual semula kawasan berkenaan.

“Saya menduga demikian kerana dalan surat Akademi Yakin kepada syarikat-syarikat ini terdapat klausa yang menyatakan kelulusan itu tidak boleh dijual kepada syarikat lain sebelum perjanjian ditandatangani,” katanya.

Kerugian katanya bukan sahaja dari segi perolehan kerajaan kerana tidak melalui tender terbuka tetapi juga dari segi kerosakan khazanah alam.

“Kawasan ini adalah hutan bernilai tinggi terbaik yang berada bersempadan dengan Terengganu.

“Di dalam ada dua spot keindahan alam kelas tertinggi iaitu Lata Berangin dan Lata Rek yang tentu akan lenyap dengan pencerobohan hutan nanti,” katanya.

Beliau turut menyentuh pemberian satu kawasan milik Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) kepada syarikat yang mengadakan perjanjian dengan syarikat dari China.

“Saya mahu Kerajaan menjelaskan perkara ini kerana ia telah disebut dalam laporan audit,” katanya.

Husam turut membangkitkan tentang ‘meter digital’ yang dibeli oleh AKSB.

“Saya difahamkan sejumlah 80 ribu meter itu yang dibeli dengan harga RM80 seunit kini tidak dapat digunakan dan disimpan dalam stor,” katanya.

6 comments:

  1. What's up to every one, because I am really keen of reading this web site's post to be updated daily.
    It consists of nice data.

    ReplyDelete
  2. Thanks for one's marvelous posting! I definitely enjoyed reading it, you
    happen to be a great author.I will be sure to bookmark your
    blog and will eventually come back later on. I want to encourage you to
    continue your great posts, have a nice holiday weekend!

    ReplyDelete
  3. Baru selesai tonton videonya https://www.youtube.com/watch?v=7tL_S17uiJk, apalah yang boleh diharap dari pemimpin PAS yang rata-ratanya tidak cerdik itu. Dulu ada golongan professional, habis setandan disingkirkan, kini tinggal hanya yang bodoh-bodoh belaka. Sebab itulah PAS kini amat mudah dikencing oleh UMNO.

    ReplyDelete
  4. Lebih baik dia cereta macamana nak jaga anak dan keluarga dulu..baru cereta untuk rakyat..jgn banyak salahkan org saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak dia dah disabitkan bersalah oleh mahkamah ke?

      Anak jibby yg nama dia terang² ada dalam saman DOJ tak pulak ditangkap ye???

      Macam² cara ye korang nk jatuhkan ahli politik yg tak sealiran.. Kerajaan hentam pembangkang.. Pembangkang hentam kerajaan.. Kebanyakan pengundi neutral mcm aku ni dah muak, mual, menyampah dgn kerenah orang politik ni.. Suka sangat serang peribadi lawan.. bukak aib orang.. Macam sial perangai korang..

      Tapi yg aku pasti, walaupun aku bukan ahli mana² parti politik.. PRU14 nnti aku takkan undi BN, takkan undi PAS (walaupun dah 2 penggal aku undi calon pas kt N20), aku akan undi PH !!

      Yg penting TUKAR kerajaan dulu.. pastu baru cerita anak sape yg takde moral..

      Delete
  5. Jangan memilih comment

    ReplyDelete