Pandikar cabar Shafie debat Perjanjian Malaysia 1963
TMI · Diterbitkan pada 21 Nov 2017 8:53AM
Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Pandikar ingin rakyat Sabah menyaksikan sendiri siapa yang mengubah fakta sejarah dan membangkitkan kebencian terhadap kerajaan pemerintah jika Shafie Apdal bersetuju berdebat dengannya mengenai Perjanjian Malaysia 1963. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 November, 2017
PANDIKAR Amin Mulia mencabar Shafie Apdal untuk berdebat secara terbuka mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan Malaysia, selepas menerima sedikit "pengajaran sejarah" daripada pemimpin Warisan itu pada hujung minggu lalu.
Ahli Parlimen Semporna itu berkata di Keningau pada Ahad mereka yang menganggap Sabah dan Sarawak mempunyai status setara dengan negeri-negeri di Semenanjung "bodoh".
"Saya hampir tersedak kopi saya apabila saya membaca kenyataannya mengenai perkara itu. Tidak perlu saya mengulang pendirian saya mengenai pembentukan Malaysia dan MA63," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada portal Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN) hari ini.
Speaker Dewan Rakyat semalam berkata beliau ingin berdebat dengan Shafie supaya rakyat Sabah dapat melihat siapa yang mengubah fakta sejarah dan membangkitkan kebencian terhadap kerajaan pemerintah.
"Saya mencabar presiden Warisan untuk berdebat dengan saya mengenai isu ini dan membuktikan siapa sebenarnya yang bodoh," katanya.
Semasa forum MA63 pada 12 November, Pandikar berkata Sabah berkongsi status setara dengan negeri-negeri lain di Malaysia, memetik Bab 2, Klausa 10 laporan Inter-kerajaan yang difailkan di bawah Perkara 8 Perjanjian Malaysia 1963, yang menyatakan "Bekas koloni dari Borneo Utara, Sarawak akan bersekutu dengan Negeri-Negeri Persekutuan Tanah Melayu."
Shafie memanggil kenyataan itu bodoh, mengatakan Sabah tidak harus dibandingkan dengan negeri-negeri seperti Perlis sebagai negeri, bersama-sama dengan Sarawak yang menandatangani MA63 dan merupakan rakan kongsi setara dalam persekutuan.
Pandikar berkata Shafie perlu memahami federalisme dan menjelaskan sama ada perbandingan Sabah dengan Perlis adalah satu penghinaan kepada rakyat Perlis. – 21 November, 2017.

No comments:
Post a Comment