Sunday, November 19, 2017

Takkan begitu naive dan bodohnya Izzah?

* Aku tak fikir sebagaimana Rizal fikir. Izzah dibesarkan dan menempuh kematang di dalam gelombang lautan politik.

Mustahil Izzah tidak kenal dan begitu bodoh menelah siapa sebenar musuh dia dan bapanya sekarang. Ya mungkin dulu lain dan sekarang situasi dan suasana dah berubah. Takkan Rizal masih belum kenal dunia?

'Sedarlah Izzah, siapa lawan sebenar bapa anda'
mk      hari ini, 6:34 pm
Datuk Rizal Mansor menyarankan Nurul Izzah Anwar membuka mata dan memikirkan perbezaan penentangan bapanya pada era Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak. 

Pegawai khas perdana menteri itu berkata demikian merujuk lawatan Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor ke atas bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 17 November lalu.

Menurut Rizal, jika dibandingkan keadaan Anwar ketika era Mahathir sebelum ini tentunya banyak perbezaan.

"Kata orang, satu gambar membawa seribu satu makna. Begitu juga gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan isteri melawat Anwar di hospital yang mendapat 1001 reaksi berbeza segenap lapisan masyarakat.

"Jika dibandingkan keadaan Anwar ketika lawan Mahathir suatu masa dulu dengan ketika ini menentang Datuk Seri Najib, tentunya ada banyak bezanya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut Rizal merujuk keadaan Anwar ketika penentangan pemimpin gerakan reformasi itu pada era Mahathir.

"Yang kita nampak mata lebam Anwar ketika era lawan Mahathir.

"Hari ini, Anwar tidak lagi bermata lebam dan ketika masuk hospital untuk rawatan, beliau terima lawatan Datuk Seri Najib," katanya.

Rizal menyarankan anak-anak Anwar khususnya Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah supaya membuka mata dan memikirkan perbezaan antara era  Najib dan era Mahathir.

"Itu belum termasuk kesanggupan Datuk Seri Najib untuk meredah banjir di Pulau Pinang walaupun para pengundi di Pulau Mutiara itu secara majoritinya menyokong DAP.

"Sedarlah Nurul Izzah, siapa lawan sebenar bapa anda walaupun kini Nurul Izzah boleh terima orang yang pernah menjatuhkan bapanya untuk bekerjasama demi kuasa dan survival politiknya," jelasnya.

Semalam Anwar turut dikunjungi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Anwar kini dirawat di hospital selepas menjalani pembedahan di bahu, Ahad lalu.

4 comments:

  1. Anak Mat Nuar tu. Tak mkn dedak. Tak usah nk tebenglah.

    ReplyDelete
  2. Bahalol punya pandangan, bila seseorang itu melawat pesakit maka bermakna mereka berkawan? Sedangkan dalam masa yang sama mereka saling tuduh menuduh sesama mereka. Bukankah sebelum ini musuh utama DSAI sendiri telah bertemu dengan DSAI di mahkamah dan saling bermaafan. Adakah lawatan di hospital dibenarkan oleh pihak penjara kepada awam selain dari keluarga? Mungkin Najib dan Zahid yang mempunyai kuasa bebas melakukan sedangkan pemimpin-pemimpin pembangkang tiada autoriti berkaitan. Golongan bodoh dan bahalol sahaja yang gagal memikir perkara ini. Adakah 'barua' @ 'pencacai' Rosmah ini dari kalangan bodoh dan bahalol?

    ReplyDelete
  3. Ya memang ada perbezaan, dulu Azizan Abu Bakar tidak berjumpa Mahathir untuk membuat fitnah dia diliwat, cuma mendiang Khalid Jafri dan konco-konco termasuk kemungkinannya salah seorang pembesar UMNO yang merogol budak perempuan melayu bawah umur yang dok taram sangat dengan Anwar dengan buku 50 dalil ketika itu dan, beberapa tahun lalu dengan video porno melibatkan individu yang wajahnya disolek mirip Anwar. Itu dulu.

    Najib pula didatangi oleh Saiful Bukhari Azlan (berusia 23 tahun masa tu) membuat cerita ianya diliwat oleh individu berusia 61 tahun(juga masa itu) beberapa hari selepas itu dan diwakili oleh peguam UMNO. Saiful memberitahu Najib diliwat 2 hari lebih awal dari tarikh dia diliwat. Bukankan berbeza tu...

    ReplyDelete
  4. Rizal ni BANGANG DAN BENGAP tak habis.Najibur yg Penjarakan DSAI.itu lah PENYAMUN MUSUH utama DSAI.Selain MAHATHIR walaupun Mahathir cuba berbuat baik dengan DSAI.Bonggok betul si RIZAL ni terlebih makan Dedak ni la jadinye.

    ReplyDelete