Saturday, November 25, 2017

“Pada pandangan ikhlas saya peguam negara mungkin tak tahu buat kerja" - Khairuddin

KPN, AG, SPRM digesa minta bantuan Singapura rungkai skandal 1MDB
MALAYSIA DATELINE  -  November 25, 2017 6:59 am
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan

Peguam Negara, Ketua Polis Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM digesa mendapatan bukti Sahih kes membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dari Singapura.

Koordinator Deklarasi Rakyat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, pengalamannya yang pernah membuat laporan di Singapura membongkar skandal membabitkan 1MDB.

“Di negara singapura yang saya sendiri buat laporan mengenai salahlaku kes skandal 1mdb telah pun berjaya menangkap seterusnya mendakwa semua konspirator yang terlibat malahan sudah dihukum penjara!

“Di Malaysia baru-baru ini peguam negara masih lagi meminta pihak PDRM (Polis DiRaja Malaysia) untuk siasat secara lebih terperinci mengenai kes skandal 1MDB.

“Pada pandangan ikhlas saya peguam negara mungkin tak tahu buat kerja.

“Peguam negara switzerland minta kerjasama ‘MLA’ dengan pejabat peguam negara Malaysia bagi menyiasat kes skandal 1MDB ini namun Apandi Ali telah menolaknya,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Justeru katanya tidak menjadi masalah kepada Tan Sri Apandi Ali bekerjasama dengan peguam negara Switzerland untuk memudahkan proses siasatan secara sepadu.

“Di Singapura, Switzerland, Luxermbough dan Amerika Syarikat sudah menyiasat dan memperoleh pelbagai bukti-bukti sahih.

“Untuk memudahkan kerja-kerja pihak penguatkuasa undang-undang di malaysia; mengapa peguam negara, ketua polis negara dan ketua pesuruhjaya sprm tak mahu hubungi penguatkuasa undang-undang di negara-negara tersebut yang terbukti effisien gerak kerja siasatan mereka..

“Saya hanya ikhlas nak bantu peguam negara, ketua polis negara dan ketua pesuruhjaya SPRM seandainya perkhidmatan diperlukan untuk selesaikan polemik kes skandal 1MDB secara secepat yang mungkin,” ujarnya.

Sebagai rekod Khairuddin telah membuat laporan pertamanya mengenai skandal 1MDB pada 2014 tetapi laporan yang dibuatnya masih lagi gagal mendakwa konspirtor yang dipercayai terbabit dalam kes 1MDB oleh kerajaan Malaysia.

No comments:

Post a Comment