Monday, November 20, 2017

Haha tudiaa: Anak angkat Amerika berkerjasama dengan anak Amerika?

Israel akui hubungan rahsia dengan Saudi untuk sekat Iran

 | November 20, 2017
Ia bukan sesuatu yang memeranjatkan, kata seorang penganalisis
JERUSALEM/RIYADH: Menteri Tenaga Israel Yuval Steinitz semalam mendedahkan negara itu menjalinkan hubungan rahsia dengan Arab Saudi dalam berdepan musuh bersama iaitu Iran, pengesahan pertama oleh pegawai kanan kerajaan mengenai perkara yang menjadi spekulasi sekian lama.
Kerajaan Arab Saudi tidak memberi respon serta merta, begitu juga seorang jurucakap untuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.
Arab Saudi dan Israel bimbang dengan ancaman Iran di Timur Tengah, dan ketegangan terbaru antara Riyadh dan Tehran meningkatkan spekulasi kerjasama Arab Saudi dan Tehran demi kepentingan bersama.
Arab Saudi sebelum ini berkata hubungannya dengan Israel dengan syarat regim itu berundur daripada tanah Arab yang dirampas sejak 1967.
Wakil President Donald Trump pernah beberapa kali mengunjungi Arab Saudi dalam usaha untuk mencapai keamanan di Timur Tengah.
Dalam wawancara bersama Army Radio, Steinitz yang merupakan sebahagian daripada Kabinet keselamatan Netanyahu bagaimanapun tidak memperincikan bentuk hubungan dengan Arab Saudi.
“Kami sememangnya menjalinkan hubungan rahsia dengan beberapa negara Islam dan Arab, dan biasanya kamilah pihak yang tidak perlu malu.

“Pihak sebelah sana yang mahu hubungan itu dirahsiakan. Bagi kami, tak ada masalah, tetapi kami menghormati permintaan mereka apabila hubungan berkembang sama ada dengan Arab Saudi atau negara Arab atau Islam, dan terdapat banyak lagi… (tetapi) kami merahsiakannya.”
Khamis lalu, Menteri Luar Arab Saudi, Adel Jubeir memberitahu Reuters, asas kepada menjalinkan hubungan Israel adalah inisiatif keamanan Saudi yang direstui Liga Arab pada 2002.
Di bawah pelan itu, Israel dituntut berundur dari kawasan yang ditakluki ketika perang 1967, termasuk Baitul Maqdis Timur.
Netanyahu pada dasarnya setuju dengan pelan itu dengan beberapa syarat.
Penganalisis Hussein Ibish dari Institut Negara Arab Teluk di Washington berkata kenyataan Steinitz tidak memeranjatkan di sebalik hubungan Saudi-Israel yang semakin rapat.
Minggu lalu, ketua tentera Israel Gadi Eizenkot memberitahu sebuah akhbar Arab yang ia bersedia berkongsi maklumat perisikan dengan Arab Saudi, sambil berkata kedua-dua negara mempunyai kepentingan bersama dalam menyekat Iran.
Arab Saudi meningkatkan tekanannya ke atas Iran dengan menuduh republik itu cuba menyebarkan pengaruh di negara Arab menerusi proksinya seperti Hizbullah di Lubnan.
September lalu, Radio Israel melaporkan Putera Mahkota Mohammed bin Salman mengadakan pertemuan sulit dengan pegawai kerajaan di Israel, tetapi ia dinafikan Riyadh.
Bulan lalu, bekas ketua perisikan Saudi, Turki bin Faisal, berkongsi pentas dengan bekas pengarah Mossad, Efraim Halevy dalam debat berkenaan Iran yang diadakan di sebuah kuil Yahudi di New York.
Pada 2016, bekas panglima Saudi, Anwar Eshki melawat Israel dan bertemu wakil rakyat di sana dalam usaha mempromosikan pelan keamanan Arab Saudi.

* Kerana takutkan Syiah, rela berkerjasama dengan anak syaitan?

1 comment:

  1. islam bepakat ngan musuh islam nak hancur negara islam
    sial ke apa a saodi ni
    dulu bepakat ngan amalika hancurkan iraq afgansitan
    dan sedang hancurkan siria
    apa punya cilak duk ada
    tantela malaysia ada di sana buat apa pulak

    ReplyDelete