Tuesday, November 21, 2017

Rupanya berkecuali dan menjadi pasu bunga itu adalah politik matang dan sejahtera!

Kerap berkecuali bukan politik matang dan sejahtera
ARIF ATAN  -  November 21, 2017 11:57 am
Hairan dengan tindakan Ahli Parlimen Pas yang kerap berkecuali dalam pengundian penting di Dewan Rakyat, sikap itu dianggap bercanggah dengan budaya politik matang dan sejahtera yang dicanang pimpinan parti tersebut.

Setiausaha Pengelola Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ahmad Syukri Razab berkata, majoriti rakyat mahu melihat wakil yang mereka pilih di Parlimen mempunyai pendirian membela kepentingan dan kebajikan bukannya asyik berkecuali.

Menurutnya, tindakan dua Ahli Parlimen Pas yang berkecuali pada pengundian Belanjawan 2018 untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) semalam sepatutnya tidak harus berlaku.

Dalam keputusan pengundian belah bahagi yang menyaksikan BN mengaut 52 undi manakala pembangkang 51 undi, Idris Ahmad (Pas-Bukit Gantang) dan Siti Zailah Yusof (Pas-Rantau Panjang) mengambil keputusan berkecuali.

“Pas sebelum ini melaungkan slogan budaya politik matang dan sejahtera. Bagi saya, jika konsep itu benar dihayati, mereka tidak patut bermain sentimen kepartian sampai ke Dewan Rakyat.

“Tapi akibat sentimen sempit kepartian, mereka tidak tahu hendak buat keputusan yang mendahulukan kepentingan awam sehingga terpaksa berkecuali dalam soal isu yang mencekik rakyat pada hari ini.

“Bagaimana mereka boleh mengambil posisi berkecuali sehingga rakyat melihat Ahli Parlimen Pas sendiri gagal mengetepikan perbalahan partinya?” bidasnya ketika ditemui Malaysia Dateline awal pagi hari ini.

Syukri antara pimpinan Pemuda Pakatan Harapan dan aktivis NGO yang hadir bersolidariti di Jalan Parlimen mulai tengah malam tadi membantah kenaikan harga petrol dan diesel.

Mengakui mustahil mengharapkan perubahan di pihak Ahli Parlimen BN bagi menolak belanjawan yang tidak komited menangani bebanan ditanggung majoriti rakyat, beliau berkata, hal itu sepatutnya bukan menjadi masalah di pihak Ahli Parlimen dari parti pembangkang.

“Malangnya disebabkan sentimen politik tidak matang, sejarah proses demokrasi yang sedang terbuka itu tidak tercapai. Rakyat akhirnya rugi melantik mereka sebagai wakil di Parlimen.

“Walhal, sukar untuk pembangkang dapat peluang sebegitu lagi. Kalau ada, tolonglah dahulukan kepentingan rakyat dengan membuat keputusan terbaik untuk rakyat,” seru bekas pimpinan aktivis mahasiswa itu.

Mengulas lanjut, beliau berpendapat wakil rakyat di Parlimen dari semua parti politik wajar memikirkan fungsi mereka sebagai pembawa suara masyarakatnya.

“Rakyat bukan pilih wakil untuk berdiam diri atau berkecuali. Sebenarnya berbaloi untuk Ahli Parlimen Pas berbeza pendirian dengan partinya sendiri kalau demi membela hak majoriti rakyat,” tambah Syukri lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, tinjauan Malaysia Dateline jam 4 pagi tadi mendapati pimpinan Pemuda Pakatan Harapan termasuk anggota Biro Keselamatan dan Kebajikan (ARiF) AMANAH masih berada di Jalan Parlimen dengan kawalan pihak polis.

Selain Syukri, turut dilihat hadir Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Mohd Sany Hamzan; Pengarah Komunikasi AMANAH Kedah, Ustaz Ridzwan Abu Bakar; Setiausaha Dapsy Selangor, Mohammad Firdaus Babh dan aktivis mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Asheeq Ali Sethi Alivi.
Sany Hamzan (bertopi) bersama antara peserta aksi protes di Jalan Parlimen awal pagi tadi.

2 comments:

  1. Hello there! Do you know if they make any plugins to help with SEO?
    I'm trying to get my blog to rank for some targeted keywords but I'm not seeing very
    good success. If you know of any please share. Kudos!

    wholesale jerseys

    ReplyDelete
  2. Klu senario yg serupa berlaku selepas pru14 nanti, kau ingat pas akan sokong siapa? Yg aku pasti ialah hj hadi dan kroni2 dia akan sokong siapa!

    ReplyDelete