Wednesday, November 22, 2017

Isu Anwar: Dr. Mahathir masih cuba berdalih?

Saya lakukan apa yang boleh untuk Anwar, kata Dr M

  | November 21, 2017
Bekas perdana menteri itu berkata ia mengambil masa 3 tahun dan temubual dengan mereka yang didakwa mangsa sebelum mempercayai tuduhan terhadap Anwar.
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau sudah melakukan apa yang boleh untuk bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata demikian di sesi bertemu belia di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya hari ini.
Menjawab soalan sama ada beliau masih mempertahankan semua tuduhannya terhadap Anwar yang dibuat semasa menjadi perdana menteri, Dr Mahathir mengelak dan berkata apa yang dilakukan terhadap Anwar adalah keputusan polis manakala pemecatan Anwar adalah keputusan parti.
Dr Mahathir bagaimanapun menambah beliau rasa penanya soalan tidak akan mempercayainya.
Pengerusi Pakatan Harapan itu mendakwa dalam tempoh 3 tahun pertama sebelum tangkapan Anwar, polis menghantar laporan dakwaan salahlaku itu kepada beliau.
Beliau pada awalnya menyangka polis cuba menjejaskan Anwar maka beliau tidak bertindak.
Kemudiannya, polis menyerahkan laporan terperinci dan saya masih tidak mahu percaya laporan mereka dan saya mahu menemubual mereka yang didakwa mangsa kejadian.
Hanya selepas mereka ditemubual itu mengaku kejadian itu benar berlaku maka beliau mempercayai dakwaan tersebut.
Dr Mahathir berkata beliau kemudian bertanyakan kepada parti apa yang perlu dilakukan dan parti menganggap Anwar tidak lagi layak berada dalam parti. Tindakan selepas itu ialah tindakan polis, tambahnya.
Beliau juga berkata beliau yang memutuskan agar Anwar tidak digari atau wajah ditutup semasa tangkapan.
Pada 1998, majalah Newsweek menamakan Anwar “Asian of the Year”. Bagaimanapun, pada tahun yang sama, Anawr dan Dr Mahathir bersengketa menuju perhimpunan agung Umno.
Pemuda Umno ketika itu, yang diketuai timbalan perdana menteri sekarang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, memberi notis bahawa sayap itu akan memulakan perdebatan mengenai “kronisme dan nepotisme”.
Di himpunan itu, sebuah buku, 50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM, diedarkan mengandungi dakwaan homoseksualiti, serta tuduhan rasuah terhadap Anwar. Buku ditulis oleh Khalid Jafri, bekas editor akhbar Utusan Malaysia dan bekas ketua editor majalah Harian Nasional.
Anwar memperoleh injunksi mahkamah menghalang pengedaran buku itu dan memfailkan saman fitnah terhadap penulis. Polis mendakwa penulis buku itu dengan tuduhan menyiarkan berita palsu dengan niat jahat. Polis juga diarah menyiasat kebenaran dakwaan itu.
Dalam apa yang disifatkan Sydney Morning Herald sebagai tindakan politik, Anwar ditangkap pada 20 September 1998. Beliau kemudian didakwa dengan tuduhan rasuah kerana didakwa mencampuri siasatan polis ke atas dakwaan salahlaku seks terhadap dirinya.

No comments:

Post a Comment