Wednesday, 29 November 2017
KALAU BENAR TIDAK TERLIBAT, KHALED TAK PERLU BERDIAM DIRI TERLALU LAMA
Selain Najib Razak yang terus dibelenggu skandal 1MDB dan kemasukan wang RM2,600 juta ke dalam akaun peribadinya, sekarang ini tumpuan yang juga melibatkan wang berjuta-juta tentunya terarah kepada Menteri Besar Johor, Khaled Nordin.
Berdasarkan dokumen seorang saksi kes rasuah bekas Exco Johor, Abdul Latif Bandi yang bocor di internet, Khaled didakwa telah menerima sekitar RM12 juta dalam apa yang dipercayai sebagai skandal tanah dan pertukatan status Bumiputera kepada bukan Bumiputera.
Sebelum itu, isu berkenaan telah pun dibangkitkan oleh Adun Senai, Wong Shu Qi, tetapi beliau akhirnya diarah keluar Dewan, selain dihadapkan kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan DUN Johor.
Memandangkan SPRM melahirkan rasa kesal dengan kebocoran tersebut serta akan membuat laporan polis mengenainya, ia secara langsung menunjukkan dokumen yang bocor itu adalah tulen, asli dan benar.
Sehubungan itu, di sebalik desakan Pakatan Harapan Johor agar beliau memberi penjelasan benar atau tidak pernah menerima wang RM12 juta sebagaimana yang diberi keterangan oleh seorang saksi itu, Khaled sejujurnya tidak perlu menunggu terlalu lama untuk berbuat demikian.
Jika dakwaan saksi itu tidak benar, Khaled mesti tampil dengan penuh keyakinan tidak terlibat atau bersama senaskhah Al-Quran sebagai sumpah kata-katanya adalah penuh kebenaran.
Kemudian, beliau juga boleh menyaman saksi tersebut yang mendakwa pernah memberikan wang kepada Khaled, sama ada dalam bentuk tunai mahupun cek.
Sekiranya Khaled tidak mampu mempertahankan dirinya atas keterangan saksi itu, pilihan yang paling wajar baginya ialah segera meletakkan jawatan dan membiarkan proses undang-undang lain berjalan terhadap dirinya.
Tiada pilihan untuk berdiam diri atau sekadar berkata “tiada komen” mengenai dakwaan yang secara langsung ditujukan kepadanya itu.
Malah, jika terlalu lama baru berani tampil memberi penjelasan saja pun akan menimbulkan banyak keraguan terhadap intergriti Khaled sebagai ketua kerajaan negeri.
Ini kerana dakwaan menerima wang dalam skandal tanah dan pertukaran status Bumiputera adalah tuduhan yang serius dan merupakan pengkhianatan besar kepada bangsa dan negeri Johor.
Ayuh Khaled, segeralah berterus-terang dan berdiri atas kebenaran sebagai anak bangsa Johor yang benar-benar jantan. (ShahbudinHusin 29/11/2017).
Posted by Shahbudin Husin at 09:00

I know this if off topic but I'm looking into starting my own weblog and was wondering what all is required to
ReplyDeleteget set up? I'm assuming having a blog like yours would cost a pretty penny?
I'm not very internet smart so I'm not 100% certain. Any suggestions or advice would
be greatly appreciated. Thanks
Just desire to say your article is as astounding. Thhe clearness in your post is jusst
ReplyDeleteexcellent and i coild assume you are aan exert on this subject.
Well with your permiossion llet me to grab your RSS feed to keep up to date with forthcoming
post. Thanks a million annd please carry on the rewarding work.
My brother suggested I might like this blog. He was entirely
ReplyDeleteright. This post actually made my day. You cann't imagine just how much time I had spent for this info!
Thanks!
I love your blog.. very nice colors & theme.
ReplyDeleteDid you create this website yourself or did you hire someone to do it for
you? Plz respond as I'm looking to construct my own blog
and would like to find out where u got this from. kudos