Thursday, November 23, 2017

Rupanya Nazri tak faham, atau buat-buat tak faham untuk dijadikan modal juara politik!

Isu tudung pekerja hotel: Raja Bahrin jelaskan kekeliruan Menteri Pelancongan 
MALAYSIA DATELINE  -  November 23, 2017 12:52 pm
Ahli Parlimen Kuala Terengganu melahirkan kekesalan apabila perbahasan beliau di Dewan Rakyat mengenai kod etika wanita bertudung sebagai petugas kaunter hadapan di hotel tempatan disalah tafsir Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Parlimen semalam.

Raja Kamarul Bahrin menjelaskan ketika berucap, beliau berkata kemungkinan pengusaha rangkaian hotel antarabangsa  tidak faham apakah Islam yang diamalkan di Malaysia.

“Mungkin mereka fikir seperti di Arab Saudi… atau Taliban.

“Saya harap Kementerian Pelancongan ambil inisiatif supaya isu ini diselesaikan dengan win-win situation (situasi menang-menang), supaya umat Islam boleh bekerja di ‘front office’ dengan menutup aurat mereka dan pihak hotel boleh sesuaikan kepada situasi tempatan.

“Tidak ada salahnya kita ‘engage’ dengan menerangkan dan memperjelaskan keperluan wajib umat Islam kepada rangkaian hotel antarabangsa yang beribu pejabat di luar negara,” katanya.

Raja Bahrin menambah, kenyataan Menteri Pelancongan supaya beliau jangan jadi rakyat Malaysia dan juga wakil rakyat atas isu ini adalah keterlaluan.

Ini kerana, beliau pernah memperjuangkan hak Islam di negara asing dalam isu akidah dan peristiwa hak penjagaan anak beliau pada 1992 dan membawa mereka pulang ke Malaysia dari Australia.

“YB Datuk Nazri yang pernah menjadi Menteri Undang-undang patut lebih arif dan mengetahui isu ini,” katanya.

Menurut Raja Bahrin, beliau bukan ‘jaguh kampung’ dalam isu agama Islam dan sanggup mempertahankan Islam di negara asing.

“Di Malaysia saya tidak mengubah pendirian saya. Saya mohon Menteri baca keseluruhan ucapan saya dan jangan emosi dan politikkan isu ini.

“Islam membenarkan dan menggalakkan perbincangan ke arah kebaikan,” tegasnya lagi.

Justeru Raja Bahrin ingin membetulkan salah tafsir Nazri terhadap ucapannya di Parlimen.
Mohamed Nazri Abdul Aziz

“Saya difahamkan semasa Menteri Pelancongan menjawab ucapan saya, gambaran yang negatif ucapan saya telah di timbulkan seolah-olah saya bersetuju dengan polisi hotel antarabangsa melarang penutupan aurat pekerja hotel.

“Isu berkenaan adalah tentang isu pekerja hotel ‘front reception’ antarabangsa yang dilaporkan tidak dibenarkan memakai tudung menutup aurat mereka.

“Saya secara peribadi tidak setuju tentang larangan tersebut. Dalam masa yang sama saya percaya isu ini elok diselesaikan dengan perbincangan tanpa menjejas hak pekerja Islam mematuhi kewajipan agama mereka,” katanya.

Beliau menafikan mengeluarkan kenyataan untuk berkompromi atau bertolak ansur dalam perintah agama seperti didakwa Nazri.

Raja Bahrin berkata, di antara sebab beliau mencadangkan pemakaian ‘uniform’ bagi pekerja kaunter hadapan hotel adalah kerana ia boleh direka menepati tuntutan Islam.

Di masa yang sama, katanya industri perhotelan memberi peluang pekerjaan yang luas kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kelulusan.

“Di masa ekonomi lemah sekarang dan peluang pekerjaan sangat berkurangan, ianya adalah satu peluang pekerjaan yang luas dan baik untuk menyara hidup tanggungan keluarga. Ini saya sebut di permulaan ucapan saya.

“Saya telah mencadangkan satu pertandingan rekaan “uniform” tersebut oleh Kementerian Pelancongan untuk menepati kehendak Islam yang boleh di guna pakai oleh hotel.

“Ini adalah keadaan ‘win-win situation’ di mana tuntutan Islam di penuhi dan hotel menerima konsep tersebut,” katanya.

Berdasarkan cadangan beliau, kesemua bahagian aurat di tutup dan keseragaman hotel di ikuti dengan menerapkan tradisi tempatan seperti kegunaan batek atau songket.

“Ini memperkayakan lagi dengan tambah nilai budaya tempatan. Tiada pihak yang rugi,” jelas beliau.

Raja Bahrin menjelaskan cadangan beliau itu sebenarnya boleh memperkayakan industri hotel dan pelancongan Malaysia.

Bersandarkan kepada pengalaman Malaysia sebelum ini menjadi tuan rumah “Islamic Fashion Week” dan “Busana Muslimah” yang direstui oleh Kementerian Pelancongan.

” Oleh itu saya cadangkan satu Pertandingan Uniform Hotel untuk mencerminkan budaya tempatan yang memenuhi kehendak Islam. Saya rasa banyak tambah nilai yang boleh di perolehi dari usaha ini,” ujarnya.

Bagaimanapun beliau melahirkan rasa kesal kerana dalam perbahasannya semalam, cadangan beliau telah dikecam oleh Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

“Saya agak hairan kenapa cadangan saya tersebut di kecam semasa sesi jawapan Menteri.

“Saya tidak sekali-kali bersetuju dengan cadangan untuk melarang wanita Islam memakai tudung. Cadangan saya adalah untuk membuat pemakaian tudung dan penutupan aurat uniform hotel lebih menarik dan sebagai daya tarikan asset pelancongan. Hasil terbaik boleh dicapai melalui satu pertandingan fesyen.

“Islam tidak melarang hiasan yang cantik dalam penutupan aurat asalkan ianya tidak keterlaluan dan terlalu mewah hingga timbul riak dan pembaziran,” ujarnya.

Beliau turut menjelaskan pengalamannya ketika membuka Aryani Resort pada 1996.

Raja Bahrin menjelaskan semua uniform kakitangan wanita hotelnya kami dari “front office” hingga ke “house keeping” adalah “bertudung dan berkebaya labuh”.

“Ini mencerminkan pakaian muslimat Islam dan Melayu walaupun tidak ada arahan dari mana mana pihak berkuasa. Bagaimana pula saya dituduh tidak bersetuju pekerja hotel bertudung hari ini ?

“Sepatutnya menteri berbincang dengan persatuan hotel Malaysia- MAH, adalah untuk menekankan betapa “Busana Muslimat Hotel” boleh menjadi satu asset positif daya tarikan budaya, bukan kita akur kepada pandangan mereka.

“Apa yang di cadangkan adalah melalui pertandingan fesyen untuk mengilhamkan keseluruhannya budaya “Islam – Melayu” seperti uniform kakitangan kami di Aryani. Itulah sebaik baiknya,” ujar beliau.

5 comments:

  1. Susah berbicara dgn orang yg angkuh dan sombong bongkak mcm Nazri ni.... dia sering bermegah dengan kekayaannya. Dia juga percaya kebijaksanaan beliau mengatasi semua orang...he behaves like a gangster boss. Masa jadi Timbalan Menteri di bawah TDM dulu selalu juga menangis kena hamput dgn org tua tu. Sekarang TDM dah pencen, dia pula dah jadi menteri kanan bukan main kurang ajar Padang Rengas ini.

    ReplyDelete
  2. bertudung kebaya labuh tapi sendat ketat
    apa ker jadah tu
    bukan tutup aurat namanya
    tunjuk bentuk tubuh
    ai ya dalam negara Islam pung takut lagi ke
    takut pihak hotel ke takut Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak-agak lah nak beri komen tu. Ramai kaum hawa yang bekerja dipelbagai sektor yang menutup aurat yang tidak betul-betul sempurna, bukan setakat pekerja di hotel saja. Tetapi adalah lebih baik diusahakan untuk berpakaian menutup aurat secara yang praktikal terlebih dahulu, sebelum ianya ditambah baik kearah yang lebih sempurna.

      Delete
  3. Pemimpin UMNO memang kaki spin isu ala-ala gangster pula tu, lain yang dimaksudkan lain pula ditafsirkannya. Bukannya apa, asalkan dapat menyanggah idea bernas dari pihak pembangkang, itu saja.

    ReplyDelete
  4. Sejak bilo nazri ni jadi ustaz? Jadi gengster ok. Haha

    ReplyDelete