PERTARUNGAN HABIS-HABISAN ANTARA MUSA AMAN, SHAFIE APDAL PADA PRU14
PADA SATU KETIKA, PEMIMPIN KETIGA PALING PENTING DALAM UMNO DAN MEMEGANG JAWATAN MENTERI, TETAPI KINI TERPAKSA TIDUR DI ATAS LANTAI SEJUK DALAM BILIK TAHANAN SPRM
October 30, 2017
KOMEN: Sememangnya ramai yang tahu Ketua Menteri, Musa Aman dan presiden Parti Warisan Sabah, Shafie Apdal tidak sehaluan dalam banyak perkara sejak Shafie masih dalam Umno.
Musa dilaporkan berperanan dalam mendapatkan penggantungan keahlian Shafie dalam Umno pada mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi 24 Jun tahun lepas. Waktu itu, Shafie ke Umrah dan tidak dapat membela diri.
Sebenarnya Shafie sudah pun membuat keputusan untuk meletakkan jawatan bagi menerajui Parti Warisan Sabah selepas beliau bersuara mengkritik presiden Umno/Perdana Menteri berkaitan isu skandal 1MDB.
Namun ada juga cubaan memujuk Shafie untuk menyertai Umno semula, tetapi beliau tegas dengan keputusannya untuk memimpin Warisan bagi melawan BN pada pilihan raya akan datang.
Mereka yang berpihak dengan Musa berkata Shafie memang sudah lama bercita-cita menjadi Ketua Menteri Sabah, manakala penyokong Shafie pula berpendapat Musa sudah terlalu lama memegang jawatan itu. Kedua-dua pihak adalah betul.
Orang ramai dan penyokong Warisan Sabah mendengar ucapan Shafie Apdal di Kampung Bubul, Semporna, baru baru ini
Pemerhati politik Sabah tidak terkejut apabila Shafie menyatakan beliau akan mendedahkan perkara sebenar tentang penahanan remannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dibebaskan dengan ikat jamin Jumaat lalu. Beliau disiasat berkaitan dakwaan penyelewengan dana untuk projek luar bandar di Sabah.
Amat ketara bila dia berkata akan membuat pendedahan di parlimen sambil bertanya: “Berapa banyak syarikat milik Musa?”
Menurutnya, mereka yang bertanggungjawab dalam merancang siasatan itu mahu beliau dimalukan tetapi tindakan itu hanya membuatnya lebih berazam untuk melawan BN malah, Shafie sanggup berkorban untuk tujuan itu.
Persengketaan sengit antara Musa dan Shafie sudah menjadi pengetahuan umum dan tentulah pilihan raya ke-14 ini bakal menjadi misi “do-or-die” (bertarung habis-habisan) bagi kedua-dua pihak.
Arena politik di Malaysia yang penuh dengan muslihat dan tipu daya politik bukanlah untuk mereka yang lemah hati kerana risikonya amat tinggi.
Musa Aman, kiri, dengan Yahya Hussin dan Masidi Manjun mendengar pembentangan Bajet 2018
Sejak melebarkan sayap ke bumi Sabah, Umno tidak pernah menghadapi lawan kuat seperti mana yang ramai jangkakan dari pihak Warisan.
Jika dibandingkan dengan Warisan yang hanya setahun jagung, Umno mempunyai banyak kelebihan dari segi kemewahan sumber tetapi pengundi dikatakan lebih bijak sekarang kerana berpengetahuan.
Ramai berpendapat MA63 atau Perjanjian Malaysia 63 akan menjadi isu utama kerana pengundi mahu ia dilaksanakan walau apa sekali pun.
Kehadiran ribuan orang di kawasan mahkamah ketika Shafie diperintah reman pertama kalinya dan apabila beliau dibebaskan menjadi satu kejutan bagi ramai pemerhati. Ia menunjukkan Warisan mempunyai sokongan padu dari berbilang kaum.
Shafie seorang yang merendah diri dan bersuara lembut tetapi setelah hampir 30 tahun bersama Umno sehingga mencapai kedudukan ketiga paling penting di parti, beliau semestinya mempunyai pengalaman luas dan amat tabah hati.
Pengalaman sebagai timbalan dan menteri penuh di peringkat persekutuan memberinya pengetahuan dan pemahaman mendalam tentang selok-belok permainan politik di Malaysia.
Beliau berkarisma, pandai berhujah dan tahu bagaimana menawan hati pendengar sehingga mereka terpegun mendengar apa yang diperkatakannya.
Jelas, Shafie seorang yang fasih berkomunikasi berbanding ahli politik lain. Musa mempunyai latarbelakang kuat dalam perniagaan tetapi dia lebih kepada pentadbiran daripada komunikasi.
Kebanyakan orang lama melihat beberapa persamaan antara Warisan dan PBS di mana PBS menumbangkan Berjaya pada 1985, walaupun situasi sekarang berlainan dengan masa itu.
Contohnya, demografi Sabah telah berubah di mana ketika itu kaum Cina berperanan sebagai “kingmaker”. Kini, kaum bumiputera Islam dapat berdiri dengan sendiri berdasarkan penyusunan kerusi sekarang. Hanya seorang pemimpin Muslim sahaja dapat mengganggu susunan selesa ini.
Shafie adalah pemimpin itu dan pihak atasan sudah mula melihat dan merasa terancam. Maka itu sebabnya penyokong Shafie percaya beliau ditahan. Mereka melihat episod itu sebagai satu “pemangsaan” kerana ada kes-kes di Malaya di mana pelakunya tidak disiasat kerana mereka bersama Umno.
Penyokong Shafie melihat keadaan ini sebagai satu ketidakadilan dan mereka tidak senang kerana bagi mereka kurang keadilan di negara ini.
Dakwaan Yusof Apdal, adik Shafie, bahawa siasatan SPRM itu tidak bermotifkan politik kerana dia sebagai wakil rakyat Umno di Lahad Datu turut ditahan reman, menjadi bahan ketawa bagi penyokong Warisan.
Sekiranya tujuan untuk menahan Shafie bagi memberi persepsi negatif kepada orang ramai, penyokongnya melihat beliau sebagai mangsa, malah Shafie turut mendapat simpati dari golongan berkecuali.
Hasil daripada usaha Warisan untuk mengutip derma bagi membayar ikat jamin Shafie sejumlah RM102,659.50 berjaya dikumpul dalam masa dua hari sahaja. Ini jelas menunjukkan komitmen tinggi dari penyokong dan cinta mereka terhadap presiden parti.
Bagi mereka, Shafie seorang wira dan dipandang tinggi kerana berani mencabar pihak berkuasa untuk membawa perubahan ke Sabah dan menukar sistem yang berat sebelah, walaupun beliau boleh memilih untuk hidup senang dengan berdiam diri.
Beliau tahu dan faham segala cabaran dan rintangan yang bakal dihadapi. Pada satu ketika, pemimpin ketiga paling penting dalam Umno dan memegang jawatan menteri tetapi kini terpaksa tidur di atas lantai sejuk dalam bilik tahanan SPRM. Ketabahan dan pengorbanannya membuat beliau disanjung tinggi oleh penyokong.
Tidak mustahil Shafie akan mendapat lebih ramai peminat bila beliau menjelaskan kenapa dan mengapa dia ditahan reman serta menceritakan segalanya tentang Musa.
Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad pernah memberi Sabah gelaran “Wild, Wild East” akibat jenis permainan politik di sini yang seolah-olah tidak mematuhi peraturan dan perundangan.
Sudah lama gelaran itu tidak lagi disebut. Adakah ia akan kembali kedengaran dengan persengketaan terbuka antara Musa dan Shafie? - sumber
PADA SATU KETIKA, PEMIMPIN KETIGA PALING PENTING DALAM UMNO DAN MEMEGANG JAWATAN MENTERI, TETAPI KINI TERPAKSA TIDUR DI ATAS LANTAI SEJUK DALAM BILIK TAHANAN SPRM
October 30, 2017
KOMEN: Sememangnya ramai yang tahu Ketua Menteri, Musa Aman dan presiden Parti Warisan Sabah, Shafie Apdal tidak sehaluan dalam banyak perkara sejak Shafie masih dalam Umno.
Musa dilaporkan berperanan dalam mendapatkan penggantungan keahlian Shafie dalam Umno pada mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi 24 Jun tahun lepas. Waktu itu, Shafie ke Umrah dan tidak dapat membela diri.
Sebenarnya Shafie sudah pun membuat keputusan untuk meletakkan jawatan bagi menerajui Parti Warisan Sabah selepas beliau bersuara mengkritik presiden Umno/Perdana Menteri berkaitan isu skandal 1MDB.
Namun ada juga cubaan memujuk Shafie untuk menyertai Umno semula, tetapi beliau tegas dengan keputusannya untuk memimpin Warisan bagi melawan BN pada pilihan raya akan datang.
Mereka yang berpihak dengan Musa berkata Shafie memang sudah lama bercita-cita menjadi Ketua Menteri Sabah, manakala penyokong Shafie pula berpendapat Musa sudah terlalu lama memegang jawatan itu. Kedua-dua pihak adalah betul.
Orang ramai dan penyokong Warisan Sabah mendengar ucapan Shafie Apdal di Kampung Bubul, Semporna, baru baru ini
Pemerhati politik Sabah tidak terkejut apabila Shafie menyatakan beliau akan mendedahkan perkara sebenar tentang penahanan remannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dibebaskan dengan ikat jamin Jumaat lalu. Beliau disiasat berkaitan dakwaan penyelewengan dana untuk projek luar bandar di Sabah.
Amat ketara bila dia berkata akan membuat pendedahan di parlimen sambil bertanya: “Berapa banyak syarikat milik Musa?”
Menurutnya, mereka yang bertanggungjawab dalam merancang siasatan itu mahu beliau dimalukan tetapi tindakan itu hanya membuatnya lebih berazam untuk melawan BN malah, Shafie sanggup berkorban untuk tujuan itu.
Persengketaan sengit antara Musa dan Shafie sudah menjadi pengetahuan umum dan tentulah pilihan raya ke-14 ini bakal menjadi misi “do-or-die” (bertarung habis-habisan) bagi kedua-dua pihak.
Arena politik di Malaysia yang penuh dengan muslihat dan tipu daya politik bukanlah untuk mereka yang lemah hati kerana risikonya amat tinggi.
Musa Aman, kiri, dengan Yahya Hussin dan Masidi Manjun mendengar pembentangan Bajet 2018
Sejak melebarkan sayap ke bumi Sabah, Umno tidak pernah menghadapi lawan kuat seperti mana yang ramai jangkakan dari pihak Warisan.
Jika dibandingkan dengan Warisan yang hanya setahun jagung, Umno mempunyai banyak kelebihan dari segi kemewahan sumber tetapi pengundi dikatakan lebih bijak sekarang kerana berpengetahuan.
Ramai berpendapat MA63 atau Perjanjian Malaysia 63 akan menjadi isu utama kerana pengundi mahu ia dilaksanakan walau apa sekali pun.
Kehadiran ribuan orang di kawasan mahkamah ketika Shafie diperintah reman pertama kalinya dan apabila beliau dibebaskan menjadi satu kejutan bagi ramai pemerhati. Ia menunjukkan Warisan mempunyai sokongan padu dari berbilang kaum.
Shafie Apdal di Semporna
Pengalaman sebagai timbalan dan menteri penuh di peringkat persekutuan memberinya pengetahuan dan pemahaman mendalam tentang selok-belok permainan politik di Malaysia.
Beliau berkarisma, pandai berhujah dan tahu bagaimana menawan hati pendengar sehingga mereka terpegun mendengar apa yang diperkatakannya.
Jelas, Shafie seorang yang fasih berkomunikasi berbanding ahli politik lain. Musa mempunyai latarbelakang kuat dalam perniagaan tetapi dia lebih kepada pentadbiran daripada komunikasi.
Contohnya, demografi Sabah telah berubah di mana ketika itu kaum Cina berperanan sebagai “kingmaker”. Kini, kaum bumiputera Islam dapat berdiri dengan sendiri berdasarkan penyusunan kerusi sekarang. Hanya seorang pemimpin Muslim sahaja dapat mengganggu susunan selesa ini.
Shafie adalah pemimpin itu dan pihak atasan sudah mula melihat dan merasa terancam. Maka itu sebabnya penyokong Shafie percaya beliau ditahan. Mereka melihat episod itu sebagai satu “pemangsaan” kerana ada kes-kes di Malaya di mana pelakunya tidak disiasat kerana mereka bersama Umno.
Penyokong Shafie melihat keadaan ini sebagai satu ketidakadilan dan mereka tidak senang kerana bagi mereka kurang keadilan di negara ini.
Dakwaan Yusof Apdal, adik Shafie, bahawa siasatan SPRM itu tidak bermotifkan politik kerana dia sebagai wakil rakyat Umno di Lahad Datu turut ditahan reman, menjadi bahan ketawa bagi penyokong Warisan.
Sekiranya tujuan untuk menahan Shafie bagi memberi persepsi negatif kepada orang ramai, penyokongnya melihat beliau sebagai mangsa, malah Shafie turut mendapat simpati dari golongan berkecuali.
Hasil daripada usaha Warisan untuk mengutip derma bagi membayar ikat jamin Shafie sejumlah RM102,659.50 berjaya dikumpul dalam masa dua hari sahaja. Ini jelas menunjukkan komitmen tinggi dari penyokong dan cinta mereka terhadap presiden parti.
Bagi mereka, Shafie seorang wira dan dipandang tinggi kerana berani mencabar pihak berkuasa untuk membawa perubahan ke Sabah dan menukar sistem yang berat sebelah, walaupun beliau boleh memilih untuk hidup senang dengan berdiam diri.
Beliau tahu dan faham segala cabaran dan rintangan yang bakal dihadapi. Pada satu ketika, pemimpin ketiga paling penting dalam Umno dan memegang jawatan menteri tetapi kini terpaksa tidur di atas lantai sejuk dalam bilik tahanan SPRM. Ketabahan dan pengorbanannya membuat beliau disanjung tinggi oleh penyokong.
Tidak mustahil Shafie akan mendapat lebih ramai peminat bila beliau menjelaskan kenapa dan mengapa dia ditahan reman serta menceritakan segalanya tentang Musa.
Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad pernah memberi Sabah gelaran “Wild, Wild East” akibat jenis permainan politik di sini yang seolah-olah tidak mematuhi peraturan dan perundangan.
Sudah lama gelaran itu tidak lagi disebut. Adakah ia akan kembali kedengaran dengan persengketaan terbuka antara Musa dan Shafie? - sumber
No comments:
Post a Comment