Monday, November 27, 2017

PAS cuba tambat Amiruddin dengan baiah

PAS ingatkan Amiruddin soal baiah
N Faizal Ghazali   -   26 Nov 2017, 8:32 pm
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah diingatkan tentang baiah oleh kepimpinan PAS, sebaik selepas beliau mengumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dari PAS, hari ini.

Ingatan itu disampaikan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mengulas penghijrahan Amiruddin itu, Tuan Ibrahim berkata beliau terkejut dengan perkara itu kerana Amiruddin seorang yang mudah dibawa berbincang dan tidak bermasalah dalam parti.

"Secara peribadi saya terkejut dengan tindakan beliau...(tetapi) PAS menghormati keputusannya.

"Namun beliau masih mempunyai beberapa tanggungjawab dalam baiah yang beliau lafazkan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Wakil rakyat PAS, sama ada di peringkat DUN mahupun Parlimen, dikatakan perlu membuat baiah yang perkahwinan mereka akan jatuh talak jika mereka meninggalkan PAS.

Amiruddin dalam sidang media bersama Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan pimpinan BERSATU Kedah petang tadi mengumumkan penyertaannya ke parti itu secara rasmi.

Berbeza pula dengan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang menganggap perkembangan itu bukanlah suatu yang mengejutkan.

"Dia tidak menjadi berita lagi kepada PAS. Dia dah lama tidak bersama PAS, malah terang-terang menganjurkan aktiviti bersama Pakatan Harapan (HARAPAN).

"Kita doa (agar) dia dapat lepasi baiah yang dilafaznya dalam pilihan raya sebelum ini di akhirat kelak," katanya ketika dihubungi.

Segelintir pihak dalam PAS sememangnya melihat Amiruddin sebagai golongan dalam parti yang cenderung kepada HARAPAN, malah menghadiri konvensyen tahunan Parti Amanah Negara (AMANAH) di Kedah baru-baru ini.

Selain ADUN Anak Bukit, Amiruddin juga ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Beliau merupakan pengganti Allahyarham Datuk Fadzil Noor di DUN itu, selepas menang dalam pilihan raya kecil 2002 susulan kematian bekas presiden PAS itu.

7 comments:

  1. Ada lg ke baiah tu tn ibrahim? Atau pas kedah tiada baiah. Atau amiruddin tk pernah baiah? Atau baiah batal bila pas lari drp perjuangan dan bsama umno dlm gelap. Biasa kita dgr drp olamak pas bsama umno dlm perkara islam dan melayu. Kan pelik bunyi tu. Gst yg zalim tu selaras dgn islam? Lebai pas dah pening. Tu pasal berkecuali dlm undi bajet 2018. Lebih teruk ponteng parlimen. Huhu

    ReplyDelete
  2. Tahniah dan jangan takut dengan baiah karut marut ciptaan Lebai songsang.

    ReplyDelete
  3. baiah adalah utk pas yg dulu zaman tgna dimana perjuangannya tidak menyokong klepet.

    yg harus semak semula baiah ialah mereka yg didalam pas tapi sudah lari dr perjuangan asal pas semasa baiah diadakan.

    kalau satu masa pas bertukar jadi sepenuhnya parti secular dan klepet tapi masih kekal nama PAS, adakah baiah masih kekal?

    baiah bukan atas nama parti tp atas arah perjuangan parti.

    lagi pun baiah adalah sumpah dgn nama Allah, bukan nama hadi atau titm, maka biarlah Allah yg menentukan org yg berbaiah, tak perlu pemimpin pas sibuk. jgn jadi sudin copong.

    ReplyDelete
  4. Siapa pedili baiah tafsiran lebai pas. YB tu guna tafsiran ulamak2 yg berkrebiliti. Ulamak uturn tak mainlah.

    ReplyDelete
  5. Mufaraqah sahaja daripada jemaah yang merosakkan institusi keluarga dan keturunan umat Islam. Jemaah begini jauh sesatnya daripada jalan yang ditunjukkan Nabi Muhammad SAW. Sumpah baiah kepada Nabi dan Allah. Bukan kepada parti. Jika Parti perintah cerai - benda halal yang Allah benci? Masya Allah!

    ReplyDelete
  6. Kalo nk baiah juga jgn baiah cerai bini. Cari lah benda lain spt tambah bini, gantirugi rm500k atau lain2. Lebai pas lebai ngok.

    ReplyDelete
  7. PAS parti pondan berserban international

    ReplyDelete