Wednesday, November 15, 2017

Kita dah tahu siapa mereka, apa pentingnya kita peduli?

* Sokongan geng-geng wala' pada mereka lantak pilah.....itu hak mereka

Tidak undi tolak Bajet 2018, PAS mungkin berpihak pada BN
Gan Pei Ling · Diterbitkan pada 15 Nov 2017 6:58AM 
Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Najib Razak diluluskan di peringkat dasar pada Isnin, dengan 107 ahli Parlimen menyokong, 59 bantah dan 11 berkecuali. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 November, 2017

ITU hak mereka memilih untuk berkecuali dalam mengundi Bajet 2018 tetapi ini juga menunjukkan wakil rakyat PAS mula berpihak kepada Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata penganalisis.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomudin Bakar berkata dalam sistem Westminster, mengambil pendirian neutral dalam Parlimen bermaksud wakil rakyat sedia mengikut apa yang dicadangkan oleh kerajaan pemerintah.

“Ini bermakna PAS tidak membantah Bajet 2018 BN dan secara tidak langsung menyokong bajet itu.

“Sikap mereka bercanggah dengan amalan bersejarah parti yang bercakap menentang BN di dalam atau di luar Parlimen,” kata Hisomudin kepada The Malaysian Insight.

Beliau berkata ini tidak bermakna PAS sepatutnya membantah Bajet 2018 hanya semata-mata untuk bantah, tetapi membangkitkan isu yang perlu ditangani bajet itu.

Seramai 11 daripada 14 ahli Parlimen PAS memilih tidak mengundi untuk Bajet 2018 pada Isnin.

Hanya Mahfuz Omar (Pokok Sena) mengundi membantah bajet itu sementara dua lagi Ahli Parlimen – Presiden PAS Abdul Hadi Awang (Marang) dan Wan Hassan Mohd Ramli (Dungun) tidak hadir.

Lidah pengarang PAS, Harakah Daily berkata parti Islam itu berkecuali daripada mengundi kerana ada ahli Parlimen yang bersetuju dan membangkang bajet itu.

Ketua program pengajian politik Penang Institute, Dr Wong Chin Huat berkata tindakan PAS menunjukkan ia rakan kerjasama BN secara tidak rasmi.

“Ini isyarat kepada apa akan berlaku jika BN kalah majoriti dalam Parlimen pada PRU14 tetapi kekal menjadi blok terbesar.

“PAS mungkin akan menjadikan gabungannya dengan BN secara rasmi dan mendapatkan bahagian besar dalam kabinet,” kata Wong, menambah pengecualian parti itu juga seolah-olah memenuhi dakwaan hubungan kewangan antara Umno dan PAS, di sebalik segala penafian yang dibuat.

Beliau berkata parti politik pembangkang yang lebih kecil seperti Parti Progresif Rakyat mempunyai kerjasama tidak rasmi dengan Perikatan di Perak pada 1969.

Perikatan ialah pelopor kepada BN dengan Umno, MCA dan MIC. Ia dinamakan semula sebagai BN pada 1973 dengan enam lagi parti – PPP, Gerakan, PAS, PBB, Parti Perikatan Sabah dan Parti Bersatu Rakyat Sabah.

Seorang lagi penganalisis politik bagaimanapun berkata ia hak PAS untuk mengambil sikap berkecuali daripada mengundi di Dewan Rakyat.

“Tidak ada salahnya dengan berkecuali. Ia dibenarkan di Parlimen. Walaupun ia dilihat seperti tidak membuat keputusan pasti, ia masih lagi satu keputusan.

“Bagi saya, salah untuk kita mengutuk PAS kerana ia hak mereka untuk berkecuali. Ini demokrasi,” kata Profesor Madya Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani.

Pemerhati politik, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata pengecualian PAS hanya mencerminkan pendirian parti itu.

“Ia pendirian setiap parti untuk memutuskan corak tertentu untuk mengundi menerusi whip parti.

“Itu strategi mereka untuk apa juga matlamat politik yang mahu PAS capai,” kata Nik Ahmad Kamal.

Bajet 2018 diluluskan di peringkat dasar pada Isnin, dengan 107 ahli Parlimen menyokong, 59 bantah dan 11 berkecuali. – 15 November, 2017.

1 comment:

  1. PAS tiada prinsip dan pendirian yang tegas. Analoginya begini, kalaulah seseorang itu islam tidak, kafir pun tidak, apakah status orang itu?

    ReplyDelete