Pengguna media sosial mahu Zahid disiasat kerana guna isu perkauman
Low Han Shaun · Diterbitkan pada 2 Nov 2017 9:08PM
Tiga bulan yang lalu Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi telah menuduh Dr Mahathir berketurunan India serta menggunakan masyarakat Melayu dan Islam untuk meneruskan karier politiknya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 November, 2017
PENGGUNA media sosial mahu Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi disiasat kerana menggunakan isu perkauman terhadap Dr Mahathir Mohamad.
Tegas mereka, tiga bulan yang lalu Zahid telah menuduh Dr Mahathir berketurunan India serta menggunakan masyarakat Melayu dan Islam untuk meneruskan karier politiknya.
Butiran tentang ibu bapa Dr Mahathir dan gambar di kad pengenalannya viral di media sosial dan aplikasi mesej.
Terdahulu hari ini, Dewan Diraja Selangor dalam satu kenyataannya berkata Dr Mahathir harus disiasat atas hasutan kerana mencetuskan kebencian terhadap keturunan Bugis dalam ucapannya di perhimpunan "Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi" di Petaling Jaya pada 14 Oktober.
Mengenai serangannya terhadap Perdana Menteri Najib Razak pada perhimpunan tersebut, Dr Mahathir, didakwa mengatakan nenek moyang Najib adalah "lanun Bugis".
Rakyat Malaysia seperti Abrey Tan dan Ashok Pattu melalui Facebook bertanya bilakah Zahid akan dipanggil untuk disiasat.
"Aapa kata siasat TPM (timbalan perdana menteri) juga kerana mempermainkan bangsa dan keturunan Dr Mahathir untuk tujuan politik?" komen Tan.
TPM memulakannya apabila mengheret keturunan TDM (Tun Dr Mahathir). Dia patut disiasat juga," kata Ashok.
Pengguna Facebook lain berkata pemimpin Baju Merah Jamal Md Yunos juga harus disiasat kerana menghasut.
"Mengapa isu perkauman yang menyinggung dari para menteri tidak disiasat dan bagaimana dengan Jamal (Md Yunos)?" Kenny Chung memberi komen.
"Bagaimana dengan Jamal?" soal KL Leong Tan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais berkata Dr Mahathir dilihat seolah-olah menghasut rakyat Malaysia untuk membenci, merendahkan dan melihat masyarakat Bugis dengan penghinaan.
"Ahli-ahli Dewan Diraja Selangor menganggap ucapan berkenaan (oleh Dr Mahathir) amatlah keterlaluan dan boleh mencetuskan perasaan benci dan prasangka buruk rakyat terhadap bangsa Bugis sehingga boleh mencetuskan kekecohan dan huru-hara," kata kenyataan itu.
"Tohmahan ini secara tidak langsung menghina salasilah dan keturunan Kesultanan Selangor yang berasal dari Bugis."
"Ahli-ahli Dewan Diraja Selangor menjunjung segala titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berkaitan dengan isu ini dan berpandangan agar satu siasatan dan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948 atau apa jua undang-undang berkaitan wajar diambil ke atas Dr Mahathir."
Samuel George berkata ahli-ahli politik Umno pada masa lalu telah bercakap hal yang buruk mengenai kaum Cina dan India tetapi tiada sesiapa yang disiasat.
"Ada ramai penyangak di Selangor, Tuanku... begitu ramai ahli politik, ustaza, ulama dan mufti menggunakan isu perkauman dan agama," kata KP Soh Soh.
Dewan Diraja Selangor hari ini berkata klip video ucapan jelas menunjukkan Dr Mahathir menghina dan mengatakan bangsa Bugis berasal daripada golongan dengan lanun, penjenayah dan perompak. – 2 November, 2017.
* Kalau bukan perompak dan melanun, kenapa harus terasa?
Berkait: Tindakan tarik balik pengawal peribadi Dr Mahathir memalukan, kata pengguna media sosial

kenapa berat sebelah...siasat semua....x kira siapa..barulah adil....malulah Malaysia!!!!!!!
ReplyDelete