Monday, November 6, 2017

Apa dah jadi dengan dia ni.......dah terbau kerusi MB ke, takya pun janganlah menyorok di belakang dewan!

Dari singa dah bertukar jadi kucing peliharaan?

PKR cabar Husni tuduh Anwar liwat anak saudara di luar Dewan Rakyat

  | November 6, 2017
Wakil rakyat PKR gesa ahli Parlimen Tambun Husni Hanadzlah berbuat demikian agar tindakan undang-undang boleh diambil.
DEWAN RAKYAT
KUALA LUMPUR: PKR hari ini mencabar Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (BN-Tambun) mengulangi tuduhan anak saudaranya diliwat bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar Dewan Rakyat agar tindakan undang-undang boleh diambil.
Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) berkata sekiranya benar tuduhan itu, bekas menteri kewangan itu harus membuat laporan polis terhadap Anwar dan bukannya berdiam diri.
“Tambun, kamu buat kenyataan itu di luar Dewan Rakyat, bahawa anak saudara diliwat Anwar Ibrahim. Saya ajak kawan-kawan untuk buat laporan qazaf. Jika dia tidak boleh buktikan liwat itu, kita akan ambil tindakan terhadap dia,” kata Johari di Dewan Rakyat hari ini.
Secara amnya, ahli Dewan Rakyat menikmati imuniti daripada prosiding sivil dan jenayah terhadap perkara yang dibahaskan dan yang dibuat di dalam sesi Parlimen.
Johari berkata Husni tidak berlaku adil kerana Anwar tidak dapat membela diri daripada tuduhan itu. Anwar sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun selepas disabitkan kesalahan liwat pada 2015.
“Dewan Rakyat sepatutnya hanya bincangkan mengenai isu rakyat. Tidak eloklah, berpolitik kena ada gaya sedikit. Saya minta Tambun bawa anak saudaranya buat laporan polis,” katanya.
Husni mendakwa Anwar “terlibat” dengan anak saudaranya semasa mengkritik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat Rabu lalu.
“Anda kenal siapa Dr Mahathir? Saya tahu. Saya Menteri Kewangan II. Saya tahu apa yang berlaku masa beli Pos Malaysia, di Perwaja. Saya tahu. Anda tahu siapa Muhyiddin. Anda tidak tahu, tetapi saya tahu. Anda tahu siapa Anwar Ibrahim? Saya orang Anwar Ibrahim, saya tinggalkan dia.
“Selepas dia berhenti jadi Timbalan Perdana Menteri, saya bantu dia, pergi ke Bukit Damansara. Bila dia terlibat dengan liwat. Dia terlibat dengan anak buah saya. Kami semua menangis, saya pergi ke Jordan,” kata Husni.
Johari turut membidas Husni kerana membuat tuduhan terhadap bekas ketuanya dan kawan-kawannya kerana hendak mendapatkan kembali kedudukannya.
“Pada minggu lepas dia buat pusingan U sokong Pekan (Datuk Seri Najib Razak), sokong Kerajaan Persekutuan. Itu tidak mengapa, biasalah sebagai ahli Parlimen, tetapi dia mengeluarkan kata kesat terhadap bekas perdana menteri, Dr Mahathir dan juga bekas timbalan perdana menteri, Muhyiddin dan Anwar Ibrahim.
“Kalau nak buat pusingan U, sokong perdana menteri sokonglah. Tetapi hendak dapatkan kedudukan balik dengan menghentam kawan-kawan ini suatu yang tidak manis,” katanya.

Berkaitan: Wan Azizah terkilan kerana Husni selalu cakap soal agama

5 comments:

  1. Dia ni seolah2 punye kesilapan masa lalu...seolah di ugut..klu tak keluar kenyataan begini...pihak itu akan keluarkan segala kesilapan itu....
    itu persepsi saya lah....kerusi MB tu satu hal...
    Seperti mahu AI hidup selamanya di penjara dan mati aisitu juga...
    Heran ..duu lain katanya sekarang lain katanya....benda2 ni selalu berlaku dlm politik Malaysia...
    x peduli langsong kami yg sengsara di luar ni...kami dah berjimat sehabis mungkin..untuk terus hidup...x berjalan2..tak makan sedap2...tak ganti baju cantik2..pakai aje yg ada...pi pasar beli ikan yg kecik2..tu pun dah mahal buat kami....

    ReplyDelete
  2. Dia petgi Jordan belajar benda tu lah. Cari ayat,cari hadith yang boleh jadi dalil nak u-turn. Bila dah dapat dia pon balik ke dewan dan u-turn dan buat kenyataan yang bertentangan dgn masa dia letak jawatan. Spa punya jiwa lah dia ni.

    ReplyDelete
  3. kalau jumpa ular ngan mamat ni pukul mamat ni dulu
    murah sungguh maruah lahabau ni

    ReplyDelete
  4. Ini lah sikap manusia, terlebih bijak berakhir dengan kebodohan,.diJordan tu belajar apa, ,?? Adakah kuliah yg dikuti itu semata mata berkaitan fitnah, menipu, ???? D

    ReplyDelete
  5. Husni ini ada kemungkinan bakal mengikuti jejak Jamaluddin Jarjis.

    ReplyDelete