* Bala kedua mungkin di sini
Zamihan perlu bayar RM50,000 kerana fitnah Syria Care
Diyana Ibrahim · Diterbitkan pada 15 Nov 2017 2:12PM
Pegawai Jakim dan pendakwah kontroversi Zamihan Mat Zin dikehendaki membayar ganti rugi sebanyak RM50,000 kepada Syria Care. – Gambar Youtube, 15 November, 2017
MAHKAMAH Rayuan di Putrajaya semalam menolak rayuan Zamihan Mat Zin terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam, April lalu yang memutuskan beliau membuat kenyataan fitnah terhadap Syria Care, tiga tahun lepas.
Sehubungan itu, pendakwah kontroversi berkenaan dikehendaki membayar ganti rugi sebanyak RM50,000 kepada Syria Care kerana mengaitkannya dengan fahaman syiah, kata peguam Meor Amir Meor Baki, yang mewakili pertubuhan kemanusiaan itu.
Dia juga diperintahkan untuk membayar kos guaman sebanyak RM30,000 yang diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam dan RM10,000 oleh Mahkamah Rayuan, tambah peguam itu.
"Zamihan perlu melaksanakan apa yang diperintahkan oleh mahkamah dalam tempoh tujuh hari daripada perintah tersebut.
"Cuma sekarang kita masih belum berhubung dengan peguam Zamihan atau Zamihan sendiri sebab kita sedang menyediakan draf perintah tersebut," kata Meor Amir kepada The Malaysian Insight.
Rayuan itu didengar oleh panel hakim diketuai Hakim Mahkamah Rayuan, Rohana Yusuf, tanpa kehadiran Syria Care dan Zamihan. Syria Care diwakili oleh Tetuan Shukor & Associates.
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 21 April lalu memutuskan Zamihan telah mengucapkan perkataan fitnah yang mengaitkan Syria Care secara langsung sebagai kumpulan kumpulan Syiah yang perlu dipantau oleh kerajaan.
Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam penghakimannya antara lain menyatakan Zamihan seorang saksi yang tidak boleh dipercayai kerana kenyataannya semasa memberi keterangan di mahkamah bercanggah dengan pliding yang difailkan.
Fitnah berkenaan diterbitkan dalam sebuah berita bertajuk "Senseless jihad puts Malaysia as a violence hub", yang disiarkan oleh The Star Online pada 27 Jun 2014.
Portal berita itu bagaimanapun kemudian menarik balik artikel tersebut dan menyiarkan permohonan maaf pada 17 Mei 2017.
Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini turut mengenakan sekatan kekal menghalang Zamihan daripada mengulangi kenyataan fitnahnya itu.
Dia juga diperintah menerbitkan satu permohonan maaf tanpa syarat kepada Syria Care melalui The Star Online. – 15 November, 2017.

Buatlah kutipan jihad. Kita tgk brp ramai pejuang jihad sanggup bantu
ReplyDeleterajin buat pitnah macam akhbar puak tu
ReplyDeletebanyak duit kut