Thursday, September 7, 2017

Membimbangkan.......

Kunjungan Najib jumpa Trump, campur tangan asing paling tinggi, dakwa Mahathir
06 September 2017 | BORHAN AHMAD
Tindakan Presiden Amerika, Donald Trump membawa Datuk Seri Najib Razak ke negara itu adalah satu campur tangan antarabangsa yang paling tinggi untuk urusan dalam negara ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Tindakan ini adalah percubaan untuk bersihkan imejnya (Najib) dalam negara ini," katanya dalam temubual secara langsung dengan portal berita, The Malaysian Insight melalui Facebook.

Namun bagi bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu ia tidak akan berjaya.

"Itu yang diharapkan tetapi saya yakin rakyat Malaysia tidak akan terima perkara ini," kata Mahathir dalam temubual yang turut disertai oleh Lim Kit Siang itu.

Pengarang The Malaysian Insight, Jahabar Sadiq menjadi moderator.

Menurut Mahathir, kerajaan selalu menuduh pembangkang membawa orang asing untuk campur tangan dalam urusan dalaman negara ini.

"Sekarang dia mahu jumpa Mr Trump. Tentu sekali ia adalah satu percubaan untuk membersihkan imejnya dalam negara ini.

"Ini adalah campur tangan tertinggi kuasa asing ke atas politik dalaman kita," kata Mahathir dalam temubual itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan kerja ke Washington atas jemputan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada 12 September ini.

Menurut kenyataan dikeluarkan Wisma Putra, Malaysia dan Amerika Syarikat melihat lawatan ini adalah sempena meraikan ulang tahun ke 60 hubungan dua hala yang dipertingkatkan di bawah kepimpinan Perdana Menteri kepada perkongsian komprehensif berdasarkan kepentingan bersama.

Kedua-dua pemimpin itu dijangka membincangkan isu berkaitan keselamatan negara, perjuangan global membabitkan keganasan, ekstremisme, perdagangan serta pelaburan yang akan memberi manfaat kepada negara dan masyarakat.

Kunjungan ini berlaku ketika Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat bertindak ke atas 1MDB dengan membekukan aset syarikat milik negara itu.

* Kaitan: Kleptocracy probe moves on despite Najib’s White House trip

3 comments:

  1. sama saja masa matde pm dulu pung apa kurang
    tunduk dengan kehendak amarika sokong serang Iraq dll
    selagi tak da pemimping betoi punya keberanian jangan haraplah nak berani angkat muka ngan negara negara kapir yang besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang tu kekurangan fakta. Sebenarnya yang menyokong semasa undian dibuat untuk tindakan itu dilaksanakan adalah Mohammat Rahmat yang mewakili kerajaan masa itu.

      Delete
  2. Hoi mana sama. Lu tak baca ke. Dulu tun lantang lwn kuasa besar british amerika dll. Tun ke depan dlm isu paletine. Lu duk dln gua kot. Ke blom lahir. Tengok lenggok bhs lu mcm macai hadi awe. Hadi ni betoi punya ke? Ku nampok lain benar hadi awe dgn nik aziz. Hadi dah terpijak tahik umno. Huhuhu

    ReplyDelete