Sunday, September 10, 2017

Dah terjadi......Timbalan Mufti pun mau lari dari bertanggung jawab?

SUNDAY, SEPTEMBER 10, 2017
Zamri Hashim perlu bertanggungjawab keatas khutbah itu...

Timb Mufti Perak yg juga Ketua ISMA Ipoh, Zamri Hashim, kata ada seorang individu mendakwa beliau menggunakan khutbah Jumaat sebagai medium propaganda politik.

Beliau menafikan tuduhan yang mengatakan dia sebagai khadam Umno dan Pas kerana menjadikan khutbah sebagai alat propaganda politik murahan politik mereka.

Zamri berkata khutbah yang dibacakan itu adalah teks yang dibekalkan Jabatan Agama Islam Perak, bukan dia yang tulis. Menurutnya, khutbah itu disediakan oleh Jawatankuasa Khutbah Negeri yang mana Setiausahanya adalah Imam Besar Masjid Negeri. 

"Khutbah disediakan oleh jawatankuasa ini setelah dirujuk dari sudut kandungannya kepada Pengarah Jaipk ataupun timbalannya dan akan disemak rukun dan nas nya oleh jabatan mufti.”  Baca  lanjut di sini 

Sayalah individu yang beliau maksudkan itu. Boleh rujuk tulisan saya itu di sini

Saya ucapkan terima kasih diatas penjelasan Timb Mufti tersebut. Apa yang perlu saya tegaskan disini ialah, saya tidak pernah menuduh Zamri Hashim yang tulis teks khutbah tersebut. 

Namun dalam penjelasan dan akuan Zamri sendiri, bahawa setiap teks khutbah akan disemak oleh Jabatan Mufti. 

Maka atas dasar itulah saya merasakan Zamri selaku pemangku Dato Mufti yang sedang bercuti perlu dipertanggungjawabkan keatas khutbah yang diedarkan kepada masjid-masjid di negeri Perak. 
Walupun bukan Zamri Hashim yang menulis khutbah tersebut. Walaupun bukan Zamri Hashim yang membacanya; tetapi Zamri Hashim tidak boleh lari dari tanggungjawab nya terhadap isi khutbah tersebut yang mengandungi sindiran dan tuduhan rambang terhadap parti AMANAH yg kononnya menggunakan konsep rahmatan lil-alamin sebagai alasan menjadi 'Pak Turut' kpd rakan2 yang memusuhi Islam. 

Zamri perlu memberikan penjelasan tentang perenggan yang mengandungi tuduhan rambang terhadp parti AMANAH hingga dia dilihat sebagai khadam Umno dan Pas kerana menjadikan khutbah sebagai alat propaganda politik murahan politik mereka. 

Sehingga kini, Zamri gagal menjelaskan kepada kita semua mengenai isu pokok atau isu sebenar mengenai khutbah tersebut; Zamri sekadar menyatakan bukan dia yang tulis khutbah tersebut ...alahai 

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 4:38 pm

* Menyedihkan bila yang diberikan kuasa dalam agama pun mencampuri politik membuta tuli. Tapi dari apa yang disampaikan ini adalah selari dengan kehendak Tan Seri Mufti Perak dan sekumpulan pemimpin PAS satu masa dulu dan mungkin kini pun begitu. ISMA dah kita nampak kaki-kaki mereka di sebelah mana kan?

2 comments:

  1. amono tak musuh Islam tapi bila bab hukum hukum Allah nak ajak tegak amono tak mau
    ini lagi dajaiii

    ReplyDelete
  2. Amono takder bang. Umno ada sementara blom kiok. Kiki

    ReplyDelete