Tuesday, September 5, 2017

Bedebah ni memang patut pun terima kemarahan!

Kemarahan Malala Yousafzai terhadap Aung San Suu Kyi
Agensi | Diterjemahkan oleh: Hamzah Hamid
Malala (kanan) hairan bagaimana Suu Kyi, seorang penerima anugerah Nobel Keamanan yang sama sepertinya, boleh mendiamkan diri berkenaan isu kemanusiaan. - Gambar fail

YANGON: Penerima Hadiah Nobel Keamanan dari Pakistan Malala Yousafzai menyertai jutaan komuniti Muslim dari seluruh Asia yang menyuarakan rasa marah dan mengecam Penasihat Negara Myanmar Aung San Suu Kyi berkaitan penindasan terhadap minoriti Rohingya.

“Setiap kali saya melihat berita itu, hati saya remuk kerana penderitaan yang ditanggung Muslim Rohingya di Myanmar.

“Sudah beberapa kali dalam tempoh bertahun-tahun sebelum ini saya mengutuk layanan yang memalukan dan tragis ini. Saya masih menunggu Aung San Suu Kyi melakukan hal yang sama,” tegasnya seperti yang dilaporkan AFP.

Beliau menggesa agar keganasan di Rakhine segera dihentikan.

“Hari ini kita melihat gambar-gambar anak-anak kecil dibunuh oleh pasukan keselamatan Myanmar. Kanak-kanak ini tidak menyerang sesiapa, tapi masih rumah mereka dibakar hangus!

“Jika Myanmar bukan rumah mereka, iaitu tempat yang mereka jalani hidup sekian lama, maka dimanakah rumah mereka?” Tegas Malala dalam satu kenyataan rasmi.

Beliau turut menyeru masyarakat Islam antarabangsa terus memberikan bantuan makanan, perlindungan dan pendidikan kepada keluarga pelarian.

Selain itu, menurut beliau, orang Rohingya perlu diberikan hak kewarganegaraan di Myanmar kerana mereka dilahirkan di situ.

Follow
Malala ✔ @Malala
My statement on the #Rohingya crisis in Myanmar:
5:03 AM - Sep 4, 2017
 15,913 15,913 Replies   22,733 22,733 Retweets   33,751 33,751 likes
Twitter Ads info and privacy

Malala adalah aktivis yang terkenal dengan kisah luar biasa selepas berjaya bertarung dengan maut walaupun selepas tragedi ditembak Taliban. Beliau amat disegani di seluruh dunia kerana kelantangannya memperjuangkan tentang isu hak asasi manusia, pendidikan, penindasan dan wanita.

Berbanding Suu Kyi yang dikecam kerana tidak mempamerkan sisi kemanusiaan dalam konflik Rohingya ini, anugerah Nobel yang diterima oleh Malala disifatkan sebagai kurniaan terhormat kerana visi dan usahanya.

Hampir 90,000 orang Rohingya membanjiri Bangladesh sejak 10 hari lalu berikutan pertempuran antara puak militan dan tentera Myanmar di Rakhine.

Selain Pakistan dan Bangladesh, pemimpin dan masyarakat Muslim dari negara Islam berpengaruh seperti Malaysia dan Indonesia turut menyuarakan bantahan terhadap kegagalan Myanmar menyelesaikan isu Rohingya.

4 comments:

  1. My coder is trying to persuazde me to move to .net from PHP.
    I have always disliked the idea because of the costs. But he's tryiong none the less.

    I've been using Movable-type on varuous websites for about a year and am concerned
    about switching to another platform. I have heard good things about blogengine.net.

    Is there a wayy I can impport all my wordpress content into it?
    Any help would be really appreciated!

    ReplyDelete
  2. Bos. Anon di atas ni merapu ker? Haha

    ReplyDelete
  3. Simply want to say your article is as astounding.
    The clarity in your post is just great and i can think you are knowledgeable in this subject.
    Well together with your permission let me to seize your feed to keep up
    to date with approaching post. Thanks one million and please
    carry on the gratifying work.

    ReplyDelete
  4. We're a group of volunteers and opening a new scheme in our community.
    Your site provided us with valuable info to work on. You've done a formidable job and
    our entire community will be grateful to you.

    ReplyDelete